Langkau ke kandungan utama

Siang Kedi, Malam Pelacur

Assalamualaikum...
 

Wanita ni terkenal dengan produktifnya. Bukan sahaja dari segi 'kilang pengeluaran anak', menyebut kata-kata guruku semasa di Tingkatan Enam.. Hampeh betul, ada plak kata macam tu. Tak hormat perempuan lah tu.. Ingat kami ni kaum hawa tempat buat anak berdozen-dozen ke?


Bukan itu yang aku nak perkatakan di sini. Topik aku ialah perempuan tu adalah  manusia yang produktif, boleh buat banyak kerja. Tak percaya? Jom usha berita hari ni..






ANGGOTA Jabatan Imigresen memeriksa dokumen perjalanan sebahagian wanita warga Indonesia yang ditahan dalam operasi di Kulaijaya, Johor semalam.



JOHOR BAHRU – Siang jadi kedi, malam jual diri. Itu pengakuan sebahagian daripada 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor di sebuah kelab golf terkemuka di Kulaijaya semalam.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Mohd. Nakhafi Hasan berkata, semua wanita warga Indonesia berusia 21 hingga 46 tahun itu ditahan ketika baru melaporkan diri untuk memulakan tugas sebagai kedi kira-kira pukul 8 pagi.

Menurut beliau, siasatan mendapati, sebahagian PATI yang ditahan itu mencari pelanggan dalam kalangan pemain golf ketika bertugas sebagai kedi.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati semua warga Indonesia yang ditahan itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Malah mereka menjalankan kerja tambahan sebagai pelacur selepas selesai bertugas sebagai kedi,” katanya ketika dihubungi semalam.


  
Sumber: Kosmo


Sekarang dah ada buktinya.. Tapi jangan lah buat perkara yang tak senonoh. Tak dihormati oleh kaum adam jugak..




Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker