Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Diari kehidupanku

Keracunan Makanan : Part 1 Ayam Masak Merah di Kenduri Kampung Sha

ayam masak merah atau nama lainnya sambal ayam Pernah sakit perut atau keracunan makanan? Sha pernah alaminya. Paling ingat semasa umur 9-10 tahun, circa 1994-1995 masa tu. Makan sambal ayam di majlis kenduri kahwin dalam kampung. Rumah sape, dah tak berapa ingat tapi kat batas la. Ayam masak merah atau orang kampung biasanya panggil sambai ayam ni kira hidangan yang paling sedap kalau ada kenduri kahwin. No 1, A la. Satu kampung sakit perut, woi. Jangan buat main. Mujurlah tak ada yang serius. Setakat sakit perut, buang air besar sahaja. Sha dengan sepupu, masa perjalanan balik, terus sakit perut. Kami membuang. Ibu bapa Sha, tengah malam baru sakit perut. Ada jiran tu berlari sampai patah anak tangga di rumahnya sebab sakit perut tengah malam. Keadaan havoc masa tu.  Kisahnya, ada yang reveal kata, kawah yang digunakan untuk masak sambal ayam tersebut masih terdapat 1 ketul sabun cap kapak masih melekat di situ. Isk, tak basuh betul-betul! Terima kasih singgah sini

Sakit Betis Kaki Krem Kejang Otot Semasa Tidur

Kejang otot krem betis kaki Sakit betis kaki kerana krem kejang otot semasa tidur. Sungguh menyakitkan. Biasanya diserang pada waktu malam dan tengah tidur. Bebaru ni, Sha kena serang krem betis kaki pada pukul lebih kurang 5 pagi. Dia serang berkali-kali tau. Kita baru nak relaks sikit, dia mai lagi. Kejang-kejang kaki.  Sakit. Jadi, duk tahan sakit, Sha minta pertolongan suami untuk urutkan. Mujur dia ada dan masih ada, boleh lah minta tolong. Kalau dah tiada nanti, kita hadap je la sorang-sorang. Semasa diurutkan pun, masih ia menyerang. Ganas sangat ya. Selepas dah siap urut, Alhamdulillah, ia mengalah perang. Penat Sha ni.  Sha google, penyebabnya kurang air, banyak guna kaki dan kurang mineral dalam badan. Terima kasih singgah sini

Seorang Guru yang Sangat Guru

Seorang guru yang sangat guru dari sekolah ini, SMK Dato' Syed Ahmad Aku, ingin bercerita tentang seorang guru yang pada aku, sangat 'guru'. Cikgu ini seingat aku tidak pernah dapat mengajar aku sepenuh waktu. Dia pernah jadi guru menggantikan guru lain sahaja. Tidak pernah ada satu subjek yang beliau ajar sepenuh masa untuk kelasku sendiri. Pernahlah beberapa kali beliau menjadi guru ganti sehari dua untuk guru yang tidak hadir. Cikgu ni popular kat sekolah sebab segak satu hal, agama pun baik. Baik pun baik. Sopan santun. Tapi dah kahwin masa tu. Dan aku pula bukanlah seorang pelajar yang terlalu popular atau pandai untuk cikgu kenal aku. Aku juga bukanlah kategori murid nakal atau bermasalah untuk dikenali. Aku kategori tengah-tengah. Nak kata cikgu-cikgu kenal aku, rasanya tak kot. Sekolah paling ramai pelajar di Kedah masa tu. Aku masuk sekolah tahun 1998 - 2004 (Pra-Universiti). Aku pula bukan duduk rumah dekat dengan mana-mana guru.  Ye la, murid pertengahan. Cikgu n

Bila Butcher Tiada, Dapat Ayam Bulat, Tidak Dipotong

Bila butcher tiada, dapat ayam bulat, tidak dipotong. No hal. No problem at all. Ada ilmu. Ada pengalaman. Sebenarnya, ada lah belajar sikit-sikit dengan ibunda. Sepanjang hidup rasanya hampir 10 kali sahaja potong ayam sendiri. Biasanya lepas ke orang lain sahaja dan selalunya beli ayam daging yang sudah siap dipotong atau minta tukang siang, potong kecil-kecil. Jadi, tak ada masalah nak potong lagi. Kadang-kdang siap boleh minta buang kulit sekali. Jimat masa. Sesungguhnya, Sha nak tekankan di sini, apa pun korang kena ada asas. Sha ni tidak lah pandai mana memasak tapi Sha tahu memasak. Just name it. Petik jari je, wei. Memasaklah. Kalau buat kuih tu Sha menyerah. Kuih susah sikit. Kadang tak jadi. Hahaha. Itulah pentingnya pengalaman. Selagi muda, selagi ada peluang, belajar dan jadikan pengalaman yang berharga untuk masa depan. Tak rugi pun. Mai la apa pun cabaran, korang rileks je. Sebab apa? Sebab boleh handle. Terima kasih singgah sini

Claustro Phobia, Fobia Tempat Sempit

Claustro Phobia, fobia tempat sempit Korang ada fobia sesuatu? Sha ada fobia tempat sempit, Claustro Phobia. Mula sedar ada umur 20 tahun. Macam mana tahu dapat fobia? Ada banyak sebenarnya. Cuma yang paling Sha ingat adalah, suatu hari, Sha dalam kelas yang boleh kita ubah kerusi dan meja, gerak-gerak. Tetiba, Sha rasa macam sempit sangat. Minta kawan depan gerak ke hadapan sikit. Minta kawan tepi pun jauh sikit. Dah gerak semua. Tapi Sha rasa sempit lagi. Sha tanya kawan kat sebelah. Dia rasa sempit tak? Dia jawab tak sempit pun. Padahal dia tu gemuk dan tempat dia memang sempit. Tempat Sha dah lebih besar dari dia. Lepas tu, Sha minta tukar ke hadapan sedikit dan tepi jalan. Alhamdulillah, dah rasa selesa. Naik van pun, Sha tak boleh sempit-sempit. Pernah dulu, kami nak pergi Hatyai, Thailand. Juga berpengalaman dengan kawan Sha yang seorang gemuk ini lah. Naik van, Sha kat tepi. Dah mula sesak nafas. Dia rileks sahaja walaupun dia memang jauh berisi dari Sha. Sha kurus

Makanan Sampingan Yang Sesuai Untuk Tom Yam

Absolute Thai Nak makan tom yam? Tapi tak tahu apakah pilihan makanan sampingan (kawan-kawan) yang sesuai untuk dipadankan dengan menu utama? Di sini Sha kongsikan sedikit berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri. Bebaru ni Sha keluar dengan bos dan kawan sekerja untuk serahkan dokumen penting kepada salah sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur. Dah waktu rehat, kami singgah Sunway Putra Mall (SPM orang panggil). Mula-mula pilih Secret Recipe tapi boss nak cuba sesuatu yang lain. Jadi, kami pilih Absolute Thai. Aha, kat Wangsa Walk pun ada. Sha dah masuk kedai Thailand macam ni, memang nak makan makanan Thai la terutamanya tom yam. Perut dah lapar. Nak nasi. Tapi kalau semua tak nak tom yam yang besar sesuai untuk 3-4 orang makan, Sha kena ambil mee hoon tom yam lah. Tapi, akhirnya bos cakap kita beli tom yam n share. Nasi putih. Dia tanya, lagi apa.. Sha cakap lah. Kalau tom yam, sesuai dengan sayur kailan ikan masin, telur dadar. Complete. Pergh, sedapnya!

Bila Kau Ada Kerja Nak Buat Kat Rumah Tapi Bosan, Pergi Kerja Tapi Sakit

Bila Kau Ada Kerja Nak Buat Kat Rumah Tapi Bosan, Pergi Kerja Tapi Sakit, be like.. Good day every body! Dah nak masuk tengahari pun. Maaf la sibuk sikit hari ni. Pepagi rasa malas nak pergi kerja. Lepas tu, fikir2 balik, better pergi kerja. Duk rumah pun fikir hal tempat kerja juga. Better duk kat ofis. Bosan nak duk rumah. Ya, masih demam dan lemah badan lagi. Sampai je ofis, kawan dah tunggu nak beli makan sama. Sebab dah lambat si Harraz tu merengek. Nak susu. Bagi dia minum dulu. Nampak kawan, bayarkan duit baju dia. Settle letakkan sarung bantal yang kawan pesan atas mejanya. Lepas sarapan, terus buat kerja. Walaupun kurang sihat, tapi kalau nak duk rumah je, rasa bosan gila. Kadang rasa nak tidur tapi x leh tidur sebab banyak fikir. Orang bisnes ni otak dia berjalar-jalar dan menerawang ke mana saja. Betul x? Teringin nak jadi macam bundle seller yang lain. Iron semua barang yang diiklankan. Siap album dlm masa yang pendek. Bungkus barang-barang untuk dipos. Berbakul

Sha Boleh Berjaya Dalam Biz

Ada seseorang memberi pesanan kepada Sha, petang tadi. "Sha, awak boleh berjaya dengan biz awak." Air mineral pun okay. Jangan berhenti. Teruskan. Pergi ke kawasan orang ramai. Kat tempat kerja pun okay. Sekarang ini Sha jual sarung bantal bundle. "Bundle pun okay. Akak tengok bundle orang iron elok2, lagi nampak smart. Nampak mahal. Sha, ko kena iron sarung bantal tu." Sha cuma iron sarung bantal yang Sha jual online. Kalau offline, Sha x iron. X larat nak iron, banyak kak. Sha baru ambil 2 guni sarung bantal. Banyak kak. Sampai penuh rumah Sha. Nak melipat pun belum habis lagi. "Tak pe Sha, ada rezeki tu. Usaha, pasti ada." Kalau Sha berhajat, Sha buat solat hajat. Baca surah Ayat Kursi 10x rakaat pertama dan kedua. Minta sungguh-sungguh. Macam si I tu, dia dah dapat kerja bagus, dekat dengan rumah. Boleh balik rumah tengahari lagi, jenguk mak dia. Kalau masa hujan lebat, lagi patut buat solat hajat. Minta rezeki yang banyak seperti hujan lebat

Kena Berhenti Kerja

Nak diberhentikan kerja? Perasaan? Pastinya sedih. Kenapa, kenapa, kenapa.. Bagaimana nak teruskan kehidupan? Kisahnya nak ditamatkan. Tapi kami semua masih berusaha lagi. Menyorot sejarah hidup, aku pernah tiada kerja. Aku pernah tidak bekerja dengan kewangan makin menyusut. Dapat kerja yang cukup-cukup makan. Buat OT untuk dapatkan bayarkan rumah sewa. Makan ala kadar. Tapi aku tetap bersyukur. Masa aku tak bekerja, duit dalam bank tetap ada. Siap boleh top up dan boleh bayar broadband lagi tiap bulan. Kisah di sini ialah tak banyak tapi berkat. Tak tahu lah kalau orang lain yang tak pernah rasa susah macam aku. Sekarang ini pun tetap rasa miskin. Tapi bersyukur sebab kerja, boleh bayar hutang. Tapi kalau beli barang RM30 sebulan pun dah lari bajet. Hmmm. Berjimat cermat. Sha pasti boleh tempuhi dugaan ini lantaran sekarang  memang buat business. Kecil-kecilan. Biz online Malaysia dah berkembang luas. Rezeki ALLAH pun luas. Berusaha je tanpa jemu. Allah nak bag

4 Kesan Cucuk Implan Cegah Hamil Rancang Keluarga

saiz implan sebesar jarum sahaja Kesan cucuk implan cegah hamil rancang keluarga yang menimpa badan. Setiap sesuatu yang langgar peraturannya, memang la ada kesannya. Iya kan? Sakit ke? Ramai yang takut nak cucuk implan, kan? Pertama-tamanya ramai yang risau akan sakit. Kalau tanya Sha, sakit atau tak? Sha akan cakap tak sakit. Doktor akan bius dahulu sebelum masukkan implan ke dalam lengan kita. Tak rasa apa-apa pun. Rasa bendasing tu sebab memang ada dalam badan kita. Tapi tak sampailah rasa gelisah, tak tenteram bagai. Rasa biasa saja. Lagi pula, ringan sahaja. Panjang macam mancis sahaja. Tapi kecil. Ala, macam jarum jahit tu. Aha, macam jarum jahit saiznya. Boleh rujuk entri sebelum ini Pengalaman Pasang Implan Kesan Cucuk Implan Cegah Hamil Rancang Keluarga <script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <!-- dalam entri 3/11/17 --> <ins class="adsbygoogle"      style=&

