Langkau ke kandungan utama

Tips Rambut Kekal Sihat

Disclaimer: Tips ni bukan untuk orang yang free hair. Aku tak nak tanggung dosa korang. Tips ni hanya untuk orang yang ingin cantik dan sihat.

Hari ni aku nak bagi korang tips penjagaan rambut. Rambut aku tak la cantik sangat tapi aku baru tau petua ni, rambut sihat dan aku nak amalkan. Korang pun amalkanlah, mana tau memang sesuai dan 'cocok' untuk kamu! =)


Jom sama-sama kita amalkan. Sebenarnya, aku nak cakap yang aku sangat suka tips rambut ikal mayang http://inibelogsaya.blogspot.com/2009/06/tips-rambut-ikal-mayang.html dari Hanis Zalikha, model ternama. So, aku dah amalkan. Memang menjadi jugak la, walaupun baru satu hari. Hahaha.

So, korang pun cuba la. Pasti mujarab. Apa yang aku buat:

1. Tak sikat rambut lagi hari ni. Sikat guna jari jer. Sebab sikat ni ada kesan elastik (kalau tak silap term dia, eh bukan elastik tapi apa ntah, nak tau semak tips rambut ikal mayang). So, kalau guna sikat, rambut akan banyak dan cepat gugur.

Guna jer jari masa mandi dan lepas mandi. Korang guna jari jer sebagai sikat. 'Guna jari pun boleh'. Pada mula-mula tu memang la kita rasa serabut sikit, tapi lama-lama, bila dah dapat hasil rambut yang cantik, dah tak kisah la nak rasa berserabut pun sedangkan orang tengok rambut kita okay jer.

2. Mandi siang tak basah rambut. Ikat atau kepit guna cekak genggam. Aku suka guna cekak genggam, kan buatan plastik, tak de hal la kalau terkena air atau basah pun. Tapi, kalau guna getah rambut, memang kena berhati-hati gila, jangan bagi kena air. Kalau tak, nanti getah rambut itu berbau.

3. Mandi malam basahkan rambut. Baru la tak pening kepala aku. Kalau ikutkan tips Hanis dan orang lain, majalah-majalah, better selang sehari baru basuh rambut. Means, hari ni basah rambut, esok tak basahkan rambut. Lusa baru basahkan rambut balik.

Aku pernah cuba buat macam ni. Memang rambut aku pada waktu tu cantik giler. Tapi, aku sekarang ni dah tak boleh buat macam tu. Kalau sehari air tak cecah kepala, terus rasa pening. Biasanya rasa pening tu akan bermula pada petang dekat-dekat nak maghrib. So, tak leh nak wat selang-selang la basahkan rambut. Aku cuma boleh buat basahkan rambut malam je.

Kawan aku yang free hair dan cantik rambutnya cakap, jangan selalu basahkan rambut, nanti cepat luruh. Hanis plak cakap, jangan basahkan rambut waktu pagi, kalau tak, rambut cepat luruh.

4. Letak bedak pada bantal. Tapi bukan pada rambut. Kalau letak pada rambut, jadi rambut nenek, boleh la menyakat dan mengusik kawan-kawan/ adik-beradik/pasangan anda. Dan kalau anda kena pukul, blog Sha My Heart tak bertanggung jawab. Bagi rambut wangi dan serap peluh yang berlebihan. Erm, letak masa nak tidur la..

Adik aku pun dah mula buat macam ni, mengikut kakaknya yang cantik lagi berseri la ni. Huhu. yang mempunyai sedikit pengetahuan baru.

5. Tunggu rambut kering sendiri. Tak perlu nak cepat-cepat rambut tu kering. Biar jer semulajadi kering sendiri, kan nature tu. Kan sihat tu.. Kalau sihat cantik la rambut kita.

6. Kalau guna syampu, elokla manfaatkan juga perapi. Pasal syampu dan perapi tu, baru je semalam aku guna. So, tak elok syampu rambut selalu. Nanti cepat rosak. Model iklan Pantene yang Indon tu dan Datuk Siti Nurhaliza pun tak syampu rambut hari-hari tau.

Perapi ni aku baru je pakai. Dulu nak beli tapi susah nak jumpa perapi. Boleh macam ni alasannya? Wakaka.  Bila aku dah pakai perapi ni, rasa rambut aku makin okay. Yay!


Motif:
1. Tak salah nak cuba petua yang senang ni.
2. Kena berkorban la sikit. Wang? Sikit jer, masa dan usaha juga kesabaran tu yang penting.


Setakat ini dulu celoteh dari anak dara tua ni eh, dari seorang perempuan cantik biasa yang nak menjadi luar biasa. From no body to somebody. Yay! =)


Ulasan

  1. Rambut aku dah cantik.. Ramai dh perasan.. Menjadi la petua ini. Silakan cuba ya, kawan-kawan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker