Langkau ke kandungan utama

Harimau Sembunyikan Kuku

Assalamualaikum...

Korang pernah rasa tak keadaan macam ni? Korang tahu tapi sengaja tak nak bagitahu. Bukan nak kedekut atau sombong tapi korang tak nak ada orang salah faham kepada diri korang. Niat baik korang tak dihargai bahkan disalah erti. Bukan mahukan penghargaan tapi biarlah tiada apa-apa konflik lagi. Pernahkah korang rasa macam tu?

Aku pernah. Rasa terkilan dituduh mengutuk, aku lebih berhati-hati.

Aku bercerita pasal dunia blog. Tadi, ada seorang blogger tanya aku. Aku tahu, tapi aku risau ayat aku ni kasar atau dia akan terasa. Jadi, aku berpura-pura jadi noob. Tak tau pape. Ibarat harimau menyembunyikan kukunya.

Bukan aku berniat tak nak bagitau dia. Aku nak bagitau tapi dalam pada yang sama ada orang yang masih pandang negatif pada aku. Dia lagi terrer bab-bab blog ni dari aku.



Jadi, aku rasa biarlah dia yang tolong menyelesaikan masalah kawan aku tu. Kalau aku cakap banyak kang, aku pulak yang kena. Lagipun, aku ada misi nak berbaik dengan dia ni. Jadi, tak boleh sangat cari pasal dengan dia. Kang lagi dia membenci diriku.


Kepada awak, maafilah saya. Saya cuma nak berkawan dengan awak saja. Bukan kemahsyuran yang saya mahukan. Saya lebih suka awak yang saya kenal dulu, yang masih ramai orang tidak kenal awak.


Kalau korang dalam situasi aku, apa yang korang akan buat?


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. kdg2 orang boleh tersalah faham dan terasa hati dgn kita sedangkan sedikit pun kita tak maksudkan begitu ataupun nak bagi dia terasa..kalau jadi mcm tu cepat2lah perbetulkan keadaaan sebelum bertukar jadi konflik...walaupun kita rasa pendapat kita betul, tetapi 'mengalah' bukan bererti kta salah atau kalah...

    BalasPadam
  2. biasa la tu..kadang-kadang org selalu tersalah faham..takpe, yang penting niat kite tu betul..org nak salah fhm tunggang langgang pn kalau niat kite tu betul tak kisah la kn..yang penting kite buat benda yg betul..tp jgn pula kite mmbenci org yg tersalah faham tu, die pn (bagi die) merasakan mmbuat perkara yg betul dan membetulkan juga..so, kalau dah dua2 pn rasa buat pbenda yang betul..we can always be agree to disagree..

    betul tak? pedulikn je la pe yg org fikir..

    BalasPadam
  3. Sedang berusaha la ni encik Khairil. Sangat susah bila org dah fikir negatif jer pasal kite, sdgkan bukan salah kite, salah faham sahaja.

    Memang mengalah pun.. Turunkan ego.

    BalasPadam
  4. Aha, niat tu memang penting. Akan ku pegang dengan kekuatan niat tu.

    Aku tak benci dia, malah aku sayang dia. Dia kawan aku. Aku sayang kawan-kawan aku.

    we can always be agree to disagree? Nicenya, bilakah akan muncul kembali detik itu dalam hubgn aku dgn dia? Tak sabar nak rasa saat mcm tu lagi. Tapi mungkin tinggal harapan jer la..

    Org lain tak fikir, sb ramai yg tak tau. Aku pun tak bgtau sape. Diam2 sudey~

    BalasPadam
  5. sha, salah faham tu biasa la...tapi cara kita nak handle koflik tu supaya x berpanjangan itu yg penting...

    member saya hari2 naik honda ego pergi kerja..

    BalasPadam
  6. setuju dengan komen encik Khairil.huhu..
    Sometimes,memang orang susah nak paham situasi kita.Maybe lama-lama korang akan berbaik laa... Sabar k..

    BalasPadam
  7. Memang biasa klu ada salah faham. Yang rasa tak biasanya, bila kita masih tak dapat nak berbaik semula.

    Nak kena cari cara nak handle conflict ni..

    Itu motor Ego, apa kena mengena? Lawak Encik Khairil xmenjadi..

    BalasPadam
  8. Semoga akan muncul hari itu.. =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker