Langkau ke kandungan utama

Pengalaman di Lembah Klang, Satu Pengalaman Baru..

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Aku sampai jugak ke Lembah Kelang setelah bertahun-tahun aku nak pergi tetapi ada sahaja yang menghalang. Ada aral melintang orang kata. Kira kali ni, aku berjaya jugak. Hehe~


Aku pi sana 8hb malam- 15hb November. Aku lepak rumah Kak Jag dari 8hb ke 13hb. pagi 13 tu aku dah blah ke rumah kawan aku, Fizah kat Cheras. Lepak rumah dia dari 13 ke 15hb. Pagi 15 tu aku blah.


Catatan kat bawah ni aku tulis masa duk kat sana, cuma aku tak launch jer.Sebab ingat nak edit lagi.


'Penat jugak hari-hari keluar. Erm, habis bankrupt kalau duk KL.Hihi~



Reunion yg best dan sempoi. Best sebab kawan-kawan terbaik ada. dan main bowling yang semua orang ada peluang utk straight dan masuk longkang. Haha~. Bila strike gembira, tepuk tangan..


Yang hadir, Sofi, Miza, Fiza, Razi, Aju da aku.. hehe~ Sofi ni lawak la. mentang-mentang la dia sorang je laki, buat gaya lembut plak.. Pecah gelak kat situ. Ada satu cerita dia, nak pecah perut aku rasa. Lawak giler.. :-D Caya lah, beb.


Akhirnya dapat lawat The Garden, tempat untuk orang kaya shopping. kat situ ada butik Louise Vitton (LV) kena beratur nak masuk pun. Pergh, kelas giler.. Toilet dia pun bersih dan wangi, ada kelas beb!


Pengalaman naik KTM Komuter sorang-sorang. Dah la tak pernah naik seumur hidup. Best jugak. Dah lama rasanya tak jalan sorang-sorang. Aku ni jenis suka buat sorang-sorang. Tapi bukan bermakna aku ni jenis tak leh buat kerja berkumpulan. Aku cuma suka kalau aku ada masa untuk diri sendiri, berseorangan. Namun, itu tak bermakna aku ni keseorangan. Aha, korang faham tak?


Macam ni, aku lebih yaki diri bila aku terpaksa lalui (biasanya perjalanan) sorang-sorang berbanding berteman. Bukan tak suka berteman. Kalau sorang-sorang, aku lebih bersedia dari semua sudut. Kalau berdua atau lebih ramai, aku akan jadi kurang untuk ambik tanggung jawab.


Aku ni suka ikut orang, means suka jadi pengikut (follower) berbanding jadi ketua (leader) tapi dalam tak suka-tak suka tu, dah berapa kali jugak la aku jadi leader. Haha~ Bukan leader untuk seorang dua tapi ramai beb. Tak de la ramai sangat dalam 30 orang macam tu jer.


Ok, berbalik kepada cerita asal ni, aku naik KTM komuter dari Klang ke Bandar Tasik Selatan. Kena turun kat KL sentral, tukar flatform dan komuter. Harga RM4.50 jer. Kawan aku ambik kat situ.'


Sampai kat sini la dulu, aku nak berhenti. Sebab banyak sangat pengalamannya kalau nak kongsi dalam satu entri. Nanti kesian plak kat korang terpaksa menghabiskan pembacaan. Huhu~



Sesungguhnya pengalaman di Lembah Kelang merupakan satu pengalaman baru yang cukup indah. :-)


Jumpa lagi di entry yang berikutnya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker