Langkau ke kandungan utama

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 5


Assalamualaikum...

Cerita Indon ni tak la panjang mana. Ada sambungannya lagi ni. Korang dah tahu babak sebelum ni?
Kalau belum, dipersilakan dengan berbesar hati membacanya.


Klik sini untuk mengundi. Ekeke~ Mana ada mengundi ni..

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 1
Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 2
Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 3
Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 4

Jom ambik feel nak baca cerpen ni..

Sinar mentari yang tenggelam di balik awan mula memancarkan cahayanya. Awan mendung berarak pergi.

Hari ni, alhamdu lillah, segalanya nampak semakin cerah sinarnya. Aku tersenyum sendiri dan melepaskan batuk di tangga, eh, apa kena mengena? Salah tu.. Aku menarik nafas lega.





Dia sudah mula memberikan respon bila aku turut sama bertanya atau dia minta pendapat. Ku kira bernas juga idea aku.

Tapi, aku tak boleh buat perangai gila-gila aku, sebab dia belum memaafkan aku sepenuhnya. Namun, aku tidak akan berputus asa. Aku masih lagi menantikan kemaafan dari dia, tulus dari hatinya.

Memang kena bersabar. Ikutkan hati mahu saja buat perangai gila-gila dan gelak tak hingat dunia aku tu. Tapi aku sedar diri, dia tak pun masih tak suka aku.



Dari petang hingga ke malam ini, aku sangat suka dan gembira kerana aku dapat duduk di sebelahnya dalam picture kat group fb. Ye la, aku gembira sebab baru-baru ni, walaupun aku on line dan borak-borak kat situ tapi tak naik pun pic profil aku (sebab aku kan bawah pemerhatian-gila dow dituduh budak jahat dan suka kutuk orang. Adoiyai~ Nak tau, klik sini suka-dan-dukaku).

Maka memang tak mood la nak borak sana. Aku tak tau nak komen apa. Bukan tak ada idea tapi aku rasa tak yakin mereka boleh terima repekan dan rabanan (merepek dan meraban) aku ni. Aku bergurau jer. Tapi, apa salahku apa salah ibuku... Ecece, masuk lagu Cari Jodoh (Wali Band) la pula.. Ekeke~



Tapi malam ni, aku rasa sangat bahagia dan dapat tersenyum. Tiada lagi kesedihan melanda diriku. Lama aku dapat duduk di sebelahnya. Walau berubah barisan atas dan bawah, kami masih lagi bersama. Terasa seperti dia menjagaku di situ. Lagi pula dia selaki admin dan group blogger itu memang kepunyaannya (owner) boleh buat apa saja untuk mengedit apa-apa, kan?

Dah kalau macam tu, boleh saja dia buat apa-apa dengan kedudukan tempat kami tu. Ah, biarlah korang nak kata itu di luar kuasa admin dan owner pun, aku tetap nak layan perasaan gembira tersebut. Kalaupun ianya kebetulan, ianya kebetulan yang telah ditakdirkan. Hua hua hua, gembiranya rasa hati pada hal perasan jer. Haha~

Akhirnya, dia dengar juga nasihat dan pandangan aku. Aku tahu walaupun dia tak balas tapi dia tetap akan baca. Biarlah yang dia tahu aku jugak kawannya walaupun hatinya masih berat untuk menerimaku.

Aku perlu memenangi hati dia sebelum kami bawa haluan masing-masing. Haluan yang dimaksudkan ialah, dia balik bercuti dan aku balik rumah, cari kerja.


"Apabila aku tersesat, selamatkanlah aku dalam doamu
Apabila aku kesepian,hiburlah aku dengan suaramu.
Apabila aku sakit,ubati aku dengan rasa kasih sayangmu.
Apabila aku mati,jgn mandikan aku dengan air matamu.
Apabila aku dikuburkan, tanamlah aku dalam hatimu."

~WAHAI SAHABATKU SEMUA~

Teman, sambutlah huluran tanganku ini.. Aku memerlukanmu..

P/s: Aku terbaca soalan yang ditanya kepadanya. The most told lie? He answered I am fine. Oh, my God, memang dia cakap macam tu bila aku tanya keadaannya.



Untuk awak yang saya maksudkan kat sini, saya sangat risau akan keadaan awak. Saya tahu awak sakit sangat tapi awak tahan dan sembunyikan di balik gurau senda awak.


p/s lagi: Dia dah cakap kat group dia nak pergi. Kawan-kawan semula duk halang dia. Aku buat entri dulu since dia pun katanya nak buat entri sebelum dia pergi. Bila aku lawat balik, tengok ada sorang kawan kata, dia dah deactivekan facebook.

Terus aku search namanya. Ada. Tapi bila buka kat blognya, fbnya tak de apa-apa maklumat. Maknanya dia dah deactive. Air mataku meluru turun. Sedih.

Aku pergi lepak kat Sintokkian. Aku buka chat. Dia ada! Happynya aku..
Tapi aku masih sedih jugak sebab dia akan pergi tak lama lagi. Esok dia dah nak balik kampung. Bukan itu masalahnya. Masalahnya dia tak akan active ber-on line. Aku pun.



Aku nampak dia ada dalam group blogger pada ruangan chat. Aku tuliskan kata-kata untuk ditujukan pada dia.

Aku tulis kat sana. Aku cakap kami rindukan dia.

Aku cuba beranikan diri add dia lagi. Tak lama kemudian, dia accept. Gembiranya aku. Aku tak tau nak buat apa. Sekali lagi, aku cakap tq for add. Dia like.

Aku ada idea nak buat page like. Dia tak cakap apa-apa cuma dia kata pening sikit la. Hahaha~

Perhubungan menyatukan dua hati,
umpama hujan yang turun lalu menghubungkan langit dan bumi.
Saling melengkapi, saling menerima & memberi.
Bila Allah redha, maka turunlah hujan dari langit lalu membasahi bumi.
Begitu juga bila Allah redha, maka bersatulah dua hati dalam sebuah ikatan suci.
[Selamat Berbahagia buat semua teman yang bakal,
dan telah dipilih Allah untuk menerima anugerah & amanah terindah ini ♥ ]


Terima kasih kerana memberiku kesempatan ini. Aku amat hargainya. Sayang awak selalu.

Semoga apa yang terjadi ini menjadi penguat tali kasih antara kami.

Semoga kita akan bersua kembali. Jaga diri elok-elok. Ingatlah ramai yang menyayangi, ayang.


P/s/s: Best tak cerita ni? Haha~ perasan..
Tak de la, aku cuma nak korang teka, cerita ni layaknya cerita sebenar atau rekaan semata?
Korang nak ada sambungan lagi tak?

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. hey , nice entry .. i dah follow u .. meh la singgah2 blog i.. follow k.. thanx..

    BalasPadam
  2. Fuyoo.. Best gila lah. Yana dah bace habes dah dr part 1 - part 5. Hopefully ad sambungan sebagai kesinambungan cerita ni. Sweet lah. Tapi kan really ke dia saket ? Kalau ye, mmg sedih lah.


    Macam-macam perasaan ad dlm cerita ni. And nak tahu tak, bile yana bace satu part, yana aku really curious nak tahu next part. Good job, dear..


    And this entry remind me with someone, sedikit je lah. Budak UUM and yana rapat since ktorang MT kat satu kelab and you know, when we're close to each other, hati ni mmg mudah kecik hati w'pun hal kecik je :D

    Lastly, keep writing okay :D

    BalasPadam
  3. nnt dia ok la tu.. hehehehe.. doa bnyk2 spya dia lmbut hati. eheh :D

    BalasPadam
  4. citer ni best...and kadang2 romantik..haha..:)

    BalasPadam
  5. perh~~ entry kamu tngkap kalbu . . hehe

    BalasPadam
  6. @gheen giena

    Nice? Oh, terima kasih.. =)

    dah follow mollow mashmellow..

    BalasPadam
  7. buat smbungan lagi...
    menarik ne..
    hehee*_*

    BalasPadam
  8. @Didie Yana

    Best ke gila, Yana? Ahaha~
    TQ sudi bersusah2 baca dari part 1-5. Dah la panjang berjela, kan? Tapi tak pe, sebab bestkan? Syahdu je. Haha, perasannya kite..

    Berharap sangat ada sambungan? Ala, kena sambung ke ni? Tak ada idea la. Blank sekejap.

    Ramai mcm Yana, curious nk tau the next part. Diorang suruh cepat-cepat sambung dan hari-hari tanya, bila lagi nak sambung next part. Ekeke~

    Goog job, dear? U too, good job sebab sanggup habiskan masa utk baca.

    Wow, cerita ni ada kaitan Yana's personal history jugak ek. bagus-bagus. Itu la, kalau kita rapat dengan seseorang, memang kita akan mudah nak terasa. Tapi kalau sekadar kawan hai-hai, bye-bye je memang buat dont know je. Tak de masa nak terasa, kan?

    Keep writing? Insya-ALLAH.. Kalau kite keep writing, Yana kena keep baca. Haha~

    BalasPadam
  9. @loveville

    A ah, nanti dia akan okay dengan kite. Sekarang ni pun dah ok.

    Sukanya kite. Kite dah dapat sentuh hati dia. Kite dah dapat baca lagi hatinya (kembali). Dulu tak boleh baca, sekarang ni, okay dah boleh baca kembali. Hatinya sudah terbuka dan lembut untuk kite.

    Sekarang ni fasa dia merajuk, tidak lagi membenci.

    Ya, kite kena banyakkan berusaha dan berdoa supaya dia kembali kepada kite macam dulu. Semoga dimakbulkan. =)

    BalasPadam
  10. @FarhanahAdzlan

    Best? terima kasih. Tukang Pencerita dan Pembuat cerita (ilham) tu adalah ALLAH. Kite cuma sampaikan jer.. Alhamdu lillah, segala pujian hanya utk ALLAH =)

    Romantik ♥? Tang mana tu? Ke tang part kite perasan je lebih? Hehe~

    BalasPadam
  11. @Muhammad Ariff Asyraf

    Buat enrti dengan sepenuh hati aka merasai apa yang berlaku, inilah hasilnya..

    Jiwang ♥ ek? Haha~

    Nanti sudi-sudi la baca lagi ek.

    BalasPadam
  12. @peyansanstaro

    Menarik? Tengok la, sape yang tulis? Ekeke~ perasan betul.. Kalau menarik, baca la lagi.

    Sambungan? Er, nak sambung apa lagi ya? Blank kejap. Wakaka~

    BalasPadam
  13. done!

    next!

    ehh?? dah habis ke? please buat part two..semoga pelakon lelaki tu pnjg umur lagi supaya ade part two..amin..

    hehe..

    BalasPadam
  14. Ko ni baca macam tak ada perasaan je, Waawan. hehe~

    Nak ada sambungan lagi ke? Er, hero panjang umo? Eerm, ada idea tapi malas pula nak mengarang panjang-panjang ni. Hehe~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker