Langkau ke kandungan utama

Menghidupkan tradisi Kesultanan Melayu

Assalamualaikum...

Korang minat martial art tak? Seni mempertahankan diri. Aku minat. dari kecik-kecik dulu suka tengok cerita lawan-lawan, dari ninja turtle, gaban perkasa hitam, ultraman,(pada zaman sekolah rendah) cerita kungfu, lawan-lawan (sekolah menengah).

Aha, ada jugak cerita Pendekar pasa masa aku sekolah rendah. Hero dia, Rusdi Ramli dan Heroin selalunya Raja Azura. Disiarkan TV2, malam-malam weekdays.


Dari situ, aku berminat untuk memperlajari seni silat atau apa-apa saja martial art. Sebab aku tak nak orang boleh pukul aku suka hati.

Korang minat tak?

Apa pun, jom tengok dulu pasal artikel ni.


SEAWAL usia empat tahun, Mohd. Khoharullah Datuk Raja Abdul Majid, 28, sudah dilatih dengan gerak silat bak pahlawan Melayu yang diwarisi daripada bapanya. Bapanya merupakan Pengasas dan juga Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM).

Biarpun didedahkan dengan dunia persilatan pada usia muda, Mohd. Khoharullah tidak pernah berasa jemu malah menganggapnya sebagai satu anugerah yang tidak ternilai.



Beliau yang merupakan gurulatih kanan PSSPGM berkata, silat seni gayong pusaka sememangnya memerlukan satu pergerakan yang kasar sebagai pertahanan diri apabila diserang musuh.

“Tetapi di sebalik pergerakannya yang kasar, ia banyak mengajar pesilat berdisiplin, taat pada guru dan mematuhi segala ajaran Islam,” kata Mohd. Khoharullah yang ditemui pada rakaman program dokumentari realiti televisyen PSSPGM di Gelanggang Pusat di Kampung Guar Nenas, Gurun, Kedah baru-baru ini.


Katanya, silat seni gayong pusaka bukan sahaja melengkapkan dirinya dengan seni bela diri untuk mempertahankan diri tetapi juga mengelakkan daripada terjebak dengan gejala tidak sihat.


“Sebagai pesilat kami diwajibkan menjaga solat lima waktu dan meninggalkan apa yang ditegah dalam Islam selain perlu mengamalkan surah-surah tertentu dalam al-Quran untuk sampai ke tahap tertinggi,” ujarnya.


Menurut beliau, program dokumentari realiti televisyen tentang dunia persilatan yang bakal ditayangkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 Ogos ini bertujuan menarik minat orang ramai terutama golongan muda menyertai silat.

JAK (dua kiri) bersama kru produksi membuat penggambaran di Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Gurun, Kedah baru-baru ini.


“Ini merupakan antara cara yang lebih santai untuk mengajak orang ramai menyertai silat terutamanya seni silat gayong pusaka sebagai salah satu aktiviti sihat dalam kehidupan mereka,” ujarnya.

Menceritakan tentang perjalanan pesilat seni silat gayong pusaka sebelum mencapai tahap tertinggi iaitu bengkung hitam dengan seni belian yang melibatkan ilmu kebatinan, kata beliau, ia bergantung kepada kemampuan seseorang itu untuk melepasi setiap tahap yang ditetapkan.


Kata Mohd. Khoharullah, tahap pertama adalah awan hitam. Pada tahap itu, pesilat layak memakai bengkung (tali pinggang) hitam tanpa cula (garisan pada bengkung) dan selepas kira-kira enam bulan pesilat akan belajar tentang mata pelajaran silat untuk ke tahap seterusnya.


Bengkung seterusnya adalah bengkung putih yang juga dipanggil awan putih. Pesilat pada tahap ini akan dinilai kemampuannya menerusi cula pada bengkungnya dan paling banyak mempunyai tujuh cula.


Enam bulan selepas itu, mata pelajaran silat akan ditambah beserta ujian ketangkasan. Jika pesilat lulus, mereka akan naik ke tahap awan hijau dengan bengkung hijau.


“Keempat-empat tahap ini melibatkan permainan silat tangan kosong iaitu tanpa menggunakan sebarang senjata,” katanya.


Selepas tahap awan hijau, pesilat akan diajar berlawan menggunakan senjata seperti pisau dan rotan pada tahap pramerah.

SENI silat mempertahankan diri bukan saja mendisiplinkan seseorang bahkan mengelakkan seseorang daripada terjebak ke dalam gejala kurang sihat.


“Pesilat pada tahap pramerah akan diajar tentang asas-asas berlawan menggunakan senjata dan pada tahap ini pesilat digelar sebagai pembantu gurulatih,” jelasnya.

Tahap lebih tinggi selepas itu adalah bengkung merah yang memerlukan pesilat melengkapkan diri dengan permainan silat bersenjata. Pada tahap ini pembantu gurulatih dinaikkan kepada gurulatih.


Seterusnya tahap kedua tinggi iaitu bengkung kuning juga memerlukan permainan senjata sebelum boleh ke tahap tertinggi iaitu pelangi hitam dengan cula sehingga tujuh.


“Pada tahap ini, pesilat perlu mengamalkan surah al-Ikhlas sebanyak 70,000 kali bagi mencapai seni belian iaitu satu ilmu kebatinan.


“Jika diizinkan Allah, pesilat boleh menguasai ilmu kebal dalam silat seni gayong ini,” katanya.


Sementara itu, bekas juara Kejohanan Silat Kebangsaan mewakili PSSPGM, Khairol Fais Ahmad memberitahu, minatnya dalam dunia persilatan berputik sebaik melihat seorang pesilat beraksi ketika umurnya lapan tahun.


“Saya pernah cuba masuk tomoi tetapi hanya bertahan selama dua tahun sahaja mungkin kerana tidak serasi,” katanya.


Menurutnya, seni silat gayong pusaka mengajar seseorang itu mempertahankan diri dengan gerak silat yang tangkas dan kuat.


“Silat seni gayong pusaka ini bukanlah silat untuk membuat serangan tetapi bertujuan mempertahankan diri dan ia memerlukan ketangkasan,” jelasnya.


Seorang lagi pesilat PSSPGM, Mohamad Wahab, 38, berkata, seni silat mengajar tentang erti taat dan hormat kepada orang tua terutamanya guru.


“Sikap saling menghormati sesama pesilat dan menghormati guru secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni kepada pesilat,” katanya.


Dalam pada itu, Yang Dipertua PSSPGM, Datuk Raja Abdul Majid Raja Mat Isa, 72, berkata, selepas 55 tahun mengabdikan diri dalam dunia persilatan silat seni gayong pusaka, beliau meneruskan misi untuk menarik minat orang ramai terutama golongan muda menyertai PSSPGM.

DOKUMENTARI seni silat bertujuan menghidupkan semula tradisi Kesultanan Melayu.



“PSSPGM melakukan banyak cara untuk menarik minat masyarakat terutamanya golongan muda dengan mengadakan persembahan di sekolah-sekolah, universiti dan majlis-majlis tertentu.


“Dengan pendedahan melalui program dokumentari realiti televisyen mengenai dunia persilatan aMelayu, saya kira lebih ramai yang akan tertarik dengan silat,” katanya.


Menurut beliau, ahli PSSPGM kini melebihi 500,000 orang di seluruh negara dan ia dijangka meningkat dari tahun ke tahun sejak ditubuhkan pada 22 Oktober 1963.


Setiap tahun, ahli-ahli PSSPGM menganjurkan pertemuan di Gelanggang Pusat di Kampung Guar Nenas yang merupakan gelanggang silat pertama PSSPM.


“Gelanggang inilah menjadi tempat lahirnya pesilat-pesilat silat seni gayong pusaka yang hebat-hebat sejak ia dibina kira-kira 48 tahun lalu,” katanya.


Kata Raja Abdul Majid, gelanggang tersebut dahulunya terdiri daripada batang pokok kelapa yang dipacakkan di sekeliling kawasan silat dan ia dinaik taraf kepada pembinaan gelanggang sebenar dengan peruntukan RM30,000.



Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my
Sumber: Kosmo
Wah, best tu.. Korang berminat tak?


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Jom pelihara hak kita, zaman berzaman..

    BalasPadam
  2. rasa bangga sebab saya pon belajar silat juga...
    silat cekak hanafi...

    BalasPadam
  3. Oh, adik beradik rupanya kita ni..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..saya pn masih lg bergiat dalam dunia silat...penting terutamanya girls untuk belajar...saya anak gayong..jom belajar..(^_^)

    BalasPadam
  5. memang penting kan? terutama dlm zaman skrg ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker