Langkau ke kandungan utama

Review Blog (1): LIVE.LAUGH.LOVE




Assalamualaikum...

Ada blogger suruh aku buatkan review tentang blog dia. Sebab dia baca entri aku yang bertajuk kau yang ku sayang blogger part 1. Korang tak baca lagi? Jom klik..

Seorang lagi blogger yang telah mengikuti nasihatku ialah idham xpression. Beliau adalah blogger yang pandai melukis potret. Sesiapa yang mahu menempah, boleh. Murah-murah saja. Berbaloi.

Ya, demi kawan aku memang tak kisah.. Er, ada aku kisah? Haha. Aku dah mereng ni.. Lalala~ Sila abaikan.

Tapi serius, aku pun tak pandai lagi bab-bab teknikal blog ni. Nak tau lebih, kena tanya otai la.. Cek ni newbie yang lagi noob. *humble tak, humble tak? Ekeke~

Tetapi disebabkan dia dah bodek aku, maka aku pun kena la buat. Haha~ gurau ja..

Insan terpilih untuk direveal eh, salah.. Blog yang terpilih untuk direview adalah kepunyaan Che Sakinah yang cute-mute..  nama blog dia LIVE.LAUGH.LOVE

Ok, jom tengok apa yang Sha review untuk Che Sakinah.





-Letak widget ikut hirarki penting atas, tak penting bawah.
Apa yang penting? Yang penting adalah follower dan shoutbox. Itu yang orang cari dalam blog kita kalau diorang BW.

-Follower dan chat- biasanya org letak pada sebelah kanan.. Tak salah kalau sebelah kiri tapi orang akan rasa janggal sikit la..

-Buat senarai entri- susah nak baca atau tau perkembangan terkini kalau tak de benda alah ni.


-Buat senarai list category, senang nak cari entri dalam genre yang sama. Mana tau, nak cari rujukan lebih dan minat dalam satu kategori. Contohnya resipi.


-Bloglist-paling banyak letak 5 jer -dengar dari blogger otai mana ntah, terlupa.. Aha dari Ariff Shah

-Buat jump break. Tutorialnya? Google la. Sha malas nak cari. Wakaka~.
Ni Sha cari cara memasang read more button kat blog

Ni plak apa yang Sha tau.  Sha bagitau kat sini ye la ek.  Dashboard > new note > compose. Tengok kat senarai button compose. Sebelah link, ada image, video dan break jump. Aha, sudah jumpa..Meh baca sini

Entri yang disarankan adalah 3-5 dalam satu page. Adalah elok dan molek kalau buat 'break jump' bila menulis entri. Ala, yg ada 'read more', 'baca selanjutnya' tu.. Cara buat break jump:

1.Korang buka 'catatan baru' > tngok kat sebelah edit HTML, ada 'karang'



2.Tengok kat link, image, video, break jump. Aha, dah jumpa pun break jump. Boleh masukkan break jump dalam entri yang sudah siap ditulis.


Seeloknya letak break jump dlm 3-4 perenggan pertama. 3-4 perenggan pertama itu la yang akan pembaca nampak dalam page anda.

Selamat mencuba.



Ini Sha petik dalam dokumen Malaysian Blogger United, facebook group. Sha yang tulis artikel tu. Jadi tak salah kalau Sha nak ambik, kan? =) Tak de copy right pun.

-Timbang blog- nak tau blog kira berat ke tak. Jangan lebih dari 100 je. Kalau tak pembaca malas nak tunggu lama dan terus tekan pangkah. Search jer 'timbang berat blog' nanti akan keluar la pencarian tersebut.

-widget tak penting buang
jam dan feedjit tu, tak perlu kot. Jam, semua orang ada jam kat kat bawah komputer/laptop. Traffik pula, tengok je kat Design > Statistics> godek-godek je kat situ. Tak pun, tengok kat Nuffnang.

-Header tu penting sebab sebagai imej diri kita. blog Che Sakinah tak ada header. Sha pun header tak cantik dan serabut. Tahu tu tapi malas nak godek-godek. Apa la punya pemalas minah ni, kan?

-Warna blog- dah cantik tapi kalau lagi cerah, lagi cantik dan sedap mata memandang. Cuba tengok blog otai, memang sejuk ja mata memandang macam Ariff Shah tukar template warna lembut-lembut.. Cari entri tu nak link, tak jumpa pula. Tak larat nak godek dah dalam blog dia. Kalau sesape jumpa, bagitau la..

-Gambar besarkan sikit ye. Biar jelas. Cuba tengok blog hanis zalikha, pic dia jelas walaupun banyak terutamanya pic ni malay engagement majlis tunang kekna cuma gabar tu sudah siap digabungkan oleh Deesphoto.net

Bab entri Sha tak nak sentuh. Kena cari sendiri ek. Lagipun setiap blogger ada caranya yang tersendiri.
Tapi, Sha yang rajin dan baik hati ini, haha poyo.. telah cari bahan untuk santapan minda dan pengetahuan Che Sakinah. Sudi-sudilah klik, k.
Tip 20 blogging

Boleh ikut baca review dari (JT) jejakaterhangat.com kena khatam ni dulu la.. Tapi Sha tak larat la nak baca. Sha pernah baca review JT. Sangat memberangsangkan ilmu yang Sha dapat.

Sha pun rujuk sini jugak 15  kesalahan dalam blogging.
dan ini 17 cara menjadikan blog lebih elok

Pesanan Sha, kalau nak jadi baik, kena la berdamping dengan orang baik. Kalau nak berilmu, berdampinglah dengan orang yang berilmu. Kalau kita ni newbie yang baru belajar tentang blog, maka kena la ikut dan selalu selak entri blogger otai.

Minta maaf ye kalau dah reveal macam-macam kekurang blog Che Sakinah kat sini.

Er, ada sesape tak sudi nak review blog Sha pulak? Pasal header tu, Sha tau memang semak tapi malas dan tak pandai nak buat header. Sape pandai ek? Buatkanlah pada Sha.. Please..

P/s: Handphone Sha yang cap ayam tu hilang. Mohon, dipertemukan semula. Kawan-kawan, mohon doa kalian..

Sha tenang jer.. Chill. Cuma nak sim jer, sebab nak call ayah, suruh datang ambik barang-barang Sha yang banyak kat sini.. Dah habis sem, boleh balik kampung.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Semoga ilmu ini bermanfaat..

    Semoga apa yg hilang tu ALLAH ganti dgn yg lbih baik, yg lebih canggih.. Yah, yah, nak hp baru~

    BalasPadam
  2. waa... banyak nak kena improve dan betulkan nih.. insyaAllah kalau betul2 lapang saya kena buat renovation... hehehhee.. thanks sha..

    kritikan yg sangat2 membina.. kalau saya x tanya nanti saya perasan sesorang pula. sbb tu tanya sha..

    walau pon saya bukan menulis secara sirius tapi saya nak sesiapa yg datang membaca, terbaca atau just terbuka blog saya berasa selesa...

    once again, thanks sha :)

    BalasPadam
  3. rajinnye buat review blog org..hihihi.. ;p

    BalasPadam
  4. Selamat membuat renovation k..

    Sama2 =) no hal la..

    Kdg2, kita tak tau apa yang kita tak tau.. hehe~

    Ya, seeloknya, dah alang-alang ada blog, biarlah bermanfaat kpd org lain =)

    BalasPadam
  5. Bukan rajin tapi dek kerana permintaan kawan blog.

    Ambik masa lama tau nak buat ni, nak godek2 artikel orang lain lagi. Memang macam kajian la..

    BalasPadam
  6. ok la tu kalau ada ikt..ehehe..dia pn dpt ilmu..kita pn dpt jgk..

    BalasPadam
  7. ala sian nye kene godek2.. truly speaking, saya buat blog first2 dulu sebab lecturer yg suruh... hahhaahaa..

    dia suruh blajar cara nak buat adsense dalam blog.. subject management infomation system. sya budak business. lama2 saya edict pulak dngan blog...

    first2 tu saya ingat macam diary on line.. that was the actual meaning dlm text book. then, i see more n learn more.. plus terbelajar pulak pasal politic dalam blog.. i mean blogger dngan blogger.. hahaha.. ;p
    mula2 rasa janggal n rasa macam perlu ke semua ni? hal masing2 la kan... but then lama2.. pikir2 balik... ah! orang kan macam2 jenis. mana pernah puas hati. but one thing i really enjoy is to make friends and to improve the skills of writing..

    see.. i already make friend with u.. didnt i? :)

    BalasPadam
  8. aha.. kena ikut Fakrul jugak la. Fakhrul kan otai.. hihi~

    Er, bukan ikut. Dah follow pun cuma kena rapat sikit la.. Banyak ilmu bermanfaat ada dgn otai ni.

    Semoga sama2 mendapat ilmu =)

    BalasPadam
  9. Oo, begitu sejarahnya.. dari tak tau pape, dah jadi tau kan? Itu sesuatu yg baik =)

    No matter what la, kalau pensyarah yang suruh pun, dah alang2 ada blog better belajar make it perfect mcm blog org lain =)

    Sebab org tak tau kita buat blog ni samaada disuruh @ memang sndiri yg nak buat.

    Tak kisah la lama godek pun, Sha boleh kongsi apa yg dibaca dengan orang lain jugak.

    Ya, we are friends. Kalau bukan kawan, malas dah nak review.. Ekeke~

    BalasPadam
  10. yup.. you are right! sekali lagi.. terima kasih banyak2 sbb banyak membantu.. :)

    BalasPadam
  11. My pleasure :-) dont mention it, okay..

    BalasPadam
  12. blog review dari sha..banyak tunjuk ajar tu...hebat... :) tunjuk ajarku sifu...hehe ;)

    BalasPadam
  13. kenapakah encik Khairil memerli kite? Kite tak hebat. kite ni newbie je, yang noob, tak tau pape..

    En. khairil, sila beri tunjuk ajar

    BalasPadam
  14. waa takot la kene review..hahaha,,ni pengkritik bebas ni..haha

    p/s: jgn pernah terfikir nak review blog aku ye..haha

    BalasPadam
  15. Aha, pengkritik ni mmg kutuk habis-habisan.. haha~ gurau je la..

    Blog ko mmg rasa nk reveal jer.. tapi malas r aku. Haha, ganaz x aku? Xde la, ingat senang ke nak review ni?

    Dah macam asgmnt dah.. macam kajian kes. Nak kena cari bahan rujukan dan berfikir jugak.

    Dah tu tak boleh salah pulak, kang aku bawa ajaran sesat.

    BalasPadam
  16. hahaha..blog aku tu kalo nak review konfem follower aku hilang terus..dah la x cantik, semak, huduh..(sedih pula aku kutuk blog sendiri ni)..haha..

    BalasPadam
  17. Eh, mengutuk blog sendiri, nampak.. haha~

    Blog ko ok je la.. (nak sedapkan hati ko). Haha~

    Lagipun aku tak nak la suka hati nak review blog orang tanpa kebenaran, kan? Kang kena saman. *Jangan saman saya, saya orang miskin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker