Langkau ke kandungan utama

Duka Bertukar Gembira Bila Dapat Tiket Percuma dan Karya Masuk Surat Khabar

Assalamualaikum.

Semalam aku tak tidur semalaman. Korang nak tahu tak, ada orang kata aku bergaduh dengan blogger lain.Hahaha, lawak la. Kemudian, kecoh pula pada admin.. Malam tu, admin buat note. Maka bertambah la kecoh.

Aku pelik la, budak tu kata aku kutuk dia? Dari mananya? Dia tanya, aku jawab. Aku terangkan. Then tetiba keluar post orang lain yang kata ada yang kutuk mengutuk.

Aku kuar jugak post yang menyatakan jangan nak marahkan orang yang bagi nasihat, kalau dah minta pendapat. Aku minta maaf. Aku bukan nak tunjuk baik. Dah orang tanya dan aku tau, aku jawab la. Pada masa tu, admin yang pandai bab-bab tu tak de. Jadi apa salahnya aku tolong jawabkan. Er, akukah yang bersalah?

Betul-betul aku tak faham. Aku cakap tak de la nak kutuk blog dia apatah lagi budak tu. Aku siap buat gurau-gurau lagi dengan dia. Korang pun tau, kan aku jenis yang macam mana, suka gurau-gurau, suka gelak-gelak.


Tapi bila ada jer orang tak suka kat kita ni, nampak je salah kita walaupun kita tak bersalah. Bila fikiran negatif tu dah ditanam, memang akan jadi macam tu la. Susah-susah! 'Aku tak paham betoi la'~ * ayat popular Leman bekas peserta Raja Lawak 5. Haha~

Sungguh aku tertekan. Tapi aku rileks je. Cuma agak tak berpuas hati dengan penyampai tu. Hal kecik je dan dah settle tapi dia sampaikan pada admin. Dah tu siap intip aku lagi.

Aku jadi tak ada hati nak lepak sana lagi. Aku rasa dipulaukan. Ah, dari aku lepak sana, nak kena jaga hati orang yang pandang negatif pada aku (mampukah sedangkan mereka mencari salahku?) lebih baik aku lepak satu tempat lagi, lebih private dan mereka pun sebaya dengan umurku. Pucuk muda ni cepat darah panas.


Biasa la masalah datang, aku kena hadapi. Sungguh, aku tak takut nak berhadapannya. Kalau dipanggil menghadap pun, aku rela. Sebab aku tau apa yang berlaku dan apa yang cuba ditonjolkan.

Ok tutup cerita sedih tu. Er, sedih ke? -Tak sedih pun, lalalala~.

Tapi bukan sebab tu aku tak tidur.. Nope, nope, nehi! Akekeke~ Aku tunggu blog kembali ok la. Tapi sampai ke pagi tak ok jugak.

Pagi tadi kira-kira pukul 8, aku cek gmailku yang sudah lama tidak diperiksa.

Aku gembira bila mendapat tahu bahawa aku ditawarkan dan diberi 2 tiket percuma untuk menyaksikan filem terbaru, Priest. Gembira bukan kepalang. Alhamdulillah :-)

Tiket ni nak tau tak, sape yang bagi? Nuffnang beb. Syarikat iklan terkemuka yang popular kat Malaysia ni terutamanya blogger la. Apa, jeles? Jangan jeles. Korang pun boleh dapat jugak tiket tu..

Sila klik untuk membesarkannya

Nak tau caranya? Korang pergi je kat laman Nuffnang tu tengok apa yang  berlangsung. Klik dan klik seterusnya (more).Ikut je la apa syarat yang diorang letak. Senang je, kan?

Lagi satu sekarang ni tengah berlangsungnya soalan selidik kat tepi tu.. Ala, join jer. Aku mula-mula pun malas nak join tapi pagi tadi aku join. Dapat la 1ringgit. Cepat, cepat join sebab diorang nak 1000 soalan soal selidik yang akan diberikan duit.

Satu lagi berita gembira yang aku terima, cerpen yang aku hantar sudah masuk paper. Wargh, aku nak menjerit gembira! Suka sangat. Alhamdu lillah. Akhirnya, aku telah pun masuk jugak. Sebenarnya, lama aku tak menulis cerpen ni. Cerpen tu pun aku siap tulis pada tahun 2008. Lama, kan?

Sudah lama aku tak menulis cerpen ni. Lama beb. Cerpen tu pun adalah antara yang terbaik, macam sajak Kembalilah Sayang, Aku Menantimu. Tapi sedih, sajak tu dah tak ada. Blogger telan. Sampai hati blogger tau. Rasa nak babap jer.

Sila klik kalau nak baca apa yang ditulis dalam emel tu.


Oh, lupa nak bagitau, hadiah cerpen tu dapat pendrive 2Gb.. Ok la kan, dari nak beli sendiri, bukan senang nak kumpul duit tambah pula zaman barang naik era pemerintahan Datuk Najib ni.

Itu jer cerita aku untuk hari ini. Syukur, kerana pada siangnya, aku rasa nak nangis bagai, tapi aku rasa gembira sangat.. Terima kasih ALLAH :-)

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. kdg2 org faham lain apa yg kita maksudkan...betul tak...

    BalasPadam
  2. betul.. tambahan pula la kalau org dah tanam fikiran negatif pada kita.. Ish, rimas la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker