Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sajakku

Sayang, Tetaplah Bersamaku

Sayangku Tetaplah bersamaku Walau apa pun yang berlaku. Kadang-kadang aku berteleku Di hujung waktu Mengenang masa-masa dahulu Hanya engkau dan aku Ke mana sahaja kita berlalu Sehinggalah kita disatu Atas satu kalimah merdu Bersaksikan imam engkau setuju Mengahwini aku.. Setiap senyummu, pengikat rindu di hatiku.  Terima kasih singgah sini

Memori Cinta Luka

Mengimbau pengalaman berdarah satu tahun 2 bulan yang lalu Pengalaman Sukar dilupai Tak mungkin dilupakan Tapi kalau memori kurang Tertinggal jua Memori cinta luka Yang tidak sama sekian orang Saat genting Umpama telur di hujung tanduk Bagai nyawa-nyawa ikan antara hidup dan mati Lambat, mati Cepat, bersambung nyawa.. Memori cinta luka Nukilan, Sha, Wangsa Maju 6 Oktober 2017

Sajak Bukan Milik Kita

Jalan yang terbentang di hadapan, bukan lagi milik kita berdua. Kau harus redha. Kini, kita bawa jalan yang berbeza. Sampai Tuhan temukan kita lagi. Dan pada masa itu, kita juga tidak dapat bersatu jua. Yakinilah semuanya Tuhan sudah atur. ‪#‎ pesananUntukDiriSendiri‬ Terima kasih untuk awak yang pernah singgah dalam hidup saya. Moga rindu ini hilang dipuput bayu musim kemarau..

Sajak: Bintang, Aku Akan Menggapaimu

               I Ku pandang di atas awan kulihat bintang melambai.. kuhulur tangan menggapai  tetapi tiada sampai.. Ku tahu bintang menunggu  namun apalah dayaku.. ku hanya mampu meratap di dalam ratapan sayu... Bintang, jangan kau bersedih bintang, jangan kau menangis.. tiada mampu ku ke sana walau telah direncana.. Bintang, kau tinggi di atas ku duduk rendah di bawah.. hidup mu berteman bulan bukan insan keseorangan..               II Bintang jangan kau terus bergini.. nanti malam mu tiada berseri.. kita akan tetap bersama untuk selamanya.. cuma... lain suasana..              III Meskipun mustahil untuk aku memilikimu, tapi aku tetap dapat melihatmu di kejauhan.. oh BINTANG...              IV Kau ibarat bintang di langit.. hanya boleh dipandang dan tidak mungkin digapai atau dimiliki.. Tetapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk memilikimu.. Nukilan: Ishan 20 dan 21 Januari 2014 Puisi ini adalah nukilan kawanku, I

Bila kan Bertemu

Andai itu takdirnya bila kan bertemu terpisah jua walau beribu usaha mencapainya Andai itu takdirnya bila ia bertemu yang telah ditetapkan pada suatu masa. Andai itu takdirnya bila ia sudah bertemu ia mengambil masa untuk saling mengenal. Andai itu takdirnya bila ia sudah mengenal ia akan mencari kosa kata untuk serasi. Andai itu takdirnya bila ia sudah serasi ia akan membuahkan bahagia. Sha, No 98, Kg Bukit Larek, Kedah. 3 Jun 2012.

Ku Lihat Bintang

Assalamualaikum. Jom baca: Ku lihat bintang, bintang sirna dek kesiangan dan terangnya cahaya mentari ku lihat bulan, bulan hilang dek balik awan yang menelan bayangnya Ku lihat embun, embun semakin mengecil dek bahang suria pagi Ku rasa deru bayu menyapa ke mukaku Ku rasa titisan air hujan menerjah ke kepalaku Betapa indahnya ciptaan Tuhan. Subhanallah. 2.32 pm 28 November 2011 P/s: Ada masalah dalam famili besar arwah Tok Wan. Aku 'pusing' juga memikirkannya. Malu, ya juga. P/s: mak ayah dah nak balik dari Mekah, oyeah~ =) Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk Kamu

Assalamualaikum... Entri peribadi. Selamat ulang tahun kelahiran untuk kamu. Aku tak jumpa kamu di mukabuku. Tapi aku masih ingat akan kamu. Sedikit pun tidak ku lupa. Selamat ulang tahun kelahiran untuk kamu. Semoga tahun yang mendatang ini akan lebih mematangkan kamu. Semoga kamu akan terus bahagia dan membahagiakan. Semoga kamu terus sukses. Terima kasih kepadamu kerana sudi hadir dan singgah di hatiku. Walau sebentar cuma. Untuk kali ini aku berharap kamu masih melawat blog aku kamu membaca entri ini kerana aku tidak jumpa tika mencarimu. Atas apa yang terjadi, aku tidak salahkan kamu kamu berhak ke atas diri kamu dan aku masih menanti kalau-kalau ada ruang dan peluang walau sudah berkali-kali kamu katakan padaku bahawa semuanya sudah berakhir. Ia berakhir bagimu tetapi tidak bagiku aku akan tunggu sedikit masa lagi kalau kamu mahu cari aku di sini aku tidak ke mana-mana setiaku pertahankan. Selamat ulang tahun waha

Hati Ini ‘Kuat’ Kepadamu

Assalamualaikum... Entri sajakku. Hati ini ‘kuat’ kepadamu -“mainan syaitan saja tu” kata-katamu itu masih lagi melekat di dadaku ada benarnya ayatmu mungkin banyak syaitan yang bertenggek di kepala aku ni Kadang kala aku dipuput angin rindu tapi untuk ku rembeskan kepadamu, sia-sia. Terkadang, telepati menjengah gegendang telingaku “Abang rindu Sha,” acap. Aku tak tahu siapakah dia cuma aku yakin dialah bakal suamiku pemilik tulang kiri yang bengkok ini. Aku cuma ada hati yang masih kuat ingat kepadamu Aku sudah berjaya melupaimu tapi kadang-kala aku menangis merinduimu! Sha, 5:01 pm Kedah. P/s: Kalaulah dia baca.. Tapi dia tak akan baca. Siapalah aku untuk singgah di hatinya. Aku tak ada tempat.  Kau baca kau akan faham. Tapi fahamkah kau? P/s/s: Kepala mereng. Layan je la. Haha~ Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Te

Sepucuk Surat Kepada Aidilfitri

Assalamualaikum... Entri perkongsian. Ke hadapan Aidilfitri yang kunantikan semoga berada dalam keadaan sihat walafiat tatkala aku kirimkan surat ini aku duduk berkhalwat dalam kerendahan hati mencungkil kasmaran meninta pada sehelai kertas kesucian. Kupanjatkan doa kesyukuran pada Maha Pencipta menemukanku dengan Aidilfitrimu dalam hening dalam bening yang aman daripada peperangan bebas daripada pencerobohan. Kekasihku Aidilfitri pertemuan kita kali ini dalam dua sambutan temasya Merdeka Raya yang menuntut kita berjihad bebas dari segala dosa dekatkan diri dengan Maha Pencipta luruh segala persengketaan moga ikatan silaturahim menjamin kelestarian umat. Ya Aidilfitri kumunajat pada Maha Pencipta ini bukan titik penamat tapi permulaan kepulanganmu sangat dinanti membawa bunga-bunga kemaafan Akhir kata Selamat Hari Raya dan Salam Merdeka. Mohd Helmi Ahmad Titi Padang Jambu, Alor Setar. dalam Sanggar Kreatif, Rona, Berita Harian. Dah lama memb

Lebih Baik Diam daripada Berkata-kata

Assalamualaikum... Entri hati dan sajakku. Lebih baik diam daripada berkata-kata kalau berkata-kata itu lebih membawa sengsara Lebih baik diam daripada bertindak apa-apa kalau bertindak apa-apa itu lebih membawa derita Lebih baik diam daripada bergerak ke mana-mana kerana bergerak ke mana-mana itu lebih membawa seksa Lebih baik tak up entri daripada up date kerana up date itu lebih membawa balah Aku menulis dari hati Menulis bukan kerana nama, tapi kerana kita sama-sama berkawan, sama-sama berpesan. Sha, 16:17, 15 Ramadhan 1432 H Kedah. P/s: Tertanya-tanya, adakah mereka terasa dengan kata-kataku? Huluran tangan memohon sejuta kemaafan. Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Istana Pasir Yang Runtuh, Aku Sedih!

Assalamualaikum... Aku nak kongsi dengan korang sebuah sajak. Fresh dari ladang.. Istana pasir.. desir angin dan deruan ombak menyapa pipi pantai menjengah istana pasir Runtuh robek isi istana pasir pedih sedih Adakah boleh dibina semula secantik dan sama seperti sebelumnya? Kau kata ianya takkan terjadi dan biarkan ianya terkubur aku kesal.. kenangan menggamit memori namun untuk kembali tiada jalan pulang pabila istana pasir disapa ombak. Sha, 1.59 am 6hb Ogos 2011 Kedah. P/s: Aku sedih. Semua tu tak akan muncul kembali.. Ingin ku berlari namun kakiku terikat. P/s/s: I am officially single (hehe~ tiru ayat ex-financee Ally). Ada sesape nak ngorat i tak? Auuw.. Haha~ Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ku Lepaskan Kau Pergi Dan Aku Mohon Undur Diri

Assalamualaikum... Entri peribadi. Aku tahu aku bukan sesiapa Aku sedar aku bukan di hatimu di hatimu cuma ada dia Cukuplah dari menghubungiku kerana nanti aku akann terperdaya dengan kata-kata manismu manis bak madu madu ataukah racun? Cukuplah dari terus melayaniku baik Tanam tebu di pinggir bibir aku yang daif terperangkap dalam mainan katamu. Kau sibuk? Itu bukan alasannya kau sakit? itu bukan dalihnya.. Tak apa, aku faham aku berikan kau ruang dan waktu mencari diri kau sendiri apa mahumu apa keperluanmu apa kehendakmu Dan aku akan pergi jauh darimu kerana aku bukan untukmu pergilah kepada dia yang kau dambakan selalu bukan aku kerana aku bukan sesiapa bagimu Terima kasih kerana memberikanku kesempatan untuk bermimpi izinkan aku pergi membawa diri mencari cinta suci cinta sejati Nukilan lubuk hati, Sha 3.10 am 24 Julai 2011 Melaka. Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is won

Rentetan Kasih : Catatan Telefonku

Assalamualaikum... Entri peribadi. Sekadar meluahkan sesuatu di sini.. 28 Jun Malaikat kecil. Semakin dekat dia dengan diriku. Tetapi kenapa aku pilihannya? Biar apa pun, kau perlu sedar diri Sha.. Mak cik, marah tak panggil mak cik? tak ada la, biasa sahaja. 30 Jun Rasa sayang dia pula. Aduyai, kenapa pula ni? Mimpi bukan-bukan tapi rasa dia ada di hati. Malam tadi tengok cerita sedih, nangis-nangis tapi tak rasa sedih sangat sebab rasa dia ada di hati. Risau bila dia demam. Rasa aku pun tak larat. Kenapa ek?

Pabila Sunyi Melanda Diri

Assalamualaikum... Entri bersajak kembali lagi. Yuhoo! Haha~ Jom layan sajak ni dulu.. Aku rasa sunyi Aku rasa sepi tiada lagi teman di sisi siapa yang akan temani aku lagi?

Sedih, Sajak Terbaikku Blogger Makan..

Assalamualaikum... Korang tahu kan yang Blogger.com aka blogspot mempunyai masalah teknikal hari ni? Seharian kot tak boleh buka, maksud aku tak boleh nak sign in dan edit blog. Tengok saja yang boleh. Tapi, aku terkejut sebab entri semalam pasal sajak tu dah hilang. Sedih sebab ia memang karya aku. Dah tu pulak, ayatnya sedap (perasan) dan boleh la kalau aku nak jual. Er, ada sape-sape yang save tak sajak aku tu? Aku nak, boleh? Ini adalah antara gambar yang aku masukkan dan bait-bait sajak tersebut.

Kembalilah Sayang, Aku Menantimu..

Assalamualaikum... Minta maaf, entri peribadi.. Tak ada apa yang nak ku katakan padamu Andai sayangmu telah ke laut Andai rindumu tidak lagi menderu Maafkan aku andai aku tak bisa; Menjadi waja bak besi Menjadi kuat bak badang Menjadi tabah bak ombak mengukir pantai..    

Awak..(Part 8)

Assalamualaikum... Ruangan sajak kembali.. Cukup-cukup la awak.. Saya sudah tidak larat nak layan karenah awak Tak perlu nak rindu-rindu saya lagi Awak pergi lah hidup dengan dia Saya sudah bosan dengan awak..

Sebuah Bingkisan Buat Pelajar (PSSCM)

Assalamualaikum... Kepada Putera Puteri yang masih di sini (UUM), Jadilah anak murid... Patuh pada undang undang menurut segala peraturan hormat sesama insan elakkan persengketaan ketepikan segala perbalahan Belajar ke larut malam bertanya guru bertanya taulan makanan halal tunjang kekuatan riadah menjadi amalan elakkan sebarang pembaziran Buruk jadikan sempadan baik jadikan tauladan ibadah jangan ditingglkan bersama mengejar kecermerlangan...         Sumber: Adi Zulhusni, group fb PSSCM UUM. Terima sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Aku Bagai Tin Kosong

Assalamualaikum... Aku sedih Aku tak sangka Sungguh, aku tak sangka Rupa-rupanya aku masih belum kenal perangai manusia lagi Sungguh, aku rasa tertipu dan terkilan Sakit hati.. Mulai saat ini, aku tak mau kawan dengan dia lagi Aku betul-betul terkilan Aku rasa aku macam tin kosong yang buruk lagi berkarat Tak ada sape nak peduli disepak ke sana, sini..

Sajak Seorang Budak Afrika

Assalamualaikum... Let's learn English..  This poem was nominated for Best Poem of 2005, written by an African Kid ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- When I Born, I Black When I grow up, I Black When I go in sun, I Black When I sick, I Black, and When I die, I still Black

Open Tracker