Langkau ke kandungan utama

Catatan

Top 10 Blogger Sengal Zone !

Assalamualaikum... Kali ini setelah dipujuk rayu, maka aku pun tergerak la hati nak join segmen ni. Sebenarnya, dah lama aku tak join segmen atau contest. Aku copy jer dan letak kat draf..Rasa berat jer jejari nak menaip. Adoi.. Kalau korang nak join diri jadi sengal pun boleh. Jom, jom.. Top 10 Blogger Sengal Zone Mei !

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 25)]: Taman Berbunga Air Mata

BOHONGLAH kalau dikata bahawa mesej pesanan ringkas daripada Murni tidak mengganggunya. Raganya terusik tetapi disebabkan di hadapannya kini ada Amanda Sofea bersama Ajeerah, perasaan gusar itu terpaksa disembunyikan. Diketepikan seketika gundah yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Dialihkan perhatian pada kedua-dua anak gadis itu sebaik sahaja selesai membalas mesej Murni. "Maafkan cikgu," ujar Rania dengan senyuman yang ranum di bibir. Dibetulkan kedudukan sebelum direnung seketika wajah lembut Amanda Sofea sehingga anak gadis itu tersipu-sipu. "Sihat?" tanya Rania sepatah. Amanda Sofea angguk kepala seraya memandang Ajeerah. Dia duduk begitu dekat dengan Ajeerah seolah-olah setiap masa dia memerlukan temannya nan seorang itu. "Ajeerah kata dah dua minggu Amanda tak datang sekolah. Ada masalah besar. Betul ke?" <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2496918&Page=&Plu

KESILAPAN DALAM IBADAT&AMALAN AGAMA

Assalamualaikum... 1. SELALUNYA KETIKA KITA SEDANG BERPUASA SUNAT,APABILA ADA ORANG AJAK MAKAN KENDURI,KITA AKAN MENOLAK DENGAN ALASAN KITA SEDANG BERPUASA. Sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak? 2. RAMAI YANG MENGANGGAP ISLAM INI HANYA PADA IBADAT SAHAJA.HUKUM SOLAT,PUASA,HAJI DIJAGA SEPENUHNYA .  Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .      

Open Tracker