Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.



Esok, 17hb Nov merupakan Hari Raya Haji. Aku ucapkan, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Ayat yang bernanah telinga dengar. Huhu~



Aku jugak rasa mungkin ini adalah raya terakhirku. Mungkin. Ajal maut kita tak tau bila, kan? Kan?


Raya kali ni rasa macam tak meriah sebab Kak Jag, Kak dan Cik Ah tak balik. Ye la cuti sehari je kan. Raya Haji orang sebelah Selatan tak sambut sangat, just gi sembahyang raya dan balik duk rumah jer. Tak de kunjung mengunjung.



Tapi sebelah Utara dan Kelatan, Terengganu (Pahang, aku tak pasti) sama meriah macam Raya Puasa. Cuma kurang sikit la, mungkin sebab dekat dengan Raya Puasa. Kalau jaraknya jauh sikit, mesti sama meriah jugak kan?


Tapi, tak mungkin semeriah Raya Puasa sebab Bulan Ramadhan kan berkat dan Aidil Adha plak ramai mak bapak p Haji so kurang meriah la.


Dan sebenarnya, banyak lagi faktornya. Korang pun mesti boleh fikir apakah faktornya.


So, aku kena kemas rumah. Dah buat tapi masih tinggal sikit lagi. Kiranya aku buat sorang la. Ala, tak kisah pun. Cuma letih sikit la. See, letih-letih pun masih tak tidur lagi dan mengadap laptop ni, mengupdate blog. Hehe~ Iron lady la kata kan. Ceh, perasan tol la minah ni, kan?


Mungkin korang rasa dah lama aku tak update blog tapi aku plak tak rasa macam tu. Sebabnya aku update tapi tinggal kat draf jer. Hihi~ Jangan marah.


Sebenarnya, ada nak ubah dan tambah lagi. Aku jugak banyak idea nak tulis tapi entah bila la nak berkesampaian. Rasanya aku kena ada jadual untuk update blog dan berdisiplin. One fine day la, aku buat jadual ni.


Ok la sempena raya ni, aku nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang dapat membaca blog aku dan entri kali ni. Tulus ikhlas dari hatiku yang suci murni, eh-eh macam iklan minyak masak plak suci murni tu. Hehe~



K la, setakat ini dahulu. Sayangilah orang yang menyayangi anda. ;-)


Take care. Jaga diri.



Selamat Hari Raya. Mari bertakbir. Allah hu akhbar!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker