Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

SUPPORT PERNIAGAAN ISTERI: ASAM DAN AIR MINERAL

niaga jual asam, support perniagaan isteri SUPPORT PERNIAGAAN ISTERI: ASAM DAN AIR MINERAL Support Perniagaan Isteri, jual asam dan air mineral. Suami tolong angkat barang, kadang tolong keluarkan modal, kadang tolong beli barang niaga.  Petang tadi (4 April 2018), Sha balik kerja awal sikit sebab hadiri event . Kebetulan suami pun habis kerja awal. Sha ajak pergi pasaraya NSK beli untuk niaga. Suami tak nak. Dia kata takut rugi, saya bagi je (sedekah) pada kawan2 nanti. Lagilah rugi. Tapi Sha tetap berkeras nak pergi beli jugak. Bila dah pergi, mahalnya barang kat pasaraya ni. Kalau macam ni, macam mana nak jual murah? Memang tak balik modal. Ni pun Sha dah buat 20g, tapi x tau nak jual harga berapa. Kalau 50 sen atau RM 1, tak sesuai. Jadi Sha tambah bagi jadi 35g. Tu pun untung RM 1 jer.. Rasa macam nak buat 30g je untuk jual RM 1. Baru berbaloi. Tapi x sempat. Anak pun Sha x sempat tengok, dah merajuk tak nak susu. Menangis. Sha pun dah mengantuk. Mesin timbang

AWAT COMEIIII SANGAT NI, TEKAPAN TANGAN DI KOTAK

AWAT COMEIIII SANGAT NI, TEKAPAN TANGAN DI KOTAK. Nampak tak apa yang comeiii sangat tu? Tak tau la naluri seorang ibu atau apa. Malam tadi masa nak caj hp Sha ternampak tekapan tapak tangan ini kat atas kotak pampers. Semalam, suami dan anak buat. Sha duk sibuk kat dapur, dengar-dengar je la dua beranak tu berborak.. "Eh, pandai.. Cikgu buat kat sekolah ke?" Kata ayahnya. "Selalu main tekap2 eh" Sebelum ni, Sha x perasan pun ada tapak tangan kat situ. Sebab Sha kan rabun sikit. Masuk bilik ni, biasanya untuk solat. Dah ambil wuduk, buka la spek. Masa Sha ambil gambar ni, malam tadi. Harraz dah tidur. Rasa comel tu membuak2. <3 <3 <3 1 tahun 8 bulan. Wangsa Maju Terima kasih singgah sini

Open Tracker