Langkau ke kandungan utama

Tips Penjagaan Laptop

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Salam.

Apa khabar?


Semoga Ramadhan ini memberi sejuta makna dalam hidup anda.


Hari ni aku nak cerita pasal tips penjagaan laptop khas dari pegawai Pusat Komputer (PK) Universiti Utara Malaysia(UUM), Encik Azrul.


Terkejut giler aku bila tau pasal ni. Sebab pe yang ramai orang tau dan amalkan tu sebenarnya penjagaan yang salah untuk laptop. Maka, tak heran la kalau laptop dia cepat rosak.


Alhamdulillah, pe yang aku buat, penjagaan laptop aku adalah terbaik. Hehe. Sebenarnya, aku yang tak ikut cara yang ramai orang ikut tu.


Ok, mari kita cek apa yang salah tu.

1. Buka bateri laptop dan caj laptop
Yang ni memang ramai giler orang buat, tapi aku tak amalkan sebab laptop aku susah nak buka bateri dia, ketat. Jadi, aku pun malas la nak buka bateri.


Sebenarnya, bila kita buka bateri, akan cepat rosakkan mother board! Wah, memang menakutkan sebab harga mother board ni maunya setengah ribu.

Kalau korang orang kaya, kira ok la. Tapi, kena ingat jugak, amalan membazir tu amalan syaitan. Kalau kawan-kawan syaitan tu, tempatnya di neraka la dengan api yang panas membakar. Tak sanggup aku.


So, ingatkanlah pada diri korang dan kawan-kawan korang bila nak caj bateri, caj je. Tapi, pastikan bateri dah dipangkah (maknanya dah nak habis, dekat 10 peratus gitu), baru korang caj bateri. Jangan buka bateri dan letak kat luar tau!


Aku pernah baca dalam majalah PC (keluaran Terbitan 21 kalau tak silap aku), tips penjagaan laptop pasal bateri ni. Dia kata, yang biarkan laptop kita habis terus (kong) condem.


Kalau laptop kita dah bunyi amaran tu, source supply bateri plak tak de, dia cadangkan supaya tutup (off) terus. Bila dah jumpa tempat boleh caj, baru caj.


Cerita kawan-kawan aku plak berdasarkan bateri laptop diorang yang cepat sangat bateri low walaupun hanya cabut dari bekalan elektirk cuma 5 minit, mula la laptop dia nak berbunyi amaran batri dah tak de. Ada kawan yang lain, laptop dia memang tak dapat stand alone without the eletric supply.


Bila aku tanya apa amalan diorang, diorang cakap diorang tak tutup suis elektrik bila dah caj. Biasanya diorang caj malam-malam dan tido sampai pagi.


Teringat plak aku dulu masa degree, kalau aku caj laptop dan tido, aku akan bangun dalam pukul 3 pagi macam tu, semata-mata nak tutup caj bateri laptopku.


So, kita kena caj bila dah bateri 'low' dan jangan over caj apa-apa jenis gajet.


2. External Fan (Kipas Luar) laptop

Menurut En Azrul, sebenarnya kipas ni tak banyak menyejukkan laptop pun. Sebab dia kena cucuk kat USB jugak. Contohnya, kalau seblum ni dia lari 30 batu kilometer sejam tapi bila tambah dengan fan ni, dia kena lari 50 kilometer sejam. Sama jugak.


Laptop ni dibina untuk digunakan dalam bilik yang berhawa sejuk (air-cond) dan suhu bilik pun paling kuat 36 darjah celcius.


3. Pendrive
Apa-apa USB, kita kena buang sebelum kita on laptop balik. Yang ni lebih penting daripada kita buka masa nak tutup. Kalau kita tak buka masa nak on balik, memang ada peluang la nak rosak.

So far, pendrive aku ni tak pernah rosak la.

USB pape pun macam broadband pun kena buka sebelum nak on laptop. sebab USB tu ada letrik.


So, ingat-ingat la ye dan selamatkan la barang-barang anda dari kerosakan yang mampu anda cegah.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker