Langkau ke kandungan utama

Pasaraya Buat Hal Dengan Khidmat Pelanggan

 
 
 
Bebaru ni, aku ada pergi ke sebuah pasaraya yang terkenal dengan harga murah di tempat tinggal aku sekarang ini, Wangsa Maju. Tetiba, aku terpaksa berurusan dengan pegawai bahagian khidmat pelanggan atau lebih glamour disebut customer service.
 
Kesnya, aku beli barang RM46.90 tapi disuruh bayar RM54.90. Mula-mula, Tanya berapa sen sebab ingat nak bagi saja duit syiling sebab dengar ada sebut 4. Ingat 40 sen tapi 90 sen. Dah banyak, tak jadi nak bagi syiling. Hulurkan note RM50. Tapi, dia tak proceed. Eh, kenapa?
 "RM54.90." jawab jurujual itu.
"Eh, saya tengok tadi RM46.90," tegas aku.
"Tapi kat sini tulis RM54.90," ujar jurujual sambil tunjuk ke arah skrin komputer.
“Tapi saya tengok tadi harganya, RM46.90.” Memang aku tak puas hati sebab aku bukannya banyak duit. Dah la lama juga aku ‘lepak’ depan tu sebab nak pilih yang 6 pcs atau 12 pcs. Selepas rasa puas hati dengan harga yang 12pcs tu, sebaba bawah 50 ringgit, barulah aku grab.
 
“Kalau macam tu, saya tak nak lah." Aku memutuskan.
“Tak boleh, dah scan.”
“Saya nak tukar yang kecil dan murah sikit.”
“Tak boleh tukar sebab dah scan. Cik kena bayar dahulu dan nak tukar kena pergi ke customer service. Refund kat sana dan tukar pun kat sana. “ Aduh, apalah system diorang ni. Teruk. Nak cancel pun tak boleh. Nak tukar pun tak boleh! Nak kena berurusan kat kaunter khidmat pelanggan pula.Aku teringat yang ada kes macam ini pernah heboh kat media social sedikit masa dahulu. Korang ada ingat tak?
 
Erm, k la. Akhirnya, aku setuju. Aku hulurkan note RM20 dalam purse. Itu je yang ada untuk cukupkan 4.90ringgit. Yang lain ada note 50 dan RM1 yang tak cukup. Kiranya dalam purse ada RM50+
Selepas dia cakap terima kasih, aku terus blah. Aku tak kata apa-aap atau pandang dia sebab aku geram sangat. Lepas jauh sikit baru aku merungut, ‘bodoh!’
 
Berkira
 
Kat kaunter khidmat pelanggan, ada pelanggan Cina yang nak cek harga bagi gingseng. Harga RM5.00 yang dia nampak tapi dicaj RM6.20. Seringgit dua puluh sen saja. Itu pun nak berkira. Lama pula tu. Kalau aku, malas dah. Tapi, aku ni kes RM8, banyak tu dengan gaji yang bertunggak beberapa  bulan memang aku berkira sikitlah.
 
“Padan muka diorang, tak check habis ,” kata pegawai itu, sebab orang kat dalam itu buat kerja tak cermat.
 
Alhamdulillah, refund. Dapat balik duit yang ‘bayar lebih’. 
 
Sebenarnya, aku tak kisah sangat pun dengan harga itu, RM54.90. Cuma aku rasa seperti tertipu. Iyalah, tulis RM46.90 tetiba caj RM8 lagi dari yang tertera. Sape yang tak benggang, kan?
 
Bila dah balik, aku on line cari pasal produk ini, harganya RM57.90. Wow, aku dah tersilap tuntut ke? Tapi, memang aku tak tahu pun harganya. Tak kan kita pula nak google satu-satu harga. Salah kita ke?
 
Lain kali, korang pun berhati-hati apabila membeli belah, kadang-kala kita dicaj dengan apa yang kita tak beli pun. Dan pastikan anda bawa duit lebih sikit sebab kalau ada harga beyond expected (melepasi jangkaan), susahlah kita.
 
 
Selamat berbelanja. Happy shopping.

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker