Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Pengalaman Buat Pasang Implan Implanon

Sha sudah bersalin dengan pelbagai kes selepas bersalin. Ikutkan nak sahaja merancang keluarga sendiri tetapi jadi trauma apabila banyak kes. Nantilah Sha cerita kisahnya. Kali ini Sha nak cerita pengalaman buat pasang implan implanon di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.
Ada kawan Sha pesan supaya bertanya kepada hospital tempat bersalin untuk buat temujanji terus. Dah alang-alang kat sana, kan. Tak payah nak ulang-alik lagi.Selepas habis pantang, boleh terus pasang implan. Selamat dan tak payah risau.
Pesan kawan Sha lagi, tanyalah kalau masih ada kuota lagi, boleh dapat percuma. Kalau kat luar, harganya RM300 untuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan RM560-580 di klinik swasta. Tapi, Sha baru google, harga untuk buat pasang implan di LPPKN ialah RM500 dan swasta ada Sha pernah dengar paling mahal RM1200. Biasanya dalam RM1000 macam tu.
Kepada sesiapa yang mahu mengetahui berapakah jumlah bayaran yang diambil oleh LPPKN bolehlah pergi ke laman we…

Lazada Buat Promosi Lagi, Cepat Tinggalkan Email

Promosi Lazada
Lazada buat promosi lagi, cepat tinggalkan email. Lazada, siapa yang tidak kenal. Lazada merupakan tempat membeli belah atas talian yang popular dengan harganya yang murah dan ada penghantaran percuma. Siapa yang tidak terpukau dengan potongan harga diskaun yang nyata berbaloi.

Sha nak kata baru, tak adalah sangat mengenali lazada. Sudah lama mengenali Lazada. Sha banyak shopping online. Sebab harganya jauh lebih murah. Pada Sha memang berbaloi. Lagi-lagi bila ada promosi, memang Sha akan sambarlah peluang yang terhidang depan mata.

Pagi tadi tengok emel, ada lagi promosi. Ya ALLAH, harganya sangat murah. Kalau kita ni yang jual, rasanya jual dengan harga rugi. Murah sangat-sangat. Banyaklah Sha pilih untuk masuk carta nak beli. Hihi.

Oh ya, sape yang tak nak ketinggalan dengan promosi Lazada, bolehlah tinggalkan email di ruangan komen. Nanti Sha hubungkan ke Lazada. Masa gawat ni, kita kena membelanja dengan berhemah. Kita kena jadi bijak.

Eh, Sha tak dibayar tau untuk…

Kembali Bekerja Setelah Tiga Bulan Cuti Bersalin

Sha kembali bekerja setelah tiga bulan cuti bersalin. Empat bulan sebenarnya, Ogos, September, Oktober dan November tapi kira 90 hari sahaja. Hahaha, trick bulan saja tu. Ikutkan hati, nak saja cepat masuk kerja. Duk rumah bosan. Kejap sahaja masa berlalu. Rasa terlalu cepat, pagi, tengahari, petang dan malam. Esok mulakan hari yang baru. Tapi dekat nak kena masuk kerja, mula rasa tak nak lagi, nak duk rumah dulu. Hehe, mengada.
Cuti Lama
Seronok cuti lama? Memang seronok cuti dapat berehat. Tapi yang tak seronoknya adalah kerana suami jauh. Dua minggu sekali balik jenguk anak bini kat kampung. Itu pun cuti tidak lama. Sehari dua sahaja. Ada juga yang balik hari. Tak apalah daripada nak menanggung rindu. Hohoi, tak tertahan rasa rindu ini. Dua minggu nak tunggu pun rasa hari berlalu macam nak dipercepatkan sahaja. Jadi, tiga bulan tu tak ada la terasa sangat. Rasa nak cepat jumpa suami sahaja.
fesyen

Ilmu Keibubapaan
Kalau jumpa suami, baru rasa ada orang nak back up kalau buat salah. H…

Open Tracker