Langkau ke kandungan utama

Yay, Sudah Sampai Rumah!

Assalamualaikum...

Hari ni aku balik rumah. Alhamdu lillah, dah sampai rumah.

Pada malamnya, aku lepak dengan Zaty. Dia datang bilik aku sebab dia nak dengar sendiri bagaimana handphoneku boleh hilang. Lama jugak kami berborak.

Kemudian, aku bercerita tentang VCO Catalyst. Dia pun teruja nak tau dan kami search sama-sama. Tapi jenuh nak cari. Masa cari tak de la pulak. Masa tak cari tu ada je.. Heee~

Kami banyak tanya orang itu orang ini. Sebab kami ni sama-sama kurus. Sebab ada testimonial yang mengatakan berat mereka dah kurang. Risau la takut kurang lagi berat badan ni.




Tetiba ada orang call dan nak Zaty balik bilik. Kemudian, Zaty bawa handphone yang nak diberikan kepadaku pinjam dan kawan dia datang bilikku.

Kawan dia tu, kami pernah kenal. Orang ramah. Aziah, budak kachi tapi selalu lepak MISC, TM dan Perwaja buat asignment. Budak Multimedia la katakan. Macam Dayah la.

Banyak jugak la berbual. Kesian dia. Bfnya excident dan sekarang ada operation, darah kat otak kat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kemudian, ajak dia tidur sini, memandangkan kawannya yang merupakan rumetku, Dayah Master: Ida pergi ke Perwaja dan tak balik-balik lagi walau dah lewat malam. Ajak Zaty tidur jugak.

Diorang setuju. Tapi macam biasa la, tak ada buat apa-apa ni, layan movie la. Kami layan Maharaja Lawak. Musim Pertama. Suka kumpulan Balas, pasal Mak Cik Karipap.

Then, aku macam biasa la, on line sampai ke pagi. Dah pagi, diorang balik dan aku pulak masih segar depan lappy.

Sabrina datang cek bilik sebab diorang ada Summer Camp. Bilikku dah terpilih antara salah satunya untuk di tempatkan dengan adik-adik sekolah menengah. Aku biar je la pintu tak tutup rapat. Then, ada akak kerani dan Pak Ku pulak terpa bilikku. Sekali lagi aku bagitau memang nak balik tapi ada masalah teknikal. Then, diorang cakap tak apa la.

Tasha dan Zaty datang. Borak-borak. Sampai pukul 12, diorang sudah terlibat dengan Summer Camp, baru aku tidur.

Pukul 3.04 ada call dari rumah. Aku jawab dan kena bangun bersiap. Ayah sudah gerak, datang ambik. Sejam jugak la perjalanan.

4.15 baru ayah call, kata dah sampai. Masa tu barang-barangku dah aku angkut letak kat dengan tangga. Nak letak kat luar, langit mendung. Kang hujan, tak pasal je.

Adik yang tolong angkat barang. Sebab aku kena angkat barang lagi yang masih ada kat bilik.
Barang last, aku letak dekat luar, bagi adik angkat.

Ternampak ayah sedang angkat barang, menjeling pandang aku sebab aku pakai track dan baju baby T, tak bertudung. Iya, aku tahu tak elok pakai macam tu. Tapi duk kat bilik, biasa la kalau pakai macam tu. Aku pun memang sediakan baju lain untuk dipakaikan masa balik.

Aku kemaskan bilik untuk kali terakhir, salin pakaian dan bersalaman dengan kawan-kawanku yang balik malam ni. Sedih nak tinggalkan diorang, kawan-kawab baikku kat MISC.

Bila pergi kat kereta, alamak penuh dan tak muat sampaikan tak ada ruang aku nak duduk. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tinggalkan barang-barang yang tak muat tu kat situ. Tapi ayah dan adik tak bagi, diorang menyusun barang-barang semula. alhamdu lillah, selepas tu ada ruang untukku duduk dan tak barang kena tinggal.

Balik singgah Masjid Sultan Badlishah, UUM dulu. Solat Asar. Then, gerak balik.

Perjalanan sejam jugak la. Ikut jalan kampung. Tapi aku lebih suka macam tu. Sebab sejuk mata memandang pokok-pokok dan pemandangan indah daripada kena berdepan dengan kesesakan lalu lintas dan ditermengorat dengan lelaki naik motor kalau lalu jalan biasa. Hehe~ tapi kalau dengan ayah tak pernah la lelaki berani macam tu. Kalau dengan famili kakak-kakakku, pernah. Ye la, nampak orang muda kan.

Aku tak kisah la korang nak kata hulu ke, tak ada kemajuan ke.. Itu lah home. Macam dalam cerita Milley Cruz tu yang kena marah dengan nenek dia nak berlagak diva kat kampung. Itu lah home yang mendamaikan. =)

Balik rumah, wah dah cantik rumah dan agak kemas. Buah-buahan banyak yang sedang berbuah masak. Macam biasa la lepas bawa masuk barang, aku terus capai penyapu dan sapu. Biasa la bila rumah hanya ada adik lelakiku sahaja. Tapi rumah sudah nampak kemas sikit. aku suka dan bahagia.

Borak-borak dengan familiku. Aku tahu mereka juga rindukan aku =) Syukur ya ALLAH kerana kurniaan ini. Aku bahagia.

Teringat balik entri ni.. Jom laksanakannya. =)

P/s: Aku tahu ada yang merindui aku, kan? Ha, mengaku cepat. Ekeke~

Macam mana pulak 'home' korang?


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker