Langkau ke kandungan utama

Apa Kesudahan Hidup Kita

Apa kesudahan hidup kita.. Satu pertanyaan yang membuatkan kita juga boleh terdiam dan berfikir. Siapakah kita? Cukup baikkah kita? Cukupkah amalan baik kita untuk bawa kita ke syurga?


Pada aku pula, untuk apa aku kutuk mahupun maki dia? Dia tak ada buat salah kat aku. Yang pasal dia teruk, itu hal dia dengan Tuhan. Dengan aku, dia ok, dia baik.


Tadi  ada seorang 'kawan lama' datang jumpa aku. Dia kata walau pun dia teruk tapi aku tak pernah kutuk, maki-maki dia. Dia kata, se;ama ini, aku senyum dan diam saja tanpa kata apa-apa yang boleh menyakitkn hati dan perasaan dia. Itu kata dia.


Untuk makluman, kawan aku ini seorang yang hmm.. orang kata sampah masyarakat. Dia seorang kaki mabuk, kaki dadah, dan lain-lain lagi. Selalu nampak terbaring kat tepi kaki lima kedai sebab high dadah atau mabuk. Tidur terbaring, beb. Tak sedar diri, tak sedar orang lalu lalang. Tak sedar matahari cucuk mata. Kalau korang boleh ke nak sucikan hati tak kata atau umpat mahupun kutuk kat belakang? Boleh ke? Kau rasa?


Dia pesan pada aku, jangan hina orang. Kita tak tau kesudahan hidup kita bagaimana. Terpempan juga aku mendengar kata-kata itu. Ya, kita duk buat baik, belum tentu kita ke syurga dan ahli maksiat belum tentu ke neraka.


Segera aku teringat kisah amalan si pencuri selama 40 tahun dengan amalan si abid (ahli ibadah) 40 tahun dimansuhkan. Si pencuri berbahagia dan si abid celakalah dia.


Kita tak tau pengakhiran hidup kita, bahagia atau celaka. Maka, berbuat baik dan bersangka baik pada semua orang. Itu lebih indah. Semoga kita juga mendapat pengakhiran yang indah-indah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker