Langkau ke kandungan utama

Akhirnya Akaun Google Adsense Sha Berjaya Diluluskan Sepenuhnya

Screen shot dari emel Google Adsense menyatakan akaun lulus sepenuhnya. Yay!


Akhirnya akaun Google Adsense Sha berjaya diluluskan sepenuhnya! Alhamdulillah, syukur. Sebenarnya sudah lama Sha mohon sejak 2011 macam tu. Seingat Sha tiga kali Sha mohon. Reject. Ditolak kerana katanya tak memenuhi syarat. Dia kata Sha tak lepas sebab ada entri yang copy atau menyalahi undang-undang. Seingat Sha, mana ada entri macam tu. Sha buat blog sendiri tau. Entri dan cerita yang tersendiri. Sha susah payah bangunkan tau.

Tapi, bila Sha fikir balik, oh ada entri Sha yang copy masa mula-mula nak bertapak dalam dunia blog ini. Tapi, tapi, tapi.. Sha copy dari surat khabar online, tau. Alah, orang lain pun buat jug.. Siap dapat lulus Google Adsense lagi, tau. Jadi, Sha tak ambil serius perkara ini. Tambahan pula, nak cari balik entri lama-lama tu? Nak padam entri cerpen Cikgu Rania? Oh tidak! Sha sayangkan cerpen tersebut. Sha malas nak cari balik dan padam. Sekian.

<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-5320991061777058"
     data-ad-slot="3390234967"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Sha buat tak tahu je la. Kalau nak padamkan entri berita tu boleh. Tapi nak padam cerpen, tak nak! Huh! Bertegas dengan pendirian sendiri walaupun bakal merugikan (adsense kan bagi duit). Hehe.

Sebenarnya, Sha masih tak percaya bila dapat lulus Adsense ni. Sebab Sha ada juga mohon tapi tak layak. Katanya trafik Sha kurang.  Diorang nak 200k page views (PV) or unique views (UV). Sha hanya ada 20k je UV dan PV. Tapi confident je hantar. Dah hantar, baru cek syarat-syaratnya.. Tapi tawakal je lah, mana tau kot-kot lepas. Hihi. Seminggu selepas itu, maka sekonyong-konyongnya dapatlah emel. Rejected! Huhu. Sedih hati Sha tau..

Tapi pada 20hb Okotober 2017, akaun Adsense Sha dah lulus sepenuhnya. Alhamdulillah. Terasa besar sangat kekuasaan ALLAH. Rezeki itu datang dalam bentuk yang tidak terduga dan pelbagai cara. Kalau ALLAH dah nak bagi, kan..

Tengoklah betapa tak tersusunnya ayat. Betapa excitednya Sha. Tapi Sha tak tau nak buat apa ni. Sha dah lama tak aktif berblog. Aktif pun suam-suam kuku sahaja. Sampaikan nak edit blog sendiri pun tak tahu. Tenggelam punca. Kalau dulu, Sha buat sendiri je. Pejam mata, beb!

Nanti Sha google apa yang perlu buat. Ye la, rasa dah tak excited, tetiba ada je dapat surprise macam ni. Memang teruja tapi tak tahu nak buat apa. Blank.

Bizi kerja? Ya, sangat.. Kadang-kala tu bizi kerja. Kadang tu tak tau nak buat apa, sebab tak ada kerja. Tapi ada jer kerja Sha. Sha buat online promote kat Shopee.

Apa yang Sha buat? Sha tak buat apa-apa. Cuma apply jer. Bebaru ni Sha ada apply. Saja suka-suka je. Ye la, yang pengiklanan dalam Malaysia pun tak dapat, nak pula yang berbayar USD. Rezeki. Untung sabut timbul. Untung sabut, tenggelam.

Jangan suka sangat. Nanti kena tarik balik Adsense tu baru tau. Ya, kelulusannya boleh ditarik balik, tau. Jangan buat pasal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker