Langkau ke kandungan utama

Mummy Tak Bagi Pergi Reunion?

Hari ni, aku nak bercerita pasal mak aku. tapi belum lagi nak cerita pasal siapa mak aku tapi pasal bebelan mak. Huhu~ Sape yang sanggup baca tu, baca la. Kalau menanah telinga tu,tanggung sendiri la ek, bak kata omputih: by our own risk la,k.

Macam ni kisahnya, mak tak bagi aku pi reunion tu.
"lebih baik ambik lesen motor"

Aku diam jer. Ikut hati nak gelak jer. Lesen motor cek dah ambik la mak.. Tapi biar jer la mak membebel. Bila tak dilayan senyap la dia. Mula-mula mak tanya tambang bas ke KL berapa? Seingat aku dah dekat RM50 dah. Sekarang ni semua barang naik, bila ntah nak henti naiknya. turunnnya tidak. hujan jer yang masih setia turun.


Teruk tol kerajaan yang memerintah ni. Hampeh sesangat. Korang yang kaya memang la tak terasa sangat. Tapi orang miskin macam aku ni, memang la sangat terasa.


Ni bukan pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan tapi rakyat yang kena dulu. Ni bukan ayat aku, aku terbaca kat mana ntah. Lama dah sampai tak dapat nak ingat sumbernya. Tapi dalam tahun 2010 lagi la.

Berbalik kepada cerita tadi,mak datang kepada aku yang sedang menulis sesuatu pada buku. Duk buat list pasal reunion ni la.


Okay, sekarang kita ikuti dialog aku dengan my mummy kesayanganku itu..


Mummy kesayanganku: Berapa ringgit tambang ke KL?
Sha yang comel: 50 ringgit

Mummy kesayanganku: Pergi balik?


Mak kata pergi balik? Mana ada orang nak bagi macam tu.. Adoiyai, mak oh mak.. Masa ni aku nak tergelak tapi tahan jer, control ayu la katakan. Hihi, perasan tol!

Sha yang comel: Sehala.
Mummy kesayanganku: Mahalnya. Seratus pergi dan balik. Makan lagi jadi RM150. Simpan la duit tu..

Lepas tu start la membebel. Aku diam jer, malas nak jawab.

Tapi pada aku reunion ni berbaloi sebab:


1. Rapport
Bahasa melayunya entah la apa. Sebab aku belajar dalam bahasa inggeris. Huhu~.
Pada pemahaman aku rapport ni ada hubungan baik dengan rakan-rakan lama untuk dapat kepentingan di masa hadapan.


Hubungan kami ni (22 orang okay)dah lama dah, sejak sebelum 2008. Diorang semua kebanyakannya dah bekerja. Ada yang berjawatan tinggi dan ada yang berada dalam syarikat yang besar.


So, mana tau boleh recommendkan aku kerja ka apa ka. Aku memang tak mengharap sangat pun pasal kawan-kawan nak recommendkan. Aku cuma nak hubungan yang erat dan baik ini akan dapat diteruskan lagi sampai bila-bila.


Aku jugak suka dengar nasihat yang fresh dari ladang dari mereka yang berpengalaman dan paling best dengan rakan-rakan terbaikku.


2. Nak jalan-jalan tempat orang

Seriously, aku memang suka jalan-jalan. Tapi, aku ni bukan dari golongan yang berpendapatan tinggi dan aku terlalu miskin, okay. So, aku tak dapat la nak berjalan-jalan sangat. Aku dah banyak kali bertangguh untuk ke rumah kakakku di Klang dan rumah famili angkat kat Klang jugak. Rindu kalian. Dah sangat banyak kali. Mungkin lebih dari 10 kali.


Kalau tak percaya, tanya la kakakku; Kak Jag dan Mama (mewakili famili angkat). Tu la, kalau tak de rezeki tu, macam tu la. Tak boleh nak buat apa la. Aku lebih suka berjalan masa aku belajar ni sebab senang sikit pengangkutannya dan tak payah nak fikir pasal cuti. Student kan banyak masa terluang.

Kira okay jugak la ahli group aku setuju nak buat kat Mid Valley. Baru aku tau yang kat Malaysia ni ada tempat komersial secanggih dan moden macam tu. Tu pun sebab aku google nak cari tempat makandan lihat kawasan Mid Valley.

Terima kasih la kepada sesape yang keluarkan idea dan realisasikan Mid Valley tu.


Sebab tu la aku nak berjalan. Kenal sikit tempat orang. Lagipun dah tak lama lagi aku pun dah nak grade. Kalau dapat kerja kat KL, sekurang-kurangnya, aku nampak sikit gambaran tempat tu.


Aku pernah pergi KL tapi just rombongan. Rombongan ni kurang tau sikit cara hidup dan budaya kat sana. Aku nak rasa sikit eh tak nak, aku nak tegok je budaya kat sana! Pada aku, duit boleh dicari. Kawan-kawan yang baik, susah nak cari.

Lepas mak berleter tu, mood aku pun down jugak la. Aku fikir, kalau la aku tak hadir, bagaimana? Bagaimana aku nak cakap pada kawan-kawan aku? Mesti ada yang akan gelakkan aku.

Malam, aku dapat mesej dari Kak Jag. Dia kata jangan pergi ke rumahnya lagi. Dia yang nak balik. Kemudian mesej punya mesej, dia nak balik sini awal Nov dan bertolak balik, 10hb macam tu. Kiranya, aku nak pi rumah dia 11hb gerak dari sini. Dia ajak aku tumpang dia. Yay, bestnya save duit cek, mak!


Aku ada bagitau mak pasal ni. Mak diam tak kata apa. Mungkin sebab sibuk dengan benda lain. Yang penting aku dah bagitau mak pasal ni. Yea! =)


Tapi, aku tahu yang mak rasa agak senang hati. Ye la, aku pergi dengan saudaraku sendiri, kira boleh diharapkan la. Ye la, kat KL kan, mak takut anak mak ni berkawan dengan orang yang tak tentu hala. Tapi, mak jangan risau la kawan anak mak ni baik-baik belaka..


Yeay mak! Sayang mak. Muaaahhhh!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker