Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Fungsi Innershine Pati Prun Mencantikkan Diri, Berseri-seri

Fungsi Innershine Pati Prun dengan campuran Camu-camu membuatkan seluruh badan anda berseri-seri dan kekal menawan. Innershine, siapa yang belum kenal? Rasanya kalau tengok tv, memang sentiasa ada iklan innershine.
Pengalaman sendiri pernah dan memang tahu akan kewujudan Innershine. Teringin nak guna tapi masa tu masih bergelar pelajar. Faham-faham sajalah bila bergelar pelajar ni, nak makan pun kena jimat, apatah lagi nak beli benda yang 'merapu' macam ni. Memang tak lah. Sadis tak? Hahaha.
Lepas tu, tengok kawan sendiri makan Innershine untuk muka dan Innershine Beri untuk mata. Kawan yang lain perli, lepas ni mata berseri-seri lah. Hahaha. Mulai hari itu, bertekad dalam hati, nanti bila dah kerja, nak guna Innershine.
Bila dah bekerja, duit kurang cukup untuk membeli innershine. Banyak lagi keperluan dan kehendak yang perlu didahulukan dan juga menabung. Bila dah tukar kerja ke Kuala Lumpur, duit banyak sikit, baru teringat balik impian nak pakai Innershine. Tambahan pula,…

Baca Komik Di Internet Dengan Percuma

Nampaknya ramai yang mencari untuk membaca komik di internet dengan percuma. Tambahan pula musim cuti sekolah, pelajar ada banyak peluang pergi ke cyber cafe. Rileks kat sana. Main game. Baca facebook. Baca komik.

Di sini, disertakan laman web untuk membaca komik secara online.

Manga Fox  dalam bahasa Inggeris. Pilih  komik yang ingin dibaca. Pilih siri ke berapa. Klik button Next yang berada di atas sebelah kanan atau halaman gambar komik yang dibaca untuk ke page seterusnya.

Manga Volume dalam bahasa Inggeris. Pilih  komik yang ingin dibaca. Pilih siri ke berapa. Klik butang Next yang berada di bawah atau halaman gambar komik yang dibaca untuk ke page seterusnya.

Manga Park juga dalam bahasa Inggeris. Pilih  komik yang ingin dibaca. Pilih siri ke berapa. Klik butang Next yang berada di bawah atau halaman gambar komik yang dibaca untuk ke page seterusnya. Laman web ini lebih interaktif.

Selamat membaca ya.


Check List Senarai Keperluan Beli Barang Masuk Rumah Baru

Di sini, aku sertakan bersama check list senarai keperluan beli barang masuk rumah baru. Bukan sikit tau barang yang nak kena beli. Al-maklumlah kita nak masuk rumah baru. Kalau boleh biarlah selesa.

Check list senarai keperluan beli barang masuk rumah baru

Dapur

1. Peti sejuk 
2. Dapur
3. Set pinggan dan cawan 
4. Tempat letak pinggan 
5. Pisau 
6. Papan kekuda atau papan potong memotong
7. Sudu dan garpu
8. Gelas untuk air masak
9. Jug air
10. Axion / pencuci mangkuk pinggan
11. Bakul sampah 
12. Plastik sampah
13. Rice cooker
14. Water dispense - termos air panas/air masak
15. Tudung saji
16. Besen dan penapis
17. Kuali
18. Dulang
19. Blender
20. Batu tumbuk 
21. Penapis kopi/teh

Bilik Air

1. Berus - berus lidi untuk berus bilik air
                 berus plastik untuk basuh baju kecil
                 berus untuk bilik air yang keras dan ada kayu panjang
2. Sabun basuh baju
3. Detergent untuk lantai 
4. Detergent untuk toilet
5. Tali hos paip
6. Bakul untuk letak toiletaire 
7. Penyepit baju untuk jemur di ampai…

Dialah Ubat Saya Sekarang Ni

Dialah ubat saya sekarang ni. He is my medicine. Ewah.. Eh, betullah. Pada mula-mula, aku pun kurang percaya. Pernah dengar orang cakap juga tapi dengar sipi-sipi sahaja.
Rasa macam ajaib pula. Macam hubungan mak dengan anak saja, yang mana ibulah yang boleh menyembuhkan sakit anaknya. Amazing! Hebat. Ya, kuasa ALLAH itu sangatlah hebat.
Kisahnya bermula apabila aku sakit.Tetapi aku tidak memberitahunya bahawa aku sakit. Aku pendamkan sahaja. Naluriku memang menyatakan dia boleh menyembuhkan aku. Tapi segan. Ye la, baru kahwin. Nanti dikatakan menggatal pula. Malu doe. Dia pula kuat mengusik. Nanti sampai lembab dia mengusik. Hahaha.
Cara nak sembuhkan ialah ambil tangan dia dan letak pada tempat yang aku sakit. Sekejap saja, sudah sembuh. La, kalau tahu awal-awal lagi aku nak minta tolong dia. Sekejap sahaja telah sembuh. Rasa sia-sia saja masa dibuang menderitai sakit padahal ada penyembuhnya. Dua kali juga lah aku berpengalaman sakit begini. Satu lagi, aku selesema. Minta suami tang…

Beg Tangan Adalah Kawan Baik Wanita Di Pejabat

Beg tangan adalah kawan baik wanita di pejabat. Beg tangan? Aku dulu pun malas gile nak bawa beg tangan. Rasa macam mak-mak jer. Tapi bila dah start masuk universiti, gunakan beg tangan untuk letak buku dan alat tulis. Ha, kejam tak beg tangan tu buat letak buku dan kertas-kertas. Seharusnyalah beg tersebut adalah jenis besar sedikit.
Itu part masa belajar. Semasa kerja pula, aku guna handbag tapi tetap agak besar.  Sedang-sedang saiznya, tak besar, tak kecil. Tujuan menggunakan beg-beg yang agak besar  ni disebabkan senang nak masukkan barang dalamnya. Pernah juga beli beg tangan yang kecil semasa praktikal. Tapi tak puas hati sebab hanya muat letak telekung sahaja. Kainnya pinjam. Hehe.

Bila sudah kerja di pejabat, bawa beg besar. Tapi puas hati sebab semua benda boleh masuk. Sumbat jer. Nak apa semua ada. Dah macam poket doreamon. Hihi.
Encik suami pun kadang-kadang masukkan juga barang dia dalam beg tu. Nak juga nak menyelit.
Beg tangan untuk ke pejabat kenalah lebih vouge sikit.…

Open Tracker