Langkau ke kandungan utama

Jom Komen Header Baruku



Assalamualaikum...

Hari ni aku tukar header. Dah lama dah nak tukar. Hari ni baru la terajinkan diri untuk menukarnya. Ops, sebelum tu, kena edit dulu.

Memandangkan aku ni tak pandai sangat Adobe Photoshop, maka aku guna Photoscape je. Korang jangan gelakkan aku, tau..

Aku dah cari merata blogger untuk mengedit dan membuat headerku tapi tak de sape pun sudi. Sedih kan? Ye la, orang tak popular macam aku ni mana la ada orang nak bantu.

Ah, cukup-cukup la buat ayat sedih tu. Tak sesuai dengan aku. Aku kan happy go lucky. Ekeke~




   


Ada masuk blog seseorang blogger. Lama tak singgah situ. Dulu ada jugak duk berborak dengan dia. Alahai, tak jumpa pulak link dia. Dah cari link kat dalam History pun tak jumpa jugak. Kalau akak baca sini, komen ya.. Nak ambil link blog akak.

Aku terkejut sebab dia letakkan blog aku ni kat list blog Ngetop. Aduh, aku tak layak untuk blog macam tu. Yang masuk bloglist Blog Nyetop tu adalah otai-otai semuanya termasuk lah Ben Ashaari. Blogger lain, aku tak ingat. Tapi diorang memang famous.

Ada bloglist untuk perempuan nyetop apa ntah namanya. Kat situ pun ada nama besar. Hanis Zalikha, jugak sorang saja yang aku ingat.

Minta maaf short term memory. Hihi~ Sebab aku memang kena tidur dah ni. Kepala dah pening dari tadi. Oh ya, aku tak tidur lagi dari malam tadi. Biasalah hidup bujang ni. Hahaha~

Aku dah komen kat blog akak tu. Malu kot, diletakkan bersama otai-otai blog sedangkan aku ni newbie. Buat entri pun tak pandai lagi.





Ramai orang tegur header ni, meriah sangat kata mereka. Haha~

Aku sebenarnya sayangkan kawan-kawan aku tu. Kalau aku letak pic dengan sorang dua jer kawanku, nanti yang lain pulak cemburu dan terasa. Jadi, aku letak je semua orang ada. Kan dah tak de sape nak cemburu. Wakaka~

Ada yang kata, kenapa tak letak gambar sorang. Aku ni pemalu sebenarnya. Hihi.

Aku pun tak ada masa nak edit header. Bizi.

Kat bawah ni adalah header aku. Aku nak korang komen, ok ke tak? Kalau KO, aku tukar yang lain. Yang lain? Er, kena edit lagi la.





Aku tak reti edit ni. Muka pun ntah pape. Aku malu la tengok pic ni, macam nak jual diri je. Ekeke~

Korang rasa gediks tak pic macam ni?

Korang rasa OK tak? Spek aku pelik tak?




Alang-alang aku tukar header, aku buat banner. Cuma tak tau, macam mana nak linkkan ke blog ni. Dah buat hyperlink, tapi tak jadi. Ada sesiapa tahu tak macam mana nak buat?

Wah, banyak betul persoalan aku dalam entri ni. Aku kan newbie dan aku tak pandai coding ni. Mana pernah belajar. Ada belajar pun coding asas yang tak perlu pun kalau tak tau.


Tolong komen header ni, k.


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Akhirnya tukar juagk header tu..

    BalasPadam
  2. laaaa..asal x cakap..kalau x boleh tolong editkan....

    BalasPadam
  3. @Taufan Bin Ribut

    Ala, ko ni pan baru nak cakap.. Hari tu aku tanya, ko kata tak boleh..

    Aku bagi ko edit lagi la header tu, boleh?

    BalasPadam
  4. wah...besar betul gambar ea..huuhu.takpe lah..edit sendiri pon ok jugak pe..

    BalasPadam
  5. ok la tu... aku pon tak de header gmbar aku..hehe bg aku.. header ko ni dh ok & menarik.. :)

    BalasPadam
  6. Hai! Sha...

    Akak selalu jugak bukak blog sha..tapi tak komen...cuma baca jer...

    Very nice header tu...cuma besar sikit jer..

    ni link akak

    http://hairuliza-anakku.blogsport.com/

    BalasPadam
  7. Salam,cantik blog ni.. ;) liza dah follow,harap sudi2 ke blog liza pulak..

    BalasPadam
  8. @Syukri Mohtar

    Syuk, Sha kan dah kata Sha tak tau nak kecilkan pic tu. Ajar lah..

    A ah, edit sendiri, tak pro betul, kan? Lucu pun ada. Hahaha~

    BalasPadam
  9. @farra

    Ye ke?

    Klau u kata Ok, Ok la.. Hihi~ =)

    Tq dear

    BalasPadam
  10. @IZAHAR™ AZIZAN
    Ye ke dah ok? Menarik? Haha~ tu gediks namanya. Ekeke~

    Aku tengok ramai org letak pic diorg, aku ikut je la..

    BalasPadam
  11. @Cik Rose Cute

    Aha, sudah jumpa kakak kesayanganku..

    Nice ke? Tak terasa nice pun.

    Besar? Ni nak cari bgmna nak kecikkannya.. Ada sspe tahu? tolong2..

    TQ bg link.. nnt Sha masukkan dlm entri ni.

    BalasPadam
  12. @Ummi Alesya Sofea

    Cantik blog belum bermakna cantik isinya.. haha~

    TQ sudi follow blog ni =)

    BalasPadam
  13. tapelah. belajar pelan2 edit header tu. actually, kalau gune transparent punye header lagi cool. dulu pon xpandai jugak, tapi dah reti sikit2.

    nak buatkan orang tak reti. takot jadi buruk. hehe.

    BalasPadam
  14. @cik azeya

    Kite ni newbie yg tak tau pape.. Hihi~

    Ingat nk buat mcm tu jugak tapi tak reti..

    TQ bg suggestion =)

    BalasPadam
  15. wah... header baru.... memang stylo lah tepek muka besar2.... baru orang kenal kan.. suka nengok style tudung tu :)

    BalasPadam
  16. @Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

    Aduiyai~ baik punya perli.

    Ni sah-sah tak baca entri dgn khusyuk dan tawaduk.

    Kite kan dah mention, tak tau nak kecikkan gambar tu.

    Kepada sesiapa yg tahu tu ajar la..

    Tudung pun tak cantik. Main letak selendang je.

    BalasPadam
  17. wah...nice header...good job! well done....

    BalasPadam
  18. erm, bagi kecikan sikit je.. pastu ok dah.. cun. :)

    BalasPadam
  19. @Khairil
    Cantik ke?

    TQ, tak sia-sia mengusahakannya. hihi~

    BalasPadam
  20. @che sakinah

    Nak lagi kecik ke? tak boleh sebab ni masa Che sakinah tengok dah kecikkan dari saiz asal yg mmg besar gedabak.

    cuba dah kecikkan dari yang ni tapi jadi ketot, tak pnjg. Lagi pelik. Stay yg ni la dulu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker