Langkau ke kandungan utama

Jahat Tapi Hati Baik?

Assalamualaikum...

Ok, aku nak tunaikan janji dan sambung cerita yang aku dengar dari Murabin, semasa aku lepak di surau, Pusat Kegiatan Pelajar (PKP), Universiti Utara Malaysia (UUM). Tak ingat? Mai klik sini naa...

Dikisahnya, ada seorang sahabat nabi yang gemar bergurau dan membuatkan Baginda tersenyum dan ketawa. Namun begitu, beliau mempunyai kekurangan, iaitu gemar meminum arak. Al-maklumlah, beliau baru memeluk Islam dan kegiatan semasa jahiliyah yang satu itu sukar dibuang.





Para sahabat yang lain, ingin memarahinya apabila bertembung dengan beliau. Namun, ala tak ingat.. tapi pointnya, dia jahat sebab suka minum arak tapi nabi suka sebab dia ada jugak niat baik walaupun sedikit..

Pengajarannya: Kita tak boleh untuk mengata pada orang. Memang pada kasarnya nampak seseorang itu lebih teruk dari kita. Tapi kita tak boleh kata kat dia sebab hati dia kita tak tau. Mungkin dia ada niat yang baik untuk agama. Kita? Belum tentu sebaik hati dia.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Jangan suka mengata pada orang.. Mungkin martabat dia lebih tinggi dengan kita.

    BalasPadam
  2. Betul tu sha.. kena bersangka baik selalu....

    btw nice entry :)

    BalasPadam
  3. btol tu..kita kena bersangka baik kat orang lain.

    BalasPadam
  4. Kak Eny: ya.. amalkan ek :-)
    terima kasih

    BalasPadam
  5. setiap manusia ada kelbihan dan kekurangan masing2... Yang baik jadikan teladan yg xbaik jdikan sempadan... baru hidop aman ma !!!! Hahahaa=)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker