Langkau ke kandungan utama

Pak Cik Perlukah Kau Jujurlah Andai Mahu Bahagia

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan persahabatan.



Pak Cik,
Pak Cik tanya no telefon kite ni siapa lagi yang tahu? Kite cakap pada Pak Cik yang no ni tak ramai yang tahu, kawan persatuan ada la dua orang tahu. Kawan rapat baru seorang tahu dan famili. Itu saja.

Pak Cik nak tahu ek, kepada siapa lagi kite beri no ni?

Pak Cik, meh kite terangkan. No ni memang tak ramai yang tahu. Itu jer yang kite sebut kat atas saja yang tahu, selebihnya budak-budak persatuan yang dah rasa macam adik beradik. No deals.

Ikutkan hati, kite nak jugak cari ex-bf lagi. Tapi kite masih berfikir, kalau kite cari dia, adakah Pak Cik masih 100% percaya pada kite lagi? Kerana dia akan mengganggu kite lagi. Pasti keyakinan Pak Cik pada kite menurun,kan?

Kite ingin bertanya Pak Cik, no dia Pak Cik masih simpan ke? Kenapa simpan?

Pak Cik, meh kite bongkarkan walaupun mungkin Pak Cik dah tahu.. Hati kite tak ada sesiapa, kosong 4 bulan lebih. Begitu jugak la kite harap Pak Cik akan kosongkan hati Pak Cik, kalau lah Pak Cik suka kite. Tapi kalau hati Pak Cik masih ada dia, tolong tinggalkan kite. Kite tak nak layan perangai orang. Kite rimas. Kite nak duk senang hati.

kadang-kala kite terfikir, adakah Pak Cik masih merinduinya?

Pak Cik bagitau yang Pak Cik juga kecewa atau dalam Bahasa Inggerisnya, frust. Baru kite tahu yang Pak Cik ni frust.

Pak Cik, kite faham apa itu frust. Kite jugak pernah merasainya. Tapi kite tak nak Pak Cik lepaskan frust atau letakkan harapan pada kite. Pak Cik kena kosongkan hati Pak Cik. Kite tak suka kalau Pak Cik dengan kite tapi Pak Cik ingat kat dia. Itu tidak adil bagi kite..

Pak Cik, kalau nak kirakan kisah hidup Pak Cik teruk, teruk juga kisah hidup kite. Tapi kite pendam saja. Nampak saja kite ni happy sentiasa tpi hati kat dalam ni siapa yang tahu?

Luahkan? Tapi kite tak boleh bagitahu sesiapa kerana kite sudah berjanji dengan dia. Kite ni banyak simpan rahsia yang diamanahkan orang. Kenapa orang percaya pada kite? Kite akan simpan rahsia itu sampai ke akhirnya. Tiada rahsia apa, tapi kalau kite buka, dia akan malu. Tak baik kan membuka aib orang, nanti ALLAH akan buka aib kite.

jadi, biarlah ia di situ. Kite pun tak nak kenang rahsia itu. Biar ia terkunci tanpa boleh sesiapa pun membukanya.

Pak Cik, kite nak tanya Pak Cik, apakah perhubungan kita ni? Apa makna semua ini?

Kalau Pak Cik tanya kite soalan yang sama, kite jawab, hubungan kita adalah kawan. Makna? Maknanya kite sudah buka hati kite. Tapi kite tak berani untuk bermimpi apa-apa kerana kite takut ianya akan melukakan kite. Kite sedar, kite bukannya baik. Kalau baik, mesti sudah lama kite kahwin, kan?

Kalau baik, kena jadi Dafi. Dafi kan baik. Haha~ iklan jap.

Pak Cik orang baik. Tapi Pak Cik ni lemah sikit. Pak Cik, kuatkan hati, k. jangan mudah menyerah kepada kederasan hidup. Walaupun Pak Cik lebih tua dari kite tapi kite rasa Pak Cik ni sama jer, malahan macam budak laki umur 20 tahun yang baru kenal erti hidup jer.

Pak Cik, kite harapkan hubungan ini berkekalan dan semakin semarak tapi kite tak akan bermimpi apa-apa kerana kite terlalu takut.. Kite pun sedar diri, siapa lah kite.

“Hei Sha, chill la beb.”

“Aku chill la ni weh. Rok!”

“Tak de la, aku cuma takut jer..”

“Ko nak takut apa, beb? Ko takut tak de orang nak kan ko ek? Chill la aku kan ada..”

“Ko memang ada, ada sentiasa. TQ beb selalu ada di sisiku,”

“Eh, bila masa pula aku ada? Aku duk jauh la.. Haha, kena! Wek! :P”

“Hampagas ko, kena kan aku ye.. Tak pe, ada ubi, ada batas..”

“Ada lagi ke weh?”

“Ada apa?”

“Batas? Ubi ada lagi tak? Dapat cicah dengan kelapa parut pun sedap ni..”

“ Adaaaa.. Banyak lagi ni, weh.. Meh la makan sini. Kelapa parut pun ada. Kalau nak bawa balik pun boleh. Bawa balik naik ‘belon’”

“Aah, aku nak bawa baik ‘belon’ biar sengget sebelah.. Haha~ Free-free je aku dapat naik roller coster.. Haha~

“Bengonk ko. Haha~”
Hahaha~ Happy, hidup macam tak de masalah =)

Terima kasih teman dan aku bersyukur dengan kurniaan ILLAHI ini kerana hidupku berseri dan berwarna pelangi. Sentiasa ceria. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku, teman. Terima kasih kerana sudi temani aku di kala aku ada masalah.

“Biasa la beb. Bila aku ada masalah pun, ko ada juga temani aku.”

“Eh, ada lagi ko ni..”

“Aku kan halimunan, mesti la kena selalu ada. Haha~ poyo tak aku?”

“A ah, ko memang poyo pun, beb…”

“Eleh, poyo-poyo aku pun ko sayangi aku jugak, kan?”

“A ah, aku memang sayangkan ko. Sebab ko la hidupku tetap ceria dan bahagia walaupun aku ada masalah.”

“Yes, yes dan yes serta yes, ko ngaku sayangkan aku.”

“A ah, aku memang sayangkan ko.. Sebab ko selalu temani aku..”

“Sayang je? Cinta tak de ke?”

“Cinta tak ada. Sayang untuk kawan aku. Ko kan kawan aku. Aku bahagia bila dapat kenal dengan ko. Tapi setakat kawan jer la.. Tak ada la lebih-lebih.”

“Aku faham. Kita kan kawan.. Aku pun sayang ko jugak. Ko jangan risau la, ko kan bakal bini no 4 aku. Aku kan nak jadi Sultan Brunei.”

“Bengonk ko.. Haha~Apa-apa je la, janji bahagia k.”

Terima kasih teman. Aku tulus menyayangimu. Aku tak tau kenapa dengan dia boleh rapat serapat begini. Adakah kerana kami ni memang satu kepala? Mungkin. Kerana dia jugak, aku tak jadi nak sedih lama-lama.. Dia akan sentiasa ada. Ku bersyukur dengan anugerah ini.

Kalau korang nak jugak kawan macam ni, kena la ramai kawan.. tak salah kalau kawan ramai. Jangan sombong dan memilih kawan. Itu penting untuk masa depan.

Sampai jumpa lagi.
Jaga diri.



Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Menghargai apa yg kita ada adalah lebih baik daripada menginginkan yang belum tentu lagi akan menyukai dan menerima kita setulus hati.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. sbb tu bui suka words ni
    "jika tak dapat apa yang kita suka,belajarlah menyukai apa yang kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang ada"..renungkanlah..^_^

    BalasPadam
  4. panjang nye entry ni..hmm,betul tu kita kena hargai org di sekeling kita.. yang penting kita happy :)

    * mcam ada getaran cinta je kak.kekeke

    BalasPadam
  5. Ijam: tajuk entah apa2.. main letak jer.haha~

    BalasPadam
  6. Sis Bui: suka ayat tu..
    memang kena renungkan dan hargai org sekeliling kita, kan? =)

    BalasPadam
  7. Anip: happy itu satu keperluan.. haha~

    getaran cinta kat mana pula anip ni.. memandai jer

    BalasPadam
  8. hehe.. haahla,xpasan ade dalam bloglist..*terharu*
    selalu baca entry je..xtgk smpai bawah kak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker