Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pesanan

Hormati Guru, Jaga Adab : Saya Guru Disiplin Yang Dilantik ...

Hormati guru, jaga adab Saya guru disiplin yang dilantik secara rasmi mulai tahun ini. Setakat 6 bulan persekolahan, memang selalu sangat berjumpa ibubapa yang sangat defensive dan sentiasa memenangkan anak-anak mereka. "Cikgu salah. Anak saya baik. Saya kenal anak saya bagaimana." Ramai ibubapa tak faham atau saja-saja buat tak faham, mungkin. Sesetengah anak ni, depan ibubapa sikapnya lain. Di sekolah keluar taring. At least janganlah kata kat cikgu yang cikgu ni menipu atau cikgu saja nak kenakan anak dia. Apa, kau ingat anak kau terpaling bagus, terpaling hebat sampai cikgu tak ada kerja lain nak kenakan anak kau saja? Ini bukan drama sendu pukul 7 petang. Teachers come to school to teach. Saya sendiri ada 32 waktu seminggu, 8 kelas nak diajar. Form 1 Sejarah ada 8 bab. Form 2 Sejarah ada 10 bab. Saya tak ada masa untuk berdrama. Masa saya suntuk dan saya mahu gunakan masa saya sepenuhnya untuk MENGAJAR. Bukan untuk uruskan kes disiplin semata-mata. Saya ucapkan takziah b

Plak Kariers Gigi Bertindan-tindan?

Floss untuk elak plak kariers gigi Plak kariers gigi bertindan-tindan? Selama ni Sha nampak dalam media sosial sahaja. Sekali, nampak kat surau. Dia kawan 1 bahagian. Bahagian ni amat besar. Sha jarang-jarang dapat berhubung dengan dia. Sha terfikir, eh berapa lama ya dia x pergi cuci gigi? Atau tak pernah langsung jumpa dentist untuk cuci gigi. Oh My God! Gigi Sha pun x berapa elok dan penjagaan pun kurang juga. Tapi tak la sampai Sha nak biarkan plak melekat2 dan bertindih-tindih macam tu. Itu dah tahap kena scaling . Tak dapat nak bantu guna tali floss lagi. Sha ni pun baru kenal tali floss gigi tu masa tahun 2021, masa tu lepas cuci gigi. Doktor sarankan floss gigi selepas makan dan gosok gigi. Gosok gig sahaja tidak dapat membantu sangat untuk capai celah-celah yang sempit. Maka, Sha mintakan suami belikan floss. Dia beli yang tali. Kena pandai ukur nak potong bagi sesuai untuk floss. Sebab kita nak pegang tali tu bagi cekang, baru boleh buat. Tali tu panjang. Kalau tak silap Sha,

Tips Cara-cara Menjadi Pegawai Terbaik di Tempat Kerja Baru

Sifat sombong pegawai Sha nak kongsikan antara tips cara-cara menjadi pegawai terbaik di tempat kerja baru. Supaya tidak digelar pegawai sombong dan dibenci oleh bawahan. Sha share dahulu ya, tiada masa untuk rungkaikan satu persatu atau susun elok-elok. SOALAN Tips how to be a good leader ( Pegawai) sebab saya tak nak disebabkan pangkat ni kita rasa kita hebat, lebih baik atau sombong dengan orang lain sebab saya tahu sesungguhnya pangkat atau darjat itu hanyalah sementara & bila2 Allah boleh tarik balik. Jadi, give me some tips ya. ~ Tips survive kat tmpt baru. ~ Tips deal dgn anak buah yang jauh lebih tua dari kita. ~ Tips on how to be a good leader. ~ Tips memberi arahan dan sebagainya. Thank you. Sedia berkhidmat untuk negara 1. Tahniah dan welcome on board as penjawat awam. 2. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya… Jangan sombong. Jika tak tahu, bertanya. Rajin² belajar walau dengan gred paling rendah sekalipun. Mereka lebih banyak pengalaman dan ilmu. 3.  Must be a fast l

Faktor Gigi Cepat Rosak Ketika..

gigi rosak jika... Faktor usia bukan penentu gigi cepat rosak. Kalau gigi itu kotor, akan rosaklah gigi tersebut. Berus gigi hari-hari tetapi tidak bersih sepenuhnya tetap akan membuatkan gigi berisiko mengalami kerosakan.   Contoh kes: Ya, dalam pantang aku tak dan nak cara ke gigi ke apa. Akhirnya, gigi belakang rosak. Sekejap sahaja, dalam masa 4 bulan gigi rosak. Kisahnya, masa dalam pantang dan selepas pantang, tidak sempat jaga diri sendiri. Sibuk menjaga baby. Lepas tu, asyik makan cocojar sahaja.  Baru cabut gigi rosak tu pada tahun ini. Tidak sakit pun. Sampai balik rumah pun tidak sakit. Mungkin juga disebabkan sudah lama rosak.  Cara untuk memastikan gigi betul-betul bersih 1. Perlu berus atau meggosok gigi dengan teknik yang betul 2 kali sehari 2. Floss sekali setiap hari Jika tiada floss, Sha ada mendapat nasihat dari dentist, perlu gosok gigi tanpa ubat gigi selepas makan. Jangan gunakan ubat gigi selepas makan kerana ada tindakan balas kimia di dalam mulut untuk menghanc

Sebab Booster Vaksin Covid 19 ...

Sebab booster Covid 19 yang kecoh di media sosial Malaysia. Masa booster pada pertengahan bulan Oktober 2021 untuk frontliners dan mereka yang perlu didahului. Selepas golongan pertama ini selesai, ianya ditawarkan kepada golongan emas yakni 60an ke atas. Selepas itu, 40 tahun ke atas dan selebihnya ditawarkan kepada dewasa pada penghujung tahun 2021 iaitu bulan Disember. Satu lagi, dulu masa pertama tu dapat vaksin yang kurang berkesan. Jadi, dapat booster Astra Zanecca (AZ) dan Pfizer, badan bertindak balas, mulalah nak pengaruhi orang lain untuk tidak ambil booster. Eh, ko dah kenapa? Ko dah dapat  booster , dapat perlindungan, tapi tak bagi orang lain ambil vaksin. Nak hidup sorang-sorang ke kak?  Yes , Sha maklum, korang tak terfikir begitu pun. Korang cuma nasihat supaya orang lain tak perlu ambil  booster , nanti dapat  side effect  macam korang.  Ewah! Setiap badan tak sama tau. Ada yang teruk tu mungkin ada sakit lain. Kebanyakan yang dapat ni orang yang ada penyakit dalam bad

Sebab Perlu Nak Tak Nak Kena Ambil Juga Vaksin Covid-19 Kanak-kanak

Nak tak nak kena ambil juga vaksin Covid-19 untuk dewasa dan kanak-kanak. Duk sembang dengan kawan. Kita ni kalau boleh tak nak juga ambil vaksin tapi sebab kena sedar kita duk Kuala Lumpur (KL), kerja KL perlu ambil vaksin. Iyalah, segala jenis orang kita jumpa . Jaringan pengangkutan maju dan moden bersimpang siur.  Tak kata kat orang lain pun, Sha sendiri pun balik kampung naik flight. Telahlah orang lain yang lagi banyak duit, ke sana ke sini ke sana ke sini.  Baru-baru ni, cuti raya Cina (Tahun Baru Cina), highway sampai jem, pusat pelancongan sesak, banyak kenduri-kendara, family day dan reunion pelbagai hubungan. Semua berkumpul . Haa, orang kampun pun tak selamat sebab ada yang balik dari negeri lain, kan? Dah campur dengan ramai orang, ada la lekat virus durjana ni. Ianya mudah merebak pula. Satu lagi, kami takut long covid dan MIS-C , pengalaman dari orang terdekat kami. Paling meruntun hati, kami sangat terasa dengan kehilangan orang tersayang yang tak sempat nak ambil

Pengalaman Cara Buang Jarum Implanon Setelah Cukup Tiga Tahun

Cara buang implanon, inilah alat-alatnya. Bebaru ini, Sha ada mengunjungi hospital untuk temujanji membuang jarum implanon setelah cukup tiga tahun ditanam pada lengan kanan. Berikut merupakan pengalaman membuang jarum implanon setelah cukup tiga tahun. Sebelum nak pergi buang itu, terasa berdebar. Memikirkan sakit ke tak? Risau sangat kalau sakit. Ye la, nak ditoreh isi untuk dibuang benda rod besi plastik mengandungi hormon. Jadi, Sha pun google lah terlebih dahalu. Risau wei.. Ramai dan banyak yang Sha jumpa, cakap agak sakit. Hmmm, tapi Sha teringat pengalaman kawan-kawan Sha cakap tak sakit pun. Jadi, Sha berpegang kepada itulah. Appointment Sha pada 21 haribulan. Seawal pagi dah pergi sana. Tunggu giliran. Panggil nama untuk timbang. Kemudian dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Doktor tanya ada masalah apa tak semasa pakai implanon? Jerawat atau naik berat badan? Tiada satu pun masalah pakai implanon ni. Paling best pakai. Doktor minta jururawat untuk meletak

Sha Boleh Berjaya Dalam Biz

Ada seseorang memberi pesanan kepada Sha, petang tadi. "Sha, awak boleh berjaya dengan biz awak." Air mineral pun okay. Jangan berhenti. Teruskan. Pergi ke kawasan orang ramai. Kat tempat kerja pun okay. Sekarang ini Sha jual sarung bantal bundle. "Bundle pun okay. Akak tengok bundle orang iron elok2, lagi nampak smart. Nampak mahal. Sha, ko kena iron sarung bantal tu." Sha cuma iron sarung bantal yang Sha jual online. Kalau offline, Sha x iron. X larat nak iron, banyak kak. Sha baru ambil 2 guni sarung bantal. Banyak kak. Sampai penuh rumah Sha. Nak melipat pun belum habis lagi. "Tak pe Sha, ada rezeki tu. Usaha, pasti ada." Kalau Sha berhajat, Sha buat solat hajat. Baca surah Ayat Kursi 10x rakaat pertama dan kedua. Minta sungguh-sungguh. Macam si I tu, dia dah dapat kerja bagus, dekat dengan rumah. Boleh balik rumah tengahari lagi, jenguk mak dia. Kalau masa hujan lebat, lagi patut buat solat hajat. Minta rezeki yang banyak seperti hujan lebat

Bayarlah PTPTN Walaupun Kita Bukan Orang Kaya

Duit tak boleh beli segalanya. Tapi  segalanya memerlukan duit Siapa yang belum pernah bayar lagi hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN)? Silalah bayar. Kalau tidak, lagi banyak anak-anak yang diberanakkan. Contohnya, Sha pinjam RM8,000. Tapi tak bayar (bukan tak nak bayar, tapi kewangan tidak mengizinkan dan ada sebab teknikal sikit). Tau berapa dia naik? RM300 lebih tau walaupun sebulan hanya RM6.60 macam tu sahaja dia punya interest, faedah, bunga. Sha orang kaya? Tak la. Sha biasa-biasa sahaja. Orang kata miskin bandar. Ya, miskin bandar dengan gaji isi rumah (gaji Sha + gaji suami) bernilai RM3000 lebih sikit-sikit. (Eh, korang dah minta belum BRIM? Boleh dah update ya).  Tapi kena ingat, duk rumah sewa RM700 sebulan (kami kongsi bayar) dan bayar upah asuh anak RM400 (RM350 + OT lebih masa), susu 6 kotak (RM40/kotak = RM240), pampers RM40 X 3 pack = RM120. Minyak kenderaan RM150. Pinjaman peribadi RM400. Kutu RM300 (Sha RM100, Izhar RM200). PTPTN RM209. I

Apa Kesudahan Hidup Kita

Apa kesudahan hidup kita.. Satu pertanyaan yang membuatkan kita juga boleh terdiam dan berfikir. Siapakah kita? Cukup baikkah kita? Cukupkah amalan baik kita untuk bawa kita ke syurga? Pada aku pula, untuk apa aku kutuk mahupun maki dia? Dia tak ada buat salah kat aku. Yang pasal dia teruk, itu hal dia dengan Tuhan. Dengan aku, dia ok, dia baik. Tadi  ada seorang 'kawan lama' datang jumpa aku. Dia kata walau pun dia teruk tapi aku tak pernah kutuk, maki-maki dia. Dia kata, se;ama ini, aku senyum dan diam saja tanpa kata apa-apa yang boleh menyakitkn hati dan perasaan dia. Itu kata dia. Untuk makluman, kawan aku ini seorang yang hmm.. orang kata sampah masyarakat. Dia seorang kaki mabuk, kaki dadah, dan lain-lain lagi. Selalu nampak terbaring kat tepi kaki lima kedai sebab high dadah atau mabuk. Tidur terbaring, beb. Tak sedar diri, tak sedar orang lalu lalang. Tak sedar matahari cucuk mata. Kalau korang boleh ke nak sucikan hati tak kata atau umpat mahupun kutuk kat

Pengalaman Bersalin Sha di Hospital Angkatan Tentera

Baby Sha, hari kedua lahir Sha nak cerita pasal pengalaman bersalin. Sebenarnya memang dah lama nak cerita, sejak Sha lalui pengalaman tersebut. Namun, rasa nantilah, nanti lah, nak ambil feels dulu. Nak penceritaan yang menarik dan best. Sebab cerita ini ada sesuatu. Dan ada juga rasa patah hati pada orang yang merendah-rendahkan kita. Ye la, kita bersalin kat hospital kerajaan. Dia bersalin kat hospital swasta, berbayar RM10 ribu, k. Ko hado? Nan hado.. Hihi. Sha tunggu suasana redha dulu baru nak cerita. Selain itu, faktor yang Sha nak cerita juga sebab bebaru ni, Sha dah terlupa nama Brig Jen Dato' Lecmi.. Aduh. Sha risau terlupa semua nanti. It's very precious moment that u cant forget. But, if i am forget, how terrible my memory. That's why i want to jot down  here and elaborate then. Okay. Sebelum itu, korang boleh baca dulu sebab kenapa Sha nak bersalin di Hospital Angkatan Tentera. dan pengalaman buat check up di hospital tersebut . Sha masukkan apa

Pakaian yang Sesuai untuk ke Rumah Terbuka Raya Aidil Fitri

Baju kurung sopan gila kalau pakai Pakaian yang sesuai untuk ke rumah terbuka Raya Aidil Fitri perlulah diambil berat. Kalau tidak, ia akan menjatuhkan imej dan air muka kita. Orang kata kita tak tahu adress code! Pakaian apa yang perlu dipakai? Pertamanya mestilah sopan. keduanya kalau dapat penuhi tema lagilah sempoi. 1. Pakaian tradisional Seeloknya kalau Rumah Terbuka Aidil Fitri, kenalah pakai pakaian tradisional Melayu. Jangan pula tetiba kau pakai pakaian tradisional orang Dutch. Ha, itu dah pelik. Pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, teluk belanga, cekak musang, kebaya, kebarung, kain batik, kain palikat, dan sebagainya. 2. Pakaian yang sopan Jubah, abaya, kemeja, blaus, cardigan, skirt labuh dan sebagainya pakaian yang sopan, bukannya yang seksi-meksi kepsi ya. Hehe~ 3. Kasut Terpulanglah, janji sesuai. Sneakers? Boleh. Tapi untuk lelaki lah. Kalau perempuan, simpan untuk dipakai pada acara lain ya. Untuk majlis Rumah Terbuka, tak payah lah ye. Caril

Pasaraya Buat Hal Dengan Khidmat Pelanggan

      Bebaru ni, aku ada pergi ke sebuah pasaraya yang terkenal dengan harga murah di tempat tinggal aku sekarang ini, Wangsa Maju. Tetiba, aku terpaksa berurusan dengan pegawai bahagian khidmat pelanggan atau lebih glamour disebut customer service.   Kesnya, aku beli barang RM46.90 tapi disuruh bayar RM54.90. Mula-mula, Tanya berapa sen sebab ingat nak bagi saja duit syiling sebab dengar ada sebut 4. Ingat 40 sen tapi 90 sen. Dah banyak, tak jadi nak bagi syiling. Hulurkan note RM50. Tapi, dia tak proceed. Eh, kenapa?  "RM54.90." jawab jurujual itu. "Eh, saya tengok tadi RM46.90," tegas aku. "Tapi kat sini tulis RM54.90," ujar jurujual sambil tunjuk ke arah skrin komputer. “Tapi saya tengok tadi harganya, RM46.90.” Memang aku tak puas hati sebab aku bukannya banyak duit. Dah la lama juga aku ‘lepak’ depan tu sebab nak pilih yang 6 pcs atau 12 pcs. Selepas rasa puas hati dengan harga yang 12pcs tu, sebaba bawah 50 ringgit, barulah ak

Waktu Solat Sunat Dhuha

Waktu solat-solat yang lain kita tahu bila waktunya dengan mendengar muazin melaungkan azan, melihat takwim solat atau mengira panjang pendeknya kedudukan matahari . Waktu solat dhuha ramai yang ingin tahu bilakah masa yang sesuai melaksanakannya. Okay, katakanlah waktu syuruk itu pada pukul 7.00 pagi . Waktu dhuha bermula selepas 28 minit habis waktu syuruk. Jadi, 28 minit selepas pukul 7.00 pagi ialah 7.28 pagi. Itu adalah andaian kalau waktu syuruknya pada pukul 7.00 pagi. Setiap tiga hari sekali, waktu biasanya akan berubah. Jadi, rujuk takwim solat bilakah waktu syuruk dan tambahkan 28 minit ya. Waktu yang disarankan dan paling afdhal ialah pada pukul 9.30 pagi iaitu matahari tinggi segalah (tujuh ke lapan hasta). Dari 9.30 pagi ke 10.30 pagi macam tu. Kalau mula awal 8.00 pagi-9.30 atau 10 pagi sudah habis waktu dhuha. Tujuan buat solat sunat dhuha ialah untuk meminta kepada ALLAH supaya memurahkan rezeki kita . Ya, commonly, orang buat solat ni sebab nak rezeki m

Open Tracker