Langkau ke kandungan utama

Ujian Blog

Salam.


Aku rujuk ini:
http://ariffshah.com/sila-uji-blog-anda-dulu-sebelum-menjemput-orang-untuk-baca/.Ni Ariff tak marah sebab aku letak sumber dan rujuk dia. Bukan main ceduk dan buat macam tulisan sendiri jer. Tak faham lagi ke, aku perli korang ni. Hihi


Selalu aku akan lepak kat sana, kat entri ni. Bukan sekali dua tapi berkali-kali. Kerap bangat. Tapi entri yang ni aku tak komen. Malas nak komen, sebab rasa macam sama jer macam orang punya komen pun.


Kalau entri yang lain tu, ada jugak aku komen. Kalau tak percaya, pergi la periksa: ariffshah.com


So, marilah kita tengok apa yang menjadi perhatian dan rujukan untuk membuat blog kita disukai ramai.


Sila Uji Blog Anda Dulu Sebelum Menjemput Orang Untuk Baca (http://ariffshah.com/sila-uji-blog-anda-dulu-sebelum-menjemput-orang-untuk-baca/)

Kat sini aku nak listkan macam mana nak uji blog kita supaya kita tahu macam mana orang lain punya perasaan bila masuk blog kita (untuk mereka yang rajin blogwalking dan mengharap/menjemput orang lain masuk blog dia la, kalau tak kisah blog takde reader tak payah baca).


1. Ujian suara (untuk blog yang ada lagu autoplay).

Cuba pasang volume tu kuat-kuat, to the max. Then buka blog sendiri. Kalau korang boleh tahan sampai lagu tu habis, then oklah tu. Kalau tak, jangan buat autoplay. Point aku, biasanya benda autoplay ni memang dia amplify volume tu.


Jadi tak payah pasang max volume pun dah cukup kuat. Ada orang memang by default dah pasang volume maximum sebab malam tadi bantai tengok movie pasang kuat-kuat. Barulah feel kan? Sila bertimbang rasa pada mereka.


2. Ujian rupa.

Cuba tenung sikit blog kita lama-lama. Browse page/entri satu persatu. Zoom in and out. Puas hati? Tanya diri sendiri adakah itu yang kita nak tunjukkan kat dunia ni?


Ingat, internet ni global bukan satu Malaysia je. Jadi sanggup ke kita associatekan blog kita tu dengan diri kita di hadapan mata dunia?


3. Ujian pop-up yang menyusahkan orang.

Cuba macam ni. Blog korang ada pop up widgeo tak? Kalau ada ok, aku takde hal sangat. Cuma cuba kalau korang masuk 30 lagi blog yang ada pop up widgeo tu. Apa perasaan korang?


Kalau tak tutup pop up tu tiap kali masuk blog yang ada pop up widgeo, confirm browser boleh crash. Kalau komputer yang sistem dia cikai-cikai silap-silap boleh hang.


4. Ujian komen.

Jangan login masuk Blogger/Google. Masuk blog korang dan tinggalkan komen kat 5-10 entri yang berlainan. Senang? Susah?

Cuba tutup word verification tu. Kan jadi lagi senang. Betul tak?


5. Ujian bahasa.

Dunia blogging ni memang la tak perlu sangat ikut gaya penulisan yang formal tapi janganlah terlalu kasual sangat. Bila dah tulis entri baru, cuba preview balik dalam blog. Puas hati tak dengan apa yang korang tulis?

Layak ke kalau kita nak kasi orang baca penulisan kita yang ada banyak sangat singkatan, kesalahan ejaan dan sistem perenggan yang berterabur? Sanggup nak kasi satu dunia baca? Kalau sanggup takpelah. Itu hal korang.


6. Ujian iklan.

Bukak blog kita dan tengok, apa yang paling jelas dan nyata? Iklan atau content blog? Ada blog yang baru dapat Innity tu semua jenis ads size dia nak letak. Ades~ Jadi blog tu nampak macam blog hijau Innity pulak. Dah hilang identiti blog.


Jadi kenapa nak uji banyak-banyak?

* Lagu autoplay tu..

kalau kawan rapat aku, aku tak kisah sangat. Dah tau pun blog dia ada lagu. Jadi takdedah elemen surprise tu, tapi still orang lain akan kena elemen surprise tu. Huhu~ Kalau orang tua yang terkena silap-silap dah boleh kena heart attack.


* Semua orang puji blog orang lain cantik-cantik dan kemas tapi mereka tak berusaha nak buat blog yang kemas macam tu. Kalau ada widget yang tak berguna tu, yang rasanya tak kena dengan theme/template blog kita buang aje.


* Tengok kat forum GB semua cakap nak komen banyak-banyak tapi tak semua berusaha ke arah memudahkan commentator meninggalkan komen. Macam mana ni?


* Kalau tulis shortform je memanjang, tu bukan penulisan. Tu adalah singkatan/rumusan/nota. Cubalah tulis betul-betul sikit, bahasa rojak pun takpelah, asalkan boleh dibaca secara normal. Ini blog, bukan nota lecture anda. Dua perkara berbeza di situ.


* Iklan.

Ingat, blog kita ni adalah blog kita. Bukan blog advertiser. Advertiser bayar murah je, jadi bagilah nilai yang setimpal dengan yang dia bayar.

Jangan la nak penuhkan blog dengan iklan. Kalau ada satu iklan skyscraper tu, tak payah la letak wide-skyscraper pulak. Lepas tu letak sebelah-sebelah. Ades~ Nak senang pilih, amik mana satu yang advertiser paling banyak guna, pilih yang tu. Yang lain tak payah letak.


Ni bukan nak mengutuk atau mengkondem sesiapa. Just pendapat dan cadangan daripada aku. Kalau nak ikut, ikut. Kalau tak, takpe. Selamat berblogging.- Ariffshah.



Ha, korang dah baca, kan?

So, kalau ada yang terasa tu, cuba-cubalah berubah. Terutamanya kepada yang pasang lagu kat blog. Aku memang tak boleh blah dengan blog yang ada lagu, dah tu lagu sedih atau instrument yang sedih-sedih. Spoil mood betul!


Jadi berhati-hati la korang. Kalau nak reader ada, sila buat macam yang sudah Ariff sebutkan tadi.


Selamat berblogging.


P/s: Ariff, tak nak bagi aku apa-apa ke? Aku dah promote blog ko ni.. Hihi~ Gurau jer la. Persahabatan itu lebih bernilai dari segala-galanya.. :-)



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker