Langkau ke kandungan utama

Aktifnya.. (1)

Salam.

Apa khabar semua?

Semalam merupakan hari yang amat memenatkan aku. Sebab tu aku tak sempat nak update blog. Sorry ye kepada pembaca setia. Sorry. Sorry. Sorry. Ceh, bajet jer ada pembaca setia. Hihi~


Ok, bermula kelmarin 14 haribulan, aku tak sempat pun buka on line. Bila bangun, terus je bersiap dan pergi ke rumah pertamaku. Hihi~ aku ada rumah pertama dan kedua tau. Jangan jeles. Itu la, lain kali kena aktif. Bila aktif, semua orang suka dan senang untuk berurusan a.k.a minta tolong.




Berjanji dengan Dayah nak balik ke Kachi sama-sama. Kelas dia tamat pukul 3.30 petang.


Aku bersiap, tak de lama sangat. Dari pukul 3.00-3.15 termasuk solat. Kejap je kan? Bas berjalan bila aku dah hampir sampai. Aduh, kena tunggu bas yang lain.


Bus stop laluan B, Hentian TM, Perwaja dan MISC telah pun dipenuhi orang tidak lama kemudian. Ramai kot. Bas yang datang pun merupakan bas yang menggangkut pelajar balik dari kelas.


Ramai yang serbu bas itu termasuklah aku. Tapi aku tak la berebut dengan diorang. Dah bas pun penuh giler, malas aku nak bersesak-sesak di hari yang panas sangat tu.


Ramai juga yang tak dapat naik bas tu. Tak lama kemudian, ada bas lain yang juga merupakan bas yang telah mempunyai penumpang yang balik kelas. Bas ni tak de ramai sangat, siap boleh duduk lagi.


Aku naik bas tu, pukul 3.30. Sampai Dewan Kuliah Gugusan (DKG)1, pukul 3.40. 10 minit untuk perjalanan ke sana.


Sampai sana, Dayah dah marah, lama menunggu katanya. Aik, pelik aku. Kata kelas tamat 3.30. Nasib baik aku pun keluar awal sikit. Kalau tak, lagi la dia akan marah aku.


Sampai bilik, ada rumetku yang tersayang. Borak-borak dengan dia. Ingat nak jer pergi terus tapi rasa penat pulak. Tambahan pula rasa malu bila nak bawa banyak barang naik turun bas.


Kalau pergi malam, sekali jer naik bas, terus turun di depan Dewan Penginapan Pelajar (DPP). So, ada masa terluang, aku kemas-kemas barang peninggalan aku pada isteri rumet pertamaku. Hehe~


Basuh baju. Solat Asar. Terus gerak ke DPP SME Bank. Malas nak gerak lewat. Risau akan malu lagi sebab petang-petang, budak-budak Kachi akan berjogging.


Ceritanya, aku lepak kat SME Bank. Dari DPP Bank Rakyat ke SME Bank. Siap pakai baju kurung sebab Dayah kata dia dah order. So, aku tak sempat nak naik ke bilik untuk hantar baju yang telah aku basuh dan kering. Aku letak kat ampaian dalam, dan terus gerak ke SME dengan pakaian formal.


Petang tu, dalam pukul 6 lebih, aku gerak balik ke Bank Rakyat. Sekali ramai giler yang berjog. Lelaki pun ramai. Tu tak termasuk yang main bola sepak lagi. Segan seh sebab aku masih berpakaian formal. Diorang tengok dan usik aku. Ah, segannya!


Jadi, lebih baik aku pergi awal. Tak de nak kena usik.


Pukul 7 malam kami keluar makan yang dah diorder seawal mungkin oelh Dayah. Sebab diorang masak lambat dek kerana ramai yang memesan makanan. Magrib balik bilik Dayah dan solat. Lepas solat terus bergegas-gegas gerak ke hentian bas.


Bas penuh dengan penumpang. Majoriti turun di DKG. Tinggal kami dan 4 orang penumpang yang lain jer. Dari tempat duduk belakang ke depan sebab nak bagitau pak cik driver. Sebab biasanya lalu ke DPP aku untuk ke Mall.


Sekali pak cik tu cakap dia tak pergi mall. Hantar ke Pusat Kesihatan Pelajar (PKU) sahaja sebab dia kena ambik budak-budak Kachi balik. Bas yang pergi ke Mall tu bas cater, katanya.


Kami turun di hadapan PKU. Ada budak yang pergi ke pusat sukan dan balik ke DPP. Aku dan Dayah terpaksa berjalan dengan beg yang tersangat berat di belakang dan jinjing.


Beg aku ada laptop seberat 2.5kg, extensionnya, kipas lapto (besi), beg aku yang penuh dengan barang-barang: payung, kain sembahyang, kain basahan, lipice, tisu, etc.


Beg jinjing pulak, ada kettle elektrik, majalah Remaja dan novel.


Aku tak mampu untuk menegakkan badan dek kerana beban ini. Nasib baik MISC ni tak la sejauh DPP lain dari PKU. Kalau tak....


Sampai bilik, tak lama kemudian, pergi ke kafe. Ramai pula budak Baksis. Senyum jer la.

Kemudian ke Emzek. Beli barang untuk esok.


Malamnya, naik turun cari pendrive. Pendrive aku ni kecik muit jer dia punya data boleh simpan.


Dah dapat transfer dari Mr Life ke Mr Len. Sampai lewat jugak la. Sebab banyak jugak bahan yang aku ambik. Senang sikit nak buat, sebab kita dah ada perisian yang biasa kita guna.


Pukul 3 jugak kami tidur setelah berbagai ragam dan gelak ketawa. Aku sukar nak tidur sebab malam sebelumnya, aku tak tidur. Pukul 4 jugak la aku tidur pada malam ni. Pukul 6 dah bangun.


Bangun, mandi. Ler, sampai pukul 6.29 baru aku sudah. Terus solat dan terkejar-kejar bersiap dengan Dayah.


Nak pergi mana? Kenapa terkejar-kejar? Aha, korang ikutilah episod seterusnya. Hehe~ macam drama plak..


P/S:Terima kasih rakan-rakanku kerana sudi menolong aku.


Jom aktifkan dirimu..


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

  1. Perjalanan hidup yang penuh warna yang menarik.. Alhadulillah.. :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker