Langkau ke kandungan utama

Yay, Ayah Belikan Handphone! TQ Ayah =)

Assalamualaikum...

Entri peribadi yang tak ada kaitan dengan sesiapa. Hanya kekeluargaan. =) E-diari.

Hari ini, macam hari-hari biasa, aku masak dan buat kerja rumah. Hari ni masak special sikit. Masak sambal ikan bilis. Buat ikan panggang, hari-hari makan ikan goreng je, ubah selera sikit. Sedap aromanya, macam bau pulut panggang.

Dari awal pagi, mak adan ayah keluar ke Kursus Haji, Adik Bibah ke tempat kerja menjahitnya (nak tempah, klik sini), Adik ada duk bercuti di rumah. Esok kan sekolah nak mulakan pengajian semula. Kedah kan guna hari Ahad sebagai awal minggu.

Lewat mak dan ayah balik hari ini. 2.30 baru balik. Jumpa ayah kat dapur, ayah ajak pergi ke kenduri. Mahu saja aku jawab tak nak. Tetapi ayah seperti membaca fikiranku, biasala bapa-anak kan ada telepati. Ayah kata nak belikan aku handphone? Ha, handphone? Happynya aku.. Alhamdu lillah =)

Ayah cakap, mahu belikan handphone macam ayah, Nokia C1. Aku minta beli C3, handphone yang aku minat dari dulu. Memang la, aku tau tak la secanggih mana C3 tu sebab tak leh apa ntah.. Aduh, terlupa sudah..

Alah, aku tak kisah la handphone apa pun, yang penting tak keluar duit aku. Hihi~

Aku bagitahu Adik perkhabaran gembira ini, ayah mahukan belikan aku handphone C3. Handphone C3 tu aku tambah sendiri. Hehe~

Selepas ke kenduri, ayah singgah kedai handphone. Ikut hati malas dah nak turun. Ye la, dah tentukan nak beli apa, aku malas la. Ikut ayah la nak pilih apa pun.

Namun, ayah ajak aku keluar dan ke kedai handphone. Aku ikut je la. Kemudian sampai kat kedai, aku suruh ayah pilih. Tapi ayah suruh aku pilih. Er, nak suruh aku pilih? Erm, ok memang aku suka pilih ni. Hahaha~ Gelak ala bitch.

Aku jenguk ke kaca yang pamerkan handphone. Tengok handphone C3 tak ada pun. Aku tanya,

"Nokia C3 ada tak?"

"Dah habis. Kalau nak, kena order." Jawab penjaga kedai. Alah, tak ada pulak.. Lain kali? Erm, no no no.. Lain kali kena duit sendiri la. Huahua~

Aku belek satu handphone tu tapi skrin pun dah calar, tak nak la. Dah nampak macam orang guna jer.

Kemudian aku minta nak tengok handphone Nokia 5310 Express Music.  Bila dah belek, macam tak suka pulak. Minta dia ambikkan handphone lagi satu. Nokia X2. Belek-belek, berkenan.

Tapi ayah cakap ambik handphone biasa sudah la, yang boleh bercakap dan call. Aku akur. Diam je la, suruh ayah yang pilihkan, aku redha je.

Lepas tanya untuk diskaun, dapat, ayah mula terpujuk dengan pilihanku. Dan yah, ayah setuju belikan. Yahoo, happynya!!! =)

Aku dapat handphone Nokia X2 dengan harga RM328, termasuk:
sim (RM8)
handphone (RM300)
kad memori 2 gigabyte (RM20) Kalau beli asing RM30.

Ingat tak nak ambik no baru. Tapi ayah suruh ambikkan. Tapi, aku yang bayarkan no tu. Sebab kesian la kat ayah, dah banyak kuar. Dalam dompetnya hanya ada duit warna biru dan hijau sahaja. (RM1 dan RM5). Warna merah (RM10) tak ada langsung. Manakala dalam dompetku ada note warna merah saja (RM10).

Apapun, memang aku sayang ayah la.. Terima kasih ayah =)

Sepatutnya aku yang menggembirakan ayah sempena Hari Bapa, tapi sebaliknya pula..


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Terima kasih ayah =)

    Sangat suka ada hp ini, wlpn tak secanggih mana tapi pada Sha ini sudah cukup bernilai. Hadiah dari ayah ini sangat bernilai dan tiada tandingannya.

    BalasPadam
  2. wah..bestnye dapat hadiah..seronok..kalau nama hadiah..memang sangat berharga..untung sangat ayah sha belikan phone. =]

    BalasPadam
  3. hp yang hilang sedah berganti baru .huhu , suka la tu kak sha :P

    BalasPadam
  4. tunjuk la gambar hp yang baru beli tu...nak tengok...

    BalasPadam
  5. @Syukri Mohtar

    Seronok Syuk.. Happy sangat =)

    Semoga ia dapat berkhidmat dgn baik.

    Aah, gift is precious =)

    Untungla tak kena kuar duit sendiri

    BalasPadam
  6. @Jer ...

    ya, sudah berganti..

    mesti la kak Sha suka.. apa la Jer ni. Nak usik Kak Sha la tu :P

    BalasPadam
  7. @Khairil

    Mmg hajat di hati nak letak pic tapi kite punya blogger problem la..

    Encik Khairil cari sendiri la ek. Google. hihi~

    BalasPadam
  8. anak ayah Sya ni... mcm kak eny jugak la hehehehehhe

    BalasPadam
  9. salam...
    beznye dah ada pggnti...
    hp sy pon ilang tapi tak ade pggnti lg.. huhu... cedey2...

    http://eynalollipop.blogspot.com/2011/06/my-love-was-gone.html

    BalasPadam
  10. @EnY YuSniZaR

    aah, kite manja dengan ayah sikit.. =)

    kak eny pun sama? =) jom kita buat persatuan anak2 ayah.. haha~

    BalasPadam
  11. @eyna: ye ke?

    awak ada hp lain kot? tak la kisah sangat kan..

    kite ni tak ada yg lain.

    BalasPadam
  12. @Sylangster Pressure

    E-eh, ada orang jeles daa..

    Rileks r beb. Hp ko kan canggih dari aku. Tak kan nk jeles dgn hp aku kot?

    BalasPadam
  13. alaa..sweet nye. Rasa nak balik skrg beli hp jugak..kih3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker