Langkau ke kandungan utama

Berapakah Nilai Blog Anda?

Bolehkah kita tahu nilai blog kita? Macam barang jual beli plak? Oh tidak, aku tak sanggup nak jual blog ini.. Hehe~ Poyo jer, macam la ada apa sangat dengan Blog Sha My Heart ni.

Memang la tidak ada apa sangat tapi sayaaanngg kot, dari sini la aku belajar segalanya tentang blog. Bila tengok balik entri aku pada mula-mula dalam dunia blogging ni, nampak sangat tak matang. Malu sendiri jugak tapi tak pe la, blog ni juga mengajar aku erti kematangan menulis. Betul tak?

Sekarang ni pun aku masih merangkak dalam dunia blogging. Cuba belajar dari blogger yang lain.

Ok, berbalik kepada topik, bagaimana nak menilai blog kita? Aku ada caranya.


1. Korang klik pada hyperlink yang aku sediakan ni http://bizinformation.org/my/.

Kalau korang tak tau jugak nak klik mana, boleh tengok kat tepi blog aku ni, ada kotak untuk 'Berapakah nilai blog anda'. Klik jer kat bawah dia yang ada hyperlink tu, ok.


2. Masukkan alamat domain korang dengan lengkap. Contohnya: http://sha-myheart.blogspot.com/. Korang kena taipkan 'http' jugak tau.


3. Tekan 'value'. Anda akan dapat datanya, nilai blog anda?



Website yang paling tinggi nilainya di Malaysia pada masa ini ialah:


1. google.com.my bernilai RM 89.90 juta

2. thestar.com.my bernilai RM 12.79 juta

3. maybank2u.com.my bernilai RM 12.23 juta

4. mozzi.biz bernilai RM 11.46 juta

5. malaysiakini.com bernilai RM 10.26 juta


6. lowyat.net bernilai RM 8.55 juta


7. mudah.my bernilai RM 8.04 juta

8. utusan.com.my bernilai RM 6.48 juta


9. cari.com.my bernilai RM 6.00 juta


10. bharian.com.my bernilai RM 5.56 juta


Korang perasan tak antara top ten ni, kebanyakanya adalah dari organisasi pemberi maklumat seperti berita? Jadi bidang ini memang sentiasa berkembang. Sebab tu la ada kata-kata:

"Siapa yang menguasai berita, dia/mereka akan menguasai dunia sebab mempunyai kuasa"

Korang setuju tak? Setuju ke tak, inilah faktanya.


Blog Sha My Heart ni bernilai $4,451.04 sahaja. Tak banyak mana. Kalau nak banyak sikit, convert dalam Ringgit Malaysia. Nilainya RM 13,562.26.







Nak tahu tak macam mana nak currency convert (tukarkan nilai mata wang)? Ok, aku ajar korang.


1. First of all, kita kena la tau atau kenalpasti currency (mata wang) apakah yang digunakan? Dalam kes ni, mata wang yang digunakan ialah mata wang Amerika. USD. Sebab dah jelas pun tulis yang Amerika kat wesite dia. Kalau tak pasti, tengok ni.


Kalau tak dinyatakan, tengok domain dia. Kalau ada '.my' maknanya organisasi dari Malaysia. Tapi kalau ada '.com' saja, biasanya berasal dari Amerika Syarikat. Itu petuanya.


2. Aku dah sediakan untuk korang website yang boleh tukar currency ni. Klik link ni: currency Malaysia dengan US







3. Masukkan nilai yang ingin anda tukar. Tak kisah la nak guna kotak mana (bulatan hijau atau merah, lihat gambar)


4. Klik 'convert' seperti bulatan biru tunjukkan. Siap. Anda akan dapat tahu nilainya.


Jom cuba. Berapakah nilai blog anda? Bagitau aku kat bawah,k.

Jaga diri. Tingkatkan nilai blog anda.




Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Ulasan

  1. huhuhu.... tq akak ats infonyer....
    x sngke bernilai jugk blog kite nie....
    RM 441,889.48.. kan bagus kalu bole di tuntut nilai nie... kayo den....

    BalasPadam
  2. syukri: u r welcome.. cuba la buat dan reveal berapakah nilai blog anda..

    anis: banyaknya nilai blog dia.. nnt klu dah cash out, jgn lupa kak sha, k. hehe~

    BalasPadam
  3. fasihah: berapakah harga blog anda?

    BalasPadam
  4. RM 1,152.70. boleh dapat cash ke duit ni ?haha

    BalasPadam
  5. Mahfuzah: malangnya tak boleh. hehe~

    BalasPadam
  6. peyan: sila try.. memang best dan fun jer tau. =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker