Langkau ke kandungan utama

Bayarlah PTPTN Walaupun Kita Bukan Orang Kaya


Duit tak boleh beli segalanya. Tapi  segalanya memerlukan duit

Siapa yang belum pernah bayar lagi hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN)? Silalah bayar. Kalau tidak, lagi banyak anak-anak yang diberanakkan. Contohnya, Sha pinjam RM8,000. Tapi tak bayar (bukan tak nak bayar, tapi kewangan tidak mengizinkan dan ada sebab teknikal sikit). Tau berapa dia naik? RM300 lebih tau walaupun sebulan hanya RM6.60 macam tu sahaja dia punya interest, faedah, bunga.

Sha orang kaya? Tak la. Sha biasa-biasa sahaja. Orang kata miskin bandar. Ya, miskin bandar dengan gaji isi rumah (gaji Sha + gaji suami) bernilai RM3000 lebih sikit-sikit. (Eh, korang dah minta belum BRIM? Boleh dah update ya).  Tapi kena ingat, duk rumah sewa RM700 sebulan (kami kongsi bayar) dan bayar upah asuh anak RM400 (RM350 + OT lebih masa), susu 6 kotak (RM40/kotak = RM240), pampers RM40 X 3 pack = RM120. Minyak kenderaan RM150. Pinjaman peribadi RM400. Kutu RM300 (Sha RM100, Izhar RM200). PTPTN RM209. Insurans takaful RM200. Bagi pada kampung RM100. Top up bulanan RM200 (Izhar RM150, Sha RM50). Selebihnya, ada lagi lebih kurang RM300 lebih untuk makan meneruskan hidup. 

Hidup di Kuala Lumpur, bandar besar ok. Banyak juga pasarasaya besar yang selalu sale. Itu belum masuk lagi tapak sesawang beli-belah seperti Lazada, Shopee, Carousell dan lain-lain lagi yang mengambit hati nak membelinya.                                                                                                              
Kalau hidup di kampung, boleh juga berjimat bab sayur-sayuran dan ulam-ulaman murah. Boleh juga tanam sendiri, berbakti kepada tanah, membuahkan hasil. Tapi kat sini, mana ada apa kalau tak ada duit, susah nak hidup.

1. Berjimat
Jadi apa yang Sha usahakan untuk memenuhi kehidupan seharian ialah berjimat. Sarapan pagi, kadang-kala bawa dari rumah. Tengahari sahaja beli. Syukur juga la, kafeteria di bawah ini murah untuk makan tengahari. Kalau kat luar, mahu kena RM10 nasi sepinggan. Tapi kafe tempat Sha kerja cuma RM4.50- 5.70 sahaja. Jadi seminggu Sha memerlukan RM50 untuk belanja.

Sha juga jarang nak keluar pada hari Jumaat. Nak juga keluar, cuci-cuci mata. Nak membeli tu susah sikitlah. Bukan kedekut, tapi kalau nak makan pun tak cukup, macam mana? Nak harapkan siapa lagi untuk tanggung hidup sendiri? Suami isteri sahaja yang mengetahui. Menghulurkan lagi pada yang memerlukan ada lah..

2. Pengangkutan
Pengangkutan? Suami hantar dan jemput. Tapi masa tu kena berkorbanlah. Orang kata kenapa tak balik sendiri? Nak balik sendiri? Hmm, suami naik motor pergi kerja. Kereta? Sha tak ada lesen. Pengangkutan awam? Lagi mahal jika mahu berjimat. Kenapa tak ambil lesen? Sha tengah usaha kumpul duit nak ambil lesen. Tapi bagaimanakah? Banyak guna duit. Kadang-kala tak cukup. Ada sahaja keperluan dan kehendak yang perlu dibeli. Kadang-kala ianya satu kemestian. 

Syukur juga Sha kerja. Kalau tak kerja, memang susahlah nak bayar PTPTN. Dulu pun Sha kerja tapi tak mampu nak bayar. Mampu sara diri sahaja. 
                                                                                                                         
Ikutkan hati, nak juga ambil pinjaman lain untuk top up bayar PTPTN ini. Tapi bila fikir balik, tak berbaloi.. Iya la, faedah tinggi kalau loan peribadi ini. Jangan jerat diri sendiri.

Nak memiliki rumah? Ya, teringin sangat. Tapi deposit belum ada. Minta rumah DBKL, masih dalam tindakan.


Nasihat Sha, bayarlah PTPTN walaupun kita susah. Sebabnya kalau kita duk tangguh-tangguh, nanti lagi banyak dia naik. Lagi susah kita nak bayar. Pergilah berunding dengan pihak PTPTN segera. Kita boleh pilih nak bayar berapa untuk bulanan. Sha ambil yang cepat sikit habis. Tak nak lama-lama lagi tanggung hutang. Kalau ada tak bayar PTPTN susah nak pinjam kewangan yang lain. Ada rekod CCRIS dan CTOS, juga RMI dari Bank Negara. 

Tak apa. Kalau kita bayar hutang, insya-ALLAH, ada rezeki lebih nanti. Jom clearkan hutang kita. Baru senang nak merancang masa depan.

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker