Langkau ke kandungan utama

AUKU dan kualiti pelajar universiti

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Kali ni, aku nak kongsikan bersama tentang isu AUKU dari perspektif Dewan Bahasa dan Masyarakat melalui majalah Dewan Masyarakat keluaran September 2010.


Tapi dah jumpa isu ini pun ok la, walaupun dah lama lepas tapi pada yang masih tak tau, itu adalah berita. Oit, mentang-mentang la pernah jadi wartawan dan belajar Asas Kewartawanan dan bengkel-bengkel wartawan, nak tunjuk eks la pulak ek? eh, tak de la. Mana ada eks. Aku cuma nak berkongsi apa yang aku tahu jer. Kalau korang menyampah, aku pun tak suruh, paksa atau minta korang baca tau.


Aku ternampak majalah ni masa aku dah bosan cari jurnal kat Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Aku ambik, belek dan baca walaupun aku dah nak balik. Sekurang-kurangnya ada jugak ilmu aku masuk walaupun stress cari jurnal tak jumpa-jumpa waima dah selak banyak majalah jurnal. Ni mesti aku tersalah jurnal. Tu yang tak jumpa.


Kat bawah ni, aku copy dan paste dari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).



C A T A T A N K E P A D A P E M B A C A
- m o h d s h u k r i m o h d a r i f f -

M E N U N T U T P E R U B H A N


Gendang polemik Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) kembali dipalu. Mutakhir ini, Kementerian Pendidikan Tinggi membuka kembali “gelanggang” apabila mencadangkan supaya mahasiswa universiti dibenarkan menyertai aktiviti politik di luar kampus.



Cadangan daripada pelbagai pihak supaya AUKU disemak, dipinda, dan dimansuhkan bukan perkara baharu. Namun, setakat ini tidak ada perubahan yang benar-benar diharapkan.



AUKU digubal pada 1971 atas alasan yang jelas; mahasiswa harus menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembelajaran di bilik kuliah, dan bukannya sibuk menyertai aktiviti politik di luar kampus.



Terdapat dua persoalan dalam isu ini; pertama, adakah majoriti mahasiswa selepas AUKU digubal menunjukkan pencapaian akademik yang menakjubkan kerana tidak lagi “diganggu” dengan aktiviti politik di luar kampus?; kedua, adakah penggubalan AUKU memberikan kesan langsung kepada kualiti mahasiswa terutamanya dari segi keperibadian dan kualiti kepemimpinan?



Meneliti persoalan pertama, penulis teringat data yang didedahkan berdasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah pensyarah kanan Jabatan Media, Universiti Malaya, mengenai tabiat membaca di kalangan mahasiswa universiti di negara ini yang menunjukkan bahawa mereka hanya membaca empat buah buku setahun. Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah).



Penulis tidak terperanjat dengan hasil kajian ini kerana penulis sudah bertahun-tahun menjadi hakim untuk pelbagai kejohanan debat bahasa Melayu melibatkan universiti awam dan swasta di negara ini. Pendebat universiti merupakan kelompok yang dianggap “elit” dan “terpilih” dalam kalangan mahasiswa di kampus kerana kononnya mereka dianggap mahasiswa yang intelektual dan petah berhujah.


Namun, setiap kali penulis menghakimi mereka, pasti penulis kecewa. Tahap pembacaan dan pengetahuan umum mereka terlalu rendah, hinggakan mereka sering membuat kesalahan “memalukan” kerana tersalah menghuraikan fakta yang asas. Jika kelompok “elit” dan terpilih dalam kalangan mahasiswa serendah itu daya intelektualnya, bagaimana pula dengan mahasiswa yang lain?


Persoalan kedua, berkenaan dengan kualiti dan nilai tambah dalam kalangan mahasiswa, bagaikan sudah menjadi “punching bag” untuk “dibelasah” oleh pelbagai pihak. Mahasiswa lemah komunikasi, lemah penguasaan bahasa Inggeris, lemah daya kepimpinan, lemah dalam keterampilan, dan pelbagai kelemahan lagi sering dihamburkan oleh pelbagai pihak apabila merujuk kualiti mahasiswa sekarang.


Jadi, terpulanglah kepada pelbagai pihak untuk menilai kewajaran AUKU disemak semula. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, pernah menyatakan, “Jika kita tidak mahu berubah, kita akan diubah."







Aku sebagai pelajar universiti atau lebih senang faham digelar mahasiswa rasa malu sebab sikit sangat buku yang dibaca oleh para mahasiswa. Malunya. Tapi, aku baca banyak buku dalam satu tahun mahupun satu semester. Mungkin orang lain la yang dimaksudkan.


Tabik spring kepada mahasiswa Australia:180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Kita kalah kepada Indonesia, Brunei dan Thailand selaku jiran terdekat.


Ayat dalam perenggan yang bermula dengan 'persoalan kedua...." pun membuatkan aku menundukkan kepala dan pemimpin pening kepala, manakala masyarakat menggelengkan kepala..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker