Langkau ke kandungan utama

Nak Cari Calon Pasangan



Assalamualaikum.

Sepupu sebayaku selalu didatangi rombongan merisik. Aku? Jarang-jarang sebab aku yang tegah mereka. Ye la, aku dah tak berkenan kot. Tak nak lah aku terima orang yang memang aku tak boleh nak 'masuk'.
Apa yang aku pentingkan, ialah agamanya. Kalau nak jawab rukun Islam pun tak lepas, solat entah ke mana, macam mana nak bimbing aku ke syurga? Orang kata, kalau sama-sama tak ada ilmu agama, kena belajar.
Tapi aku tengok beberapa pasangan, lagi teruk perangai lepas kahwin. Sebelum kahwin, solat. Lepas kahwin, entah ke mana solatnya..

Kadang-kala terfikir juga, bila kita (orang perempuan) tak ada pendidikan, diorang (orang lelaki) nak cari perempuan yang ada pelajaran.
Tapi, bila kita dah ada pelajaran, diorang nak pula cari yang biasa-biasa sahaja. Argghh! Tension.

Tengok orang lain yang tak berpelajaran pun hidup bahagia di samping suami dan anak-anak.
Bila tanya kita, kenapa lambat kahwin?
Aku belajar la doe. Aku ada sijil-sijil. Ko ada ke? Ko kahwin awal, kan? Tak belajar pun. SPM pun tak ada. Memang patutlah ko kahwin awal.
Aku? Aku ada sijil itu ini, penuh fail. Ko ada?

Jadi, janganlah nak banding-banding aku dengan ko. Apa ko ingat ko ada famili tu dah syurga bagi ko?
Bukan nak berlagak tapi kalau dah belajar, memanglah tak leh kahwin awal. Macam la mak ayah aku kasi aku kahwin masa belajar dulu. Jangan harap la. Selesaikan satu persatu dulu. Korang mak bapa korang yang sporting tu, ok la..

Ah, aku tension. Aku nak kahwin jugak!!!
Tapi, tak boleh tension-tension. Kang muka berkedut, tak cantik, tak de sape pula yang nak.


Kak aku pesan, sesiapa yang nak datang, biarkan. Mana tau kalau-kalau berkenan.. Argh, mana mungkin kak. Mana la tau, nak berkenan pula? Adei. Tapi, aku mula dengar nasihat kakakku itu.
Ye la, mana la tau, kalau-kalau menjadi. So, dia nak datang hujung bulan ni. Erm, tak tau la kalau-kalau dia tukar plan pula.

Apa komen korang?

Terima kasih sudi baca.

Ulasan

  1. sabaq naa..jodoh itu rahsia..
    masanya je mungkin , belum sesuai lagi..
    hehe

    new hupdate>>

    http://cintailmu89.blogspot.com/2012/04/jodoh-kenalah-cari-yang-cun.html

    BalasPadam
  2. hehehehe, siapakah itu yang mahu masuk meminang itu...

    BalasPadam
  3. Aizudin: a ah, belum nampak hijab (pandangan yg disembunyikan) lagi.
    Biarlah dulu, enjoy hidup single lagi. hahaha~

    BalasPadam
  4. zyash: seorang lelaki.
    ada la.. hehe~

    BalasPadam
  5. "Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu..."

    InsyaAllah Allah dh aturkan jdoh yg terbaik buat sha...=)

    BalasPadam
  6. Ct: tq.
    Pesanan yg pnjg.
    Tq again dear.
    Amin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker