Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Memori

Pengalaman Cara Buang Jarum Implanon Setelah Cukup Tiga Tahun

Cara buang implanon, inilah alat-alatnya. Bebaru ini, Sha ada mengunjungi hospital untuk temujanji membuang jarum implanon setelah cukup tiga tahun ditanam pada lengan kanan. Berikut merupakan pengalaman membuang jarum implanon setelah cukup tiga tahun. Sebelum nak pergi buang itu, terasa berdebar. Memikirkan sakit ke tak? Risau sangat kalau sakit. Ye la, nak ditoreh isi untuk dibuang benda rod besi plastik mengandungi hormon. Jadi, Sha pun google lah terlebih dahalu. Risau wei.. Ramai dan banyak yang Sha jumpa, cakap agak sakit. Hmmm, tapi Sha teringat pengalaman kawan-kawan Sha cakap tak sakit pun. Jadi, Sha berpegang kepada itulah. Appointment Sha pada 21 haribulan. Seawal pagi dah pergi sana. Tunggu giliran. Panggil nama untuk timbang. Kemudian dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Doktor tanya ada masalah apa tak semasa pakai implanon? Jerawat atau naik berat badan? Tiada satu pun masalah pakai implanon ni. Paling best pakai. Doktor minta jururawat untuk meletak

Aku Suka Dia

Assalamualaikum. I am in relationship with someone! Sesungguhnya, pada mulanya kami kenal, aku rasa ni jenis tak boleh pakai. Tapi aku suka dia sebab dia sempoi dan ada aura positif. Dari situ, lama-lama aku kenal dia. Paling best bila aku dekat dengan dia. Aku uji dia. Dia pula jenis kuat cemburu. Dia ni jenis kuat terasa. Tak boleh aku kasar atau tolak dia, sentap tu sampai merajuk-merajuk bagai. Tapi paling aku tak tahan, dia merajuk sampai buat tak tak macam tak kenal aku bila selisih dan tarik muka. Terasa gila aku. Mesej-mesej aku dan call-call aku langsung dia tak endah.. Jenuh juga la pujuk dia. Sepagi kot. Kemudian, aku tinggalkan dia jap. Biar dia redha merajuk dulu. Petang tu, aku contact dia balik. Alhamdu lillah, dia dah ok. Sebenarnya, dia ni jenis nak orang ikut cakap dia. Aku pula lain sikit. Aku tak macam anak-anak buah (staf) dia yang ikut saja cakap dia. Aku melawan kalau benda tu tak ok. Aku pernah tinggi suara dengan dia depan staf dia. Aku pernah tampar dia

Percutianku Kuantan-Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Aku baru balik dari bercuti. Aku pusing-pusing Kuantan dan duduk tengah-tengah Kuala Lumpur. Aku duduk di Petaling Streets. Ya, tempat tumpuan pelancong tu. Aku sempat juga meronda dan melawat beberapa tempat seperti Warisan Walk yang menempatkan Culture Market (Pasar Budaya), dan Pudu Sentral. Tesco Ampang. Giants Wangsamaju. Gambar tak banyak yang aku ambil kerana aku sorang saja yang bercuti. Kawan-kawan aku, semuanya bekerja. Jadi, aku agak segan nak ambil gambar. Bila balik ni baru rasa ruginya aku tak ambil gambar bila tengok gambar-gambar yang aku ambil tu aku rasa ada 'moment yang indah'. Jom layan gambar. Ini ruang dalam dia. Ada TV siap astro. Ada wifi. Tapi dah ada wifi handphone, jadi tak perlu guna wifi percuma yang lain. Cermin yang best. Siap ada lampu solek. Ada electric kettle (jar elektrik), cawan, air mineral, nescafe, teh, gula dan creamer. bawah tv tu ada fridge (peti sejuk). biru tu bakul sampah. Tepi kanan tu kerusi solek. Pin

Blogger Datang Sembah Balik, WTHelicopter

Blogger datang sembah. What should i say? Ini adalah sebuah kisah yang benar dan rekaan juga supaya suspek tidak merasakan aku sedang bercakap mengenai dirinya. Hahaha~ Terus terang, aku cakap, aku tak punya sesiapa dalam dunia blogging ni. Maksudnya, masa mula-mula aku nak kenal benar-benar apa itu blog dan blogging. Tak ada sesiapa. Aku belajar dan explore sendiri. Agak susahlah sebab tutorial pun tak ada. Ada juga beberapa rakan-rakanku terlibat dalam dunia blog ni. Tapi, masa aku minta tolong ajarkan blog, langsung tak dipandang, ok. Ye la, aku kan masih merangkak dan tak tahu apa sangat dalam blogging ni. Follower ada pun sorang, aku sendiri (haha) sedangkan mereka sudah ada beratus-ratus follower. Tambahan pula, mereka cemburu jika aku berjaya bergelar blogger berbanding dirinya. Aish, apa la manusia ni! Masa aku sudah kenal sikit-sikit cara nak post entri, nak daftar Nuffnang , aku ajak adik-adik yang menjadi peneman setiaku untuk turut membuat blog. Hasilnya ada juga ya

Kisah Lelaki Kawan Baikku (1)

Kawan lelaki aku tu boleh tahan kacaknya macam mamat Korea ni juga. =) Assalamualaikum. Aku tak tahu bagaimana harus mulakan ayat dan bercerita. Ikut je la k. Aku jenis sempoi-jenis reti kawan dengan lelaki. Kadang-kadang aku terlupa yang aku ni perempuan. Haha, dah teruk krisis identiti. Tapi jap je aku terlupa diri bila dengan kawan-kawan lelaki aku (ayat cover). So, sape nak kawan dengan aku, dialu-alukan =) Aku nak kongsikan kisah kawan-kawan lelaki aku. Erk, macam jahat plak aku ni. Pada aku, mungkin aku dah terbiasa ada kawan lelaki, dah tak rasa janggal. (Tolong tegur aku, kalau aku salah). Aku ada seorang kawan lelaki. Aku rapat dengan dia. Masalah dia ada dalam poket aku. Aku kenal dia macam mana. Walaupun dia macam agak teruk dengan orang lain tapi dengan aku dia baik. Ramai kawan-kawan aku duk kutuk dia. Tapi aku bantah dan mempertahankan dia sebab aku kenal dia. Aku boleh faham dia. Kadang-kala aku rasa dia macam adik lelaki kesayanganku (sorang je adik lelakiku)

Semoga Berbahagia di Sana, Ya

Comel saja, Adik Kecik tidur atas sejadah pada 7hb November, Hari Raya Haji kedua Assalamualaikum. Aku nak cerita pasal kucing. Aku tahu cerita ini memang orang akan kutuk. Ah, lantak la.. Malam tadi, aku dah rasa pening kepala. Pukul 3 pagi, aku mohon undur diri daripada kawan-kawan aku. Aku masuk bilik nak tidur. 3.30 am tetiba rasa badan sangat lemah. Ah, aku kena makan. Mungkin lemah sebab aku skip makan siang tadi. Dalam duk fikir, kalau aku tidur sebab terlalu mengantuk ni, dapatkah tubuh aku memberi aku tenaga untuk beberapa jam lagi sedangkan ianya tak ada? Non sense je kan. Jadi, aku ambik keputusan untuk makan. Pergi dapur dan selongkar apa yang ada. 3.40 am layan lagu dan surah yang ada dalam handphone kesayanganku ini. Tetiba teringat pada anak kucing yang baru meninggal. Aku diserang kesedihan. Mutiara jernih dah membasahi pipi. 4.15 am Mula-mula malas la nak tengok dia. Kemudian tetiba rasa nak sangat tengok Adik Kecik (anak kucing yang mati), takut menyesal na

Telefon Bimbit dari Dulu-dulu sampai Sekarang

Asslamualaikum. Entri ni, aku nak bercerita pasal telefon bimbit. Telefon bimbit, apa yang korang tahu pasalnya? Meh aku huraikan sikit apa yang aku tahu pasal telefon bimbit ni. 1. Orang selesa panggil handphone, tak pun handset. 2. Biasanya tulis hp je sebagai short form. 3. Hp dulu-dulu besar, sekarang ni ada besar juga tapi tak berat. 4. Pihak kementerian pendidikan negara sudah banyak kali membincangkan isu membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Mula-mula, tak boleh, kemudian boleh. Lepas tu tak boleh, lepas tu boleh pula. Sekarang ni? Sketsa pasal hp Awal 1990-an -Besar gedabak. No masa tu 010. "Apa yang ko usung, tu Jibam?" "Oo, ini handphone." Boboy: Wei, penat la main bola ni. Jom minum air. Srroot, sroott. Sin Chan: Kelas ko Jah, bekas air ko tu bentuk handphone. Boboy: Well, well west.. Bangganya aku tak terkata. Awal 2000-an Nokia 3310 diperkenalkan dan mendapat perhatian di kalangan masyarkat dunia. Banya

contest "my photoshoot"

Assalamualaikum. Jom join contest Risya. Syarat-syarat contest: follow blog Risya -done   letak banner di atas dalam entry anda - done letakkan satu photoshoot anda- done dan nyatakan lokasi picture tersebut - Depan jam besar, Dewan Muadzam Shah (D.Mas), Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah tag 3 org rakan Peyan   Pendamba Mawar   Ana   Sape yang nak join, klik banner atau klik link ini farisya   Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Terkejut dengan Pemergianmu

Assalamualaikum. Selamat hari raya. Terkejut aku hari ni apabila mendapat perkhabaran buruk daripada adik-adik kesayanganku di UUM, bebudak persatuan. Pesanan yang dibawa adalah Mantap YDP PSSCM UUM, Sallehudin Mat Lazim telah kembali ke rahmatullah. Ya ALLAH, patut la aku rasa lain je bila nak dia komen dalam group fb PSSCM UUM, bebaru ni. Tapi, aku tak tegur. Tak percaya Malam tadi, aku sudah mahu melelapkan mata sebentar akibat tak tahan sakit kepala (sedih sebab kehilangan arwah juga). Tapi bila dengar berita Buletin TV3 -kemalangan dan nama yang disebut adalah rakanku, aku terus bangun dari katil dan cakap, "kawan aku tu," sampaikan kakakku berasa hairan, tetiba saja aku keluar bilik dan cakap macam tu. Aku tak maklumkan pada dia tapi aku bagitau pada adik-adikku. Diorang faham la bila aku sebut "kawan aku tu". Kakakku yang kehairanan bertanya, "ye ke mati?" "Ye la." "Sallehudin tu kawan ko ke?' "Ya. Memang kawa

Nada dan Lenggok Nazam adalah Sama dengan Kalamun

Kecik-kecik dulu, mesti kita biasa main biji getah ni kan? Assalamualaikum. Entri persatuan dan memori. Aku baru perasan yang nada dan lenggok nazam adalah sama dengan kalamun. Nazam? Kalamun? Aku pasti ramai yang tak tau pasal kedua-dua term di atas ni kan? Nak aku bagi penerangan apa yang aku tau atau nak aku googlekan dan terangkan pada korang? Aku terangkanlah. Aku mula mengenali nama nazam apabila ada penyanyi buat lagu tajuk Nazam Aidilfitri. Kemudian kat sekolah, aku ada belajar Komsas (komponen sastera). Ada cikgu Bahasa Melayu sebut pasal nazam ni tapi tak tau pun apa itu sebenarnya nazam. Aku kan lepak rumah kakakku di Melaka pada bulan Julai lalu. Maka aku la tempat untuk kakakku bercerita. Takkan nak cerita pada anak dia yang berumur empat tahun kot. Ceritakan boleh tapi tak kan dapat proses berfikir yang lengkap. Hehe~   Kakak ada menghadiri kursus pasal prosa klasik. Dia didedahkan dengan segala prosa klasik yang didendangkan. Contohnya syair, gu

Open Tracker