Doa Orang Teraniaya Itu Betul-betul Makbul, Kisah Benar Dari Penulis Blog Sendiri

Doa orang teraniaya itu betul-betul makbul, kisah benar dari penulis blog sendiri. Kisahnya memang benar-benar berlaku. Nyata. Realiti, tau. Sha teringat mengenai kisah benar dua orang kawan Sha ni. Diorang tu sepasang suami isteri. Sorang tu kawan Sha, seorang lagi bos Sha. Okay, kita letak nama. Suaminya Din adalah kawan Sha. Isterinya, Kak Nor pula merupakan bos dan boleh kata kawan juga la, sebab jarak umur kami cuma setahun tapi kami boleh berborak macam kawan. Kebetulan kawan Sha, Aida juga kawan Kak Nor. Diorang sama batch. Aida juga kenal dengan si Din, juga sama batch.  Kisahnya, pada Sha betul-betul buat Sha terkejut gila-gila. Tapi tu la, kan.. Allah itu ada. Dia Maha Melihat dan tidak pernah tidur. Bukan kawan Sha yang teraniaya tapi mereka yang menyaniaya orang lain. Terkejut Sha dengar macam tu. Ye la, kawan sendiri dan Sha pernah bekerja dengan mereka. Sha kenal mereka. Tak sangka mereka sanggup buat begitu. Tapi, biasalah kan kalau orang yang berbisnes

Pengalaman Bersalin Sha di Hospital Angkatan Tentera

Baby Sha, hari kedua lahir Sha nak cerita pasal pengalaman bersalin. Sebenarnya memang dah lama nak cerita, sejak Sha lalui pengalaman tersebut. Namun, rasa nantilah, nanti lah, nak ambil feels dulu. Nak penceritaan yang menarik dan best. Sebab cerita ini ada sesuatu. Dan ada juga rasa patah hati pada orang yang merendah-rendahkan kita. Ye la, kita bersalin kat hospital kerajaan. Dia bersalin kat hospital swasta, berbayar RM10 ribu, k. Ko hado? Nan hado.. Hihi. Sha tunggu suasana redha dulu baru nak cerita. Selain itu, faktor yang Sha nak cerita juga sebab bebaru ni, Sha dah terlupa nama Brig Jen Dato' Lecmi.. Aduh. Sha risau terlupa semua nanti. It's very precious moment that u cant forget. But, if i am forget, how terrible my memory. That's why i want to jot down  here and elaborate then. Okay. Sebelum itu, korang boleh baca dulu sebab kenapa Sha nak bersalin di Hospital Angkatan Tentera. dan pengalaman buat check up di hospital tersebut . Sha masukkan apa

Demam Selesema, Terima Kasih Sang Suami Berkorban

suami dan anak terchenta masa ni kat UTC Kedah Semalam, 20 Disember 2016, aku dapat demam selesema. Mujur lah dapat suami yang sangat memahami dan banyak berkorban. Terima kasih sang suami berkorban untuk isteri dan anaknya. Baby pun duk baik sahaja malam tadi. Kat tempat kerja, teruk dah jadinya. Demam, bersin, sejuk gila kaki dan jari. Macam ais dah. Kepala berat rasa ada virus dan pening. Muntah juga. Petang tu pukul 3.45 petang, sudah tak larat lagi. Suami tanya, mahu balik rumah ke, ambil MC ke. Tapi fikir balik, rugi saja 'hari bekerja' hari ini kalau balik rumah dan ambil MC. Lagipun tunggu lagi dua jam sahaja untuk punch card dan balik! Suami tanya juga kalau-kalau mahu pergi klinik untuk ambil ubat dan MC pada sebelah petangnya. Tapi, aku tak mahu. Tahu-tahu saja lah klinik sebelah KL ni bukannya nak bagi MC untuk esok. Bagi MC untuk hari tersebut sahaja. Baik pergi ke klinik esok pagi sajalah kalau tak larat sangat. Pagi ini, terjaga. Masih berfiki

Kembali Bekerja Setelah Tiga Bulan Cuti Bersalin

Ni gambar bekerja sebelum bersalin Sha kembali bekerja setelah tiga bulan cuti bersalin. Empat bulan sebenarnya, Ogos, September, Oktober dan November tapi kira 90 hari sahaja. Hahaha, trick bulan saja tu. Ikutkan hati, nak saja cepat masuk kerja. Duk rumah bosan. Kejap sahaja masa berlalu. Rasa terlalu cepat, pagi, tengahari, petang dan malam. Esok mulakan hari yang baru. Tapi dekat nak kena masuk kerja, mula rasa tak nak lagi, nak duk rumah dulu. Hehe, mengada. Cuti Lama Seronok cuti lama? Memang seronok cuti dapat berehat. Tapi yang tak seronoknya adalah kerana suami jauh. Dua minggu sekali balik jenguk anak bini kat kampung. Itu pun cuti tidak lama. Sehari dua sahaja. Ada juga yang balik hari. Tak apalah daripada nak menanggung rindu. Hohoi, tak tertahan rasa rindu ini. Dua minggu nak tunggu pun rasa hari berlalu macam nak dipercepatkan sahaja. Jadi, tiga bulan tu tak ada la terasa sangat. Rasa nak cepat jumpa suami sahaja. fesyen Ilmu Keibubapaan Kalau jump

Pengalaman Buat Pemeriksaan Check Up Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan

Al kisah, Pengalaman Buat Pemeriksaan Check Up Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizanpada 4 Ogos 2016, Sha bersama suami ke HAT Tuanku Mizan, Wangsa  Maju untuk membuat pemeriksaan pertama mengandung kerana merancang untuk bersalin di sini. Kalau nak bersalin di HAT Mizan kena sekurang-kurangnya sekali sahaja melakukan pemeriksaan tahap kesihatan di sana. Kami parkir di tingkat 2 (walaupun macam nampak satu tingkat sahaja, namun ia adalah tingkat 2). Lepas tu cari lift untuk ke tingkat 3. Masuk ke Klinik Pakar, sebelah lobi tu ye. Pergi ke Klinik Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Tanya jururawat yang berada di kaunter, bagaimana untuk mengambil no giliran. Sha dimaklumkan pergi ke bahagian hasil untuk mendapatkan no giliran. Ha, kat mana pula bahagian hasil tu. Sha masuk ke farmasi (pintu kaca), tanya kepada farmasis kat situ. Diorang pula blur. Akhirnya, Sha perasan yang tersalah tempat. Sha bagitau, di mana bahagian hasil. Farmasis tersebut memberitahu keluar balik dari

Sebab Bersalin Di Hospital Angkatan Tentera

Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan, Wangsa Maju Kenapa nak bersalin kat hospital angkatan tentara (HAT)? Sebab bersalin di Hospital Angkatan Tentera (HAT) berbanding dengan hospital awam. Ya, hospital tentera juga adalah hospital awam tapi hospital ini lebih sukar nak masuk check in. Ada syarat-syaratnya. 1. Kemudahan bagi staf Kementerian Pertahanan Sebab nak bersalin kat sana adalah kerana ia adalah salah satu kemudahan untuk penjawat awam yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan. Tak semua orang dapat masuk ke hospital ni, tau. Setahu Sha, tak semua penjawat awam boleh bersalin di sini. Hanya mereka yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan sahaja dibenarkan dan layak untuk bersalin di sini. Sha memang kerja di bawah Kementerian Pertahanan, maka layaklah. 2. Tidak Sesak Sebab keduanya ialah tidak sesak. Dah tak semua orang boleh masuk, maka memang tidak sesak la. Kawan-kawan bercerita, HAT best sebab tak ramai orang. Ada kawan yang bersalin hari ini, semasa

Banyak Yang Ingin Diperkatakan Namun Lidahku Kelu

Sebenarnya, banyak cerita dan entri yang mahu dikongsi bersama. Banyak idea mencurah-curah, seperti 'pepatah' iklan Coco Crunch "coklat jatuh mencurah-curah ke ladang gandum". Namun, apabila berada di hadapan komputer, idea hilang. Lama tidak mendapat jiwa menulis. Oh ya, untuk makluman, aku telah pun selamat diakadnikahkan dan berkahwin dengan jejaka yang menyayangiku lebih dari aku menyayanginya. Alhamdulillah, termakbul juga keinginanku untuk dimiliki oleh orang yang lebih menyayangkiku. Sungguh, kalau tidak lihat kepada kesungguhannya dan keperibadiannya, belum tentu hatiku akan memilih dia. Sampai ke hari pernikahan, aku masih berasa biasa - tidak apa kalau tiada jodoh pun. Fuh, sampai tahap itu, kan. Ya, sebagai seorang perempuan, jangan jatuhkan maruah diri. Tetap optimis kalau tiada jodoh, pasti akan ada yang lebih baik. Sampailah selepas nikah, baru aku rasa sayang kepadanya. Mungkin Allah bukakan pintu hatiku untuk menerima dia seikhlasnya. Alhamdu li

Resipi Kek Pisang Yang Mudah, Sedap dan Lazat Tanpa Telur

Aku memang sukakan kek pisang semenjak kecil lagi. Kantin sekolah yang menjadi mangsaku untuk mendapatkan kek pisang. Kek pisang dengan aromanya yang memikat tidak pernah tidak untuk menggoda aku menjamahnya. Namun, kebelakangan ini, aku mendapat alergik yang mana tidak boleh makan telur padahal kek pisang adalah kegemaranku. Akhirnya, aku temui jua kek pisang tanpa telur yang paling mudah, sedap dan lazat.  Hujung minggu baru ini, aku ada terbaca resipi kek pisang. Aku cuba buat walaupun baru semalam dan malam tadi makan kek pisang. Ya, keknya masih ada ada beg plastik. Namun, dek kerana bahan-bahan semua ada aku usahakan juga. Pisang berangan tiga biji yang sudah layu itu ada juga manfaatnya. Ingatkan nak buat cekodok pisang sahaja. Cukuplah pisang tiga biji untuk aku seorang. Suamiku katanya kurang minat dengan kek pisang apabila aku agah dia dengan makanan tersebut malam tadi. Bila dah lecek pisang, eh, pisang ni cuma cukup untuk satu cawan sahaja. Tapi, aku iku

Beg Tangan Adalah Kawan Baik Wanita Di Pejabat

Wanita dan beg tidak dapat dipisahkan Beg tangan adalah kawan baik wanita di pejabat. Beg tangan? Aku dulu pun malas gile nak bawa beg tangan. Rasa macam mak-mak jer. Tapi bila dah start masuk universiti, gunakan beg tangan untuk letak buku dan alat tulis. Ha, kejam tak beg tangan tu buat letak buku dan kertas-kertas. Seharusnyalah beg tersebut adalah jenis besar sedikit. Itu part masa belajar. Semasa kerja pula, aku guna handbag tapi tetap agak besar.  Sedang-sedang saiznya, tak besar, tak kecil. Tujuan menggunakan beg-beg yang agak besar  ni disebabkan senang nak masukkan barang dalamnya. Pernah juga beli beg tangan yang kecil semasa praktikal. Tapi tak puas hati sebab hanya muat letak telekung sahaja. Kainnya pinjam. Hehe. Tote bag yang sesuai di bawa ke pejabat dan untuk aktiviti kasual Bila sudah kerja di pejabat, bawa beg besar. Tapi puas hati sebab semua benda boleh masuk. Sumbat jer. Nak apa semua ada. Dah macam poket doreamon. Hihi. Encik suami pun kad

Open Tracker