Langkau ke kandungan utama

Ke Manakah Menghilang Result Examku? (dan Mood)





Assalamualaikum...

Ada cerita sedih. Er, sedih ke? Tak sedih tapi cerita yang berunsur negatif la..


Hari ni teringat nak cek result exam yang telah lama terabai dari perhatian tuannya ni. Hihi~

Tapi, sekali masuk dalam local disk D, tak jumpa result yang dua sem lepas. Tak ada result keempat-empat sem.


Mood:
Ok, sabar lagi.

Mungkin boleh cari dengan portal. Kan hari tu portal masukkan semua result berderet. Masih boleh senyum.


Mood: Ada harapan




Tapi bila search portal, jumpa portal yang dalam construction.

Ok, masih layan lagi. Siap cari nama seseorang untuk mengesahkan dia bercakap benar atau bergurau. Ok, betul namanya dan kosnya sudah tentu la betul.
Mood: Happy

Mencari nama sendiri. Oh, tudung yang senget benget. Lucu. Tertawa.


Mood: Bahagia



Bertanya kepada teman-teman yang on line awal pagi. Boleh buka portal tak?

Minta URL. Cuba masuk. Yah, boleh. Tersenyum.


Mood: Senyum-senyum



Jumpa result. Tapi kenapa satu je yang ada? Ok, tak pa, save as dulu.

Then, bila buka fail, result tak ada. Hanya ada gambar sahaja. Cuba sekali lagi. Sama jugak.

Check balik. Erm, gambar dan result tak dapat bersatu. Argh!


Mood: Geram



Cuba tanya kawan-kawan. Diorang pun tak tahu. Rasa nak nangis. Hati bagai dirobek-robek.


Mood: Sakit hati


Menyalahkan diri sendiri. Dulu tak nak check.
Mood: Salahkan diri


Bukan tak nak check tapi tak dapat nak login portal. Dah cuba berkali-kali. Jemu.


Mood: Bosan



Dulu tak nak save.

Bukan tak nak save. Sudah save. Tapi hilang.


Mood: Kecewa



Sedih. Perlukah menangis?


Mood: Sedih



Oh, tidak. Tak perlu nak menangis. Sabar. Istighfar. Kenang dosa-dosa.

Mungkin ujian. Hidup penuh dengan ujian.

Mood: Redha




P/s: Sabar je la.. Berusaha!

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Wah, banyaknya mood yg terlibat..

    Jgn jadi emosi tak stabil sudah la. Ekeke~

    BalasPadam
  2. Sudahku usaha membuka portalku..

    namun ia hnya tinggal mimpi sja

    UUM mmg pilih kasih..

    knpa..knpa...knpa portal aku xlh

    bukak*mood = BENGANG

    BalasPadam
  3. @peyansanstaro

    TQ Peyan, ko la teman ko la sahabat *ayat sape ni ye? Ekeke~

    Kalau begitu, banyakkan berdoa, mudah-mudahan kerjamu diberkati-NYA.. Haha, gurau je.

    Mana ada pilih kasih. Cuba clearkan history kat tools tu. Tak boleh buka tu time out.

    Mood: Sabar =)

    BalasPadam
  4. blum pnah mgalaminya.. tpy ase nye klau jdy kt sy mood sy juga akn b'ubah2 .. ^^ saba je laa

    BalasPadam
  5. @alia azmi

    semoga tak jadi mcm tu la, k =)

    sabar je la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker