Langkau ke kandungan utama

Ini Rupanya Faktor Aku Dapat Selesema. Patutlah..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat juga puasa aku hari ni walaupun rasa sangat teruk. Aku dapat selesema teruk jugak la hari ni. Semalam ok lagi.

Aku dah dapat detact apakah penyebabnya selesema menyerang diriku.


1. Ais kalau bahasa omputihnya ice wonderland. Hehe~


  Sebenarnya, aku alah dengan ais ni. Memang dah amalkan jauhkan ais. Sekali sekala tak apa. Bukan berpantang terus, sekali sekala aku ambik juga air ais. Tapi aku tak amal ambik hari-hari dan enggan ambik ais bila rasa badan tak berapa nak sihat.

Dalam bulan puasa ni, hari-hari aku minum air ais. Ye la, aku yang bancuhkan air untuk berbuka puasa. Tapi aku terlupa yang aku tak dapat nak ambik ais hari-hari.


2. Minum air masak kegemaranku dikurangkan secara maksimum

Tekak aku ni alah dan tau sama ada air tu air masak atau air tak cukup masak atau air mentah. Korang ada. Hehe~ Gurau.

Disebabkan dah banyak minum air sejuk ais, maka pengambilan air masak dikurangkan. Ada orang kata pengambilan ais boleh menyebabkan perut kembung. Tak tau la betul atau tak.

Sekarang ni pun kan musim panas, air kena cukup dalam badan. Kena minum air putih banyak-banyak ni.


3. Aku ambik ubat dan supplement

Tapi jangan gelakkkan aku, tau . Aku ambik makjun. Macam orang tua tak? Haha~

Sebenarnya satu tu makjun dan satu lagi minyak kepala dara. Bila dah ambik ubat ni, kena banyak minum air. Arahannya memang macam tu. Aku tak tersedar yang sekarang bulan puasa.


4. Makan sambal petai yang sangat marvelous

Dua tiga hari jugak la buat sambal petai dan makan. Aku memang alah sikit dengan petai, kerdas dan jering, rasa panas. Bila jer makan makan eksotik tu, tekak akan rasa kering.

Boleh pula aku terlupa akan hal ini.



See, banyakkan pengulangan perkataan 'aku terlupa'. Apa yang aku ingat? Aku ingat dia. Dia tak ingat aku ke? Dah betul-betul nak buang aku dari hidupnya ke? Dan banyak lagi persoalan karut-marut.

Apa yang peliknya, bila aku fikir negatif pasal perhubungan tu aku jadi bertambah sakit tapi bila aku fikir positif pasal tu, aku jadi makin kuat. Apakah?


Sekarang ni aku kena ambik langkah berjaga-jaga:

1. Elakkan minum ais buat masa ini.
2. Banyak minum air masak
3. Elakkan makan benda-benda yang panas membara.
4. Hentikan dulu pengambilan ubat dan supplemen.
5. Fikir positif

Korang macam mana pula?

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. makjun? macam orang tua dah, hehe.

    tapi bagus sebenarnya :)

    BalasPadam
  2. semoga cepat sembuh....biasa le sekarang musim selsema ni...ramai yang kena...

    BalasPadam
  3. keroro: hehe~ ko gelakkan aku ke wei?

    bagus la.. hihi~

    BalasPadam
  4. Encik Khairil: harap2 la cepat sembuh.

    musim ek? sabar je la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker