Langkau ke kandungan utama

Awak... Part 9





Assalamualaikum...

Awak, lama kan kita tak berhubung, kan?
Saya nampak hubungan awak dengan dia semakin erat
Sayang benar dia kat awak, kan?
Sampai sanggup dia nak terima saya sebagai madunya
tapi saya tak mahu
saya mahu, kalau saya dapat awak
saya mahu awak seorang
tiada orang lain dalam hidup awak
Saya tahu awak menyesal meninggalkan saya
awak yang akui begitu
awak yang cari saya semula
awak yang minta kebenaran dia

Awak, sungguhpun hati saya inginkan awak
tapi saya masih ada sekelumit belas pada kaum sejenis saya
biarpun dia izinkan
saya tahu dia tetap terluka

Kenapa tetiba saya merindui awak
Awak, saya rindukan saat bersama dengan awak
walaupun saya macam nak tak nak je
tapi saya bahagia dengan awak
walaupun awak tak sekaya mana
awak berusaha
awak kerja
duit kerja awak sama-sama kita guna
atau awak bagi saya pegang
dan topupkan handphone saya

Pada waktu tu saya miskin
saya tak ada kawan
orang miskin macam saya mana ada kawan
bila saya ada duit, ada la kawan
awak saja yang sudi terima saya
susah saya
senang saya
sakit saya
sihat saya
awak lah penasihat saya
penenang jiwa saya bila saya ada masalah


Awak, kini saya ada kenal seorang lelaki
nampaknya dia macam baik
tapi dia lebih zalim dari awak

Bila bersama dengan dia, saya rindukan awak
kerana awak lebih baik dari dia
bukan saya nak bandingkan awak dengan dia
tapi saya sekadar memberi contoh

Awak nak tahu, dia kutuk saya kaw-kaw
sedangkan saya tak ada apa-apa kesalahan pada dia
sungguh sakit hati
saya tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan saya
kalau tak suka saya, pergi la kan?
kenapa pula dia nak buat saya sakit hati, kan?

Saya tahu, dia bukan suka saya
tapi dia cuma nak buat saya ni tempat lepas geram dia

Dia bukan kawan saya
nak cakap kasar dengan saya..


Awak, saya teringat pesan awak:
awak suruh saya cakap lembut
kerana saya ni cakap kasar
awak kata saya ni tak sesuai cakap kasar
sebab hati saya tak macam tu..

Itu cakap awak
cakap saya pula:
saya ni jenis cakap kasar
saya suka bila cakap kasar
saya bukan jenis perempuan yang feminin
gaya saya jer nampak agak feminin
tapi dalaman saya ni kasar
kadang-kadang baca sesebuah entri yang lelaki pun boleh nangis
belum tentu saya akan nangis

Saya kasar
saya memang macam lelaki
saya bukan macam perempuan ayu yang gedik
saya ni membosankan, kan?

Hanya awak seorang saja setakat ini yang faham saya
(tapi, kenapa dia tak nak faham saya?)






Entahlah, saya tak tahu hubungan saya dengan dia macam mana
Memang saya sedih
Saya nangis
Saya tak faham, kenapa dia kutuk-kutuk saya
perli-perli saya
kalau tak suka saya, pergi la

Saya memang kasar, pun kan..
tak ada sesiapa pun yang dapat melembutkan hati saya
kecuali dia (sila cari entry Awak.. Part 5)


Kepada pak cik yang mungkin membaca di sini
kenapa nak kutuk saya?
apa salah saya pada pak cik?
sampai hati pak cik kutuk saya
sedangkan saya tak kenal pun pak cik
kalau pak cik tak suka saya
saya pun tak suka pak cik
pak cik boleh pergi

saya tak halang pak cik
saya akan abaikan segala rasa itu..


Awak, perlukah saya kecewa?

Tidak, bukan?
kalau dengan awak pun saya tidak kecewa (sila cari entri Awak... Part 1)
mengapa saya perlu kecewa dengan orang yang menyakiti hati saya?
Tidak, saya tidak akan kecewa kecuali kesal dengan sikapnya
umur sudah banyak tapi perangai macam budak-budak sekolah


Awak, awak sedang bahagia tapi saya..
kenapa la hidup saya macam ni
hati yang terbuka akan saya tutup kembali
selama ini saya tutup
kerana saya sudah letih untuk melayan keranah orang
kali ini pun sama.
Pak cik, kenapa kau tak boleh bertingkahlaku baik-baik?
Kenapa kau mesti menyakiti hatiku?

Awak, saya tahu awak tidak dapat menghubungi saya
saya sudah tukar no baru
saya tak tahu, patutkah saya menghubungi awak lagi
kerana saya tak nak bakal jodoh saya mencemburui awak
walaupun tak kan ada apa-apa antara kami...



P/s: Ya ALLAH, mengapa berliku benar hidupku? Bukan aku tak redha, aku cuma mengadu.. dan air mata tak henti mengalir. Sha, be strong. Orang tak suka kau, Sha.. ;'( Sad. So sad.

p/s/s: Aku sertakan link Awak... Part 5 dan Awak... Part 1

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker