Langkau ke kandungan utama

Catatan

Larangan Tidur dengan Tengkurap

Assalamualaikum... Dah lewat malam ni, mata pun dah kantuk ye tak, teman-temanku? Maka, aku ambik inisiatif dan berfikir eloklah aku postkan entri ini. Cara tidur yang diajar Nabi s.a.w. Mengapa Tidak Boleh Tidur TENGKURAP dan Kenapa Mesti Tidur posisi Miring Kekanan?? Larangan Tidur dengan Tengkurap (Meniarap) Dari Thakhfah Al-Ghifari r.a, salah seorang di antara ash-habush shuffah (para sahabat yang tinggal di Masjid Nabawi) berkata: “Aku tidur di masjid pada akhir malam, kemudian ada orang yang mendatangiku sedangkan aku tidur dengan posisi tengkurap dan berkata: “Bangunlah dari tengkurapmu, kerana tidur yang demikian adalah tidurnya orang-orang yang dimurkai Allah.”  Kemudian aku angkat kepalaku, maka ketika kulihat ia adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka akupun kemudian bangkit.”            ( HR. Al-Bukhari, dalam Al-Adab Al-Mufrad no. 1187, Ibnu Majah, no. 3723, Ahmad, no. 7981, At-Tirmidzi, no. 2768 dari hadits Abu Hurairah r.a)

Bangku Kosong - Sayangi Bumi Kita !

Assalamualaikum... Masuk segmen Bangku Kosong pula.. Segmen: Bangku Kosong - Sayangi Bumi Kita ! Tajuk: Bangku Kosong - Sayangi Bumi Kita ! Cadangkan usaha lain selain tutup lampu sejam bagi tujuan simbolik menyokong pemuliharaan alam sekitar dan bumi.

Kehilangan Ngeri Pendekar Utara..

Assalamualaikum... Jom baca lagi kisah kemalangan yang melibatkan sepupuku. Aku dah compilekan dari semua surat khabar yang aku baca. Berita semalam, semua ambik dari Bernama. Hari ni surat khabar dah berbeza tulis mengenai berita ini. Elak 'lembu besar' Oleh Mohamad Hussin dan Zuliaty Zulkiffli mohamad@hmetro.com.my ZIARAH...keluarga dan kenalan menziarahi jenazah Ahmad di Kampung Alor Rela, semalam. ALOR SETAR: “Saya ternampak seekor ‘lembu besar’ berwarna hitam melintas secara tiba-tiba. Saya cuba mengelak tapi gagal,” kata Rashidi Ahmad, pemandu van yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan lima guru silat di Jalan Titi Haji Idris, Pendang dekat sini, awal pagi semalam.

Open Tracker