Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kad Raya vs Kad Kreatif-Pilih Mana?

 Assalamualaikum. Tadi buat kad kreatif. Lama rasanya tak buat kad kreatif ni. Dulu-dulu suka buat kad kreatif sempena birthday. Tapi hari ni aku buat kad kreatif sempena raya a.k.a kad raya. Haha~ Cantik tak? Pada aku cantik la. Ