Langkau ke kandungan utama

Meraikan Temanku, Selamat Pengantin Baru, Dear

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan persahabatan.
Dah tulis ni dah lama tapi tinggal dalam draf je.. Ingat nak buat tapi banyak benda yang menghalang. Orang kata ada aral yang melintang. Kali ni, alhamdu lillah, berjaya terbitkan..

4hb Jun 2011
Aku bangun agak lewat setelah letih badanku ini masih belum hilang sepenuhnya. Kerana apa? Sebab ada kenduri di rumah. Tak ingat? Meh klik sini dan sini.

Mataku perit. Kenapa? Mungkin tak cukup tidur. Ye la, aku tidur berapa jam jer. Tiga jam jer. Tido lewat tapi kena bangun awal, tambah dengan keletihan semalam lagi.

Hari ini, kenduri kahwin kawan baikku kat sekolah dulu. She's my BFF. Nak pergi ke tak, nak pergi ke tak.. Aku berkira-kira sendiri. Ikutkan mataku ini yang perit dan bengkak sedikit, malas nak pergi. Tapi bila tengok cermin, ok ja, bila letak eye shadow, cantik la. Aku pujuk diri.



Ayah sudah ajak ke kenduri semenjak pukul 12.30 lagi.
"Pukul 1.30 nanti nak pergi kenduri"
Aku masih lagi menghadap Mr Len ni, apa yang aku buat? Aku layan fb la. Tak pun, baca blog dan buat entri.

Aku cari kad undangan yang dikirimkan. Check tengok ada tak diundang keluarga sekali. Kalau aku sorang je yang diundang, memang aku tak pergi la. Aku belek berkali-kali dan berfikir. Ditulis, 'Noor Hapisah bt Mangsor' kat bawahnya ada bertaip '& sekeluarga'

Kenapa dia tak tulis namaku dan famili? Kenapa ada namaku sahaja? Mengerutu jugak la aku. Aku berbelah bagi, nak pergi ke tak..

Mula-mula aku resah jugak tapi akhirnya aku dapat keputusan, mesti dia pun pandai dalam berbahasa ni, tak boleh dua perkataan yang sama berulang dalam sepotong ayat. Yay! =)

Bila aku dapat jawapan ini, terus aku bergegas cari baju, iron, beg untuk ikut ayah pergi ke kenduri. Aku masukkan kad dalam handbag. Kalau tak ingat alamat, boleh tengok pelan lokasi yang dinyatakan.

Ayah dah bebel sebab aku lambat. Pukul 2 baru semua orang siap. Mak dan ayah sahaja yang pergi kali ini. Mak Ndak ikut jugak.

Sebelum keluar dari rumah, aku bagitau ayah yang aku nak hadiri kenduri kawanku di Langgar. Ayah bersetuju.

Mak bagitau Mak Ndak, kad undangan yang adikku bawa balik dan mereka (mak, adik dan Mak Ndak) baca bersama.

Sebenarnya, aku pun dah ingat-ingat lupa taman tu kat mana. Kalau fasa 1 aku tau la. Ni fasa 2, aku tak ingat kat mana, sebab dah lama rasanya aku lalu jalan tu. Selepas Taman Amal, ayah mula perlahankan kenderaan.

"Ini ke?"

"Erm, jap."  Aha, aku ternampak bannernya. Itu la pentingnya banner. Nanti aku nak buat jugak la. Letak kat simpang, kan. Ini macam streamer jer.

"Iya la. Tu gambar kawan, Teena,"

La kat sini rupanya. Oo, aku tau la kalau kat sini.

Lorong 1 dah lepas. Lorong dua pula. Dah dekat. Berdebar pula aku ni. Haha~

Alamak, aku sangat malu sebab tak bawa apa-apa untuk diberikan pada kawanku ini. Untuk makluman, aku tengah miskin.

Kad pun tak kan tak buat? Dulu kan aku suku buat kad kreatif ni. Nak buat tapi aku tak sempat memandangkan kenduri di rumah sehari sebelumnya. Sangat letih ok.

Aku malu bila ternampak sebumbun hadiah diletakkan di tempat penyambut tetamu. Aku tengah miskin. Aku tak kerja lagi. Aku malu. Rasa macam nak langkah balik jer. Tapi aku kuatkan hati, aku datang nak jumpa Teena je bukan nak makan or apa-apa. Sengan seh tak bawa apa-apa.

Ternampak abah Teena dan Syafiq menyambut kedatangan, bangun bila kami dekat dengan kanopi. Ada seorang gadis, ku kira sepupu mereka memberikan souvenir.

"Dari lorong depan ke?" soal abah Teena kepada ayahku.

"Tak, ni kawan anak,"

"Teena ada?" Soalku.. Aku hanya mahu jumpa Teena. Makan tak penting.

Abah Teena suruh ambik makan. Wah, sedap jugak makanan yang disediakan. Sementara itu bapa kawanku pergi panggilkan isterinya a.k.a ibu kawanku. Ibunya bersalaman dengan aku. Dia bertanya, siapa ni? Aku cakap, kawan Teena.

"Sekolah sini ya?"

"Ya."

"Nama apa? Nanti mak cik panggilkan Teena,"

"Syah."
Lama rasanya aku tak sebutkan namaku ini. Sekarang ni ramai yang panggil aku Sha, kecuali orang kampungku.

Ha, nak panggilkan Teena? Alamak, segan la. Kalau ikutkan rancangan aku, aku yang akan masuk jumpa dia kat dalam rumah. Tapi tak pe la, aku kan tetamu.. Haha~

Aku tak ambik makanan dulu. Aku tunggu Teena datang. Aku nampak dia dari jauh. Melilau matanya mencari aku. Bila dia pun nampak aku, tersenyum gembira =)

Bila dia datang, aku hulur tangan, bersalaman dan dia bersuara: "Syah.." terus dia peluk aku. Lama. Terubat rasa rindu ini. Jelas di wajahnya kegembiraan. Aku pun hepi jugak tengok dia hepi =)

Lama kami berdakapan. Aku komen,
 
"Wei, ang tinggi la"

sebab aku paras bahu dia saja. Selalunya paras dagu dia. Ni paras bahu jer. Tinggi tu weh, beza sangat.

"A ah, aku tinggi hari ni," sebab pakai staletto la kan? ;P

Dia kata aku tak sangka aku akan datang jugak.

"Tak sangka hang mai,"
Wah, pekat ang cakap Kedah wei. Aku pula dah tak pekat cakap Kedah. Aku cuma menghadiahkan senyuman. Mestilah aku mai. U are my BFF. Susah senang bersama.

Hei, aku akan datang la ke kenduri kawan baik ku. Kenduri Wiah, aku siap duk rumah dia. Kenduri Haris, siap family aku pergi lagi. Ini kenduri dia, aku datang dengan famili jugak.

"Tadi ada sape ek datang..." Lama dia nak ingat.

"Sape?" Tanyaku.

"Mat Yeh,"

"Oo.."

"Yang lain-lain mana? Nik, Wiah, Fizah, Azi.." Tanya Teena, ingat jugak hang kat depa na..

"Tak tau, aku mai dengan famili," jawabku. Aku segan pula sebab datang dengan famili. Entah famili dipanggil sama ke tak.. Risau aku. Lagipun ambik katering kan. Takut tak cukup makanan.

"Ang buat apa tadi?"

Katanya duk ambik gambar.

"La, kacau ang je la.."

Rasa bersalah menyelinap dalam hatiku. Ye la, kacau raja sehari pula.

Si pengantin lelaki turut keluar. Dia pandang aku. Aku ucap tahniah pada dia. Dia senyum. Lama tak nampak dia, dia tak berubah pun.

Teena tanya, kenal tak ni? Dia angguk dan matanya membaca. Ingatkan dia tak kenal aku. Tapi ingat rupanya. Mungkin dia kenal sebab aku pun rapat dengan Teena. Atau aku kan antara yang famous dulu kat sekolah. Haha~ itu memang perasan la..

Aku dan famili makan dulu. Sedap jugak masakan oleh katering Lina ni, ala yang kat Kg Sg Durian, Pokok Sena tu. Budak-budak yang kerja tu nampak muda-muda belasan tahun pakai baju hijau muda. Cuti sekolah, buat kerja part time agaknya.

Masa nak balik bersalaman lagi sekali dengan Teena, ibunya dan Kila. Teena cakap dia belum tentu nak buat master. Aku dah lepas buat master kan. Ye, tapi sekarang ni aku duk rumah dulu, tengah cari kerja.

Selamat pengantin baru.. Ini aku ambik dari fb:
Selamat Pengantin Baru.. =)
Semoga Berbahagia selalu. Iringan doaku untukmu dan suami ♥
Sunday at 12:27am · · · See Friendship
________________________________________________________________
Ejah TtitOo, Aina Fareha, Zinnirah Humaira, Getah Skrap, Azz Hoyeehoyee, & Noor Hapisah. Thanks for coming and thanks a lot for the gifts! Love uols! Doakan yang terbaik buat kami, insyaAllah. Amin. ;)
Monday at 11:45pm · · · Remove TagRemoving Tag...


Teena,
Hang cantik sangat, k. Mata macam Harimau Malaya. Haha~ gurau ja.. Jangan marah no..

Minta maaf sebab aku tak ambik gambar. Bukan tak nak tapi aku tak ada kamera. Kamera rosak. Handphone pun aku tak ada ni. (tak caya? Meh klik, baca ni) Handphone berkamera pun tak siapa yang punyai. Kalau tak, boleh jugak snap pic, kan?

Malu, aku tak punya apa-apa.

Aku juga malu sebab tak bawa apa-apa hadiah atau bingkisan. Aku tak ada duit dan aku tak sempat. Malu kan bila bergelar penganggur ni.

Kalau ikutkan malu ni, aku memang tak akan singgah tapi dek kerana nak meraikan my bff, aku korbankan rasa malu tu.

Terima kasih kerana layanan famili yang baik, sambut tetamu. Sebab pada hari yang sama, kami ke kenduri adik-beradik tapi tuan rumah buat tak tau je, tak layan. Tapi nasib baik la ada adik-beradik yang lain yang bertegur sapa..

Terima kasih sebab famili sangat suka dengan sourvenir tu. Aku pun suka. Cantik, valuable. =)

Selamat menempuh alam rumah tangga. Berbahagialah kerana telah berjaya mendapat jodoh dengan orang yang hang cintai.

Aku hanya mampu tulis kat blog jer. Nak bagi apa-apa, aku tak ada duit. Aku harap ang suka. Minta maaf kalau ang tak suka dan anggap ianya hanyalah crap.

Terima kasih, harap persahabatan kita berkekalan..


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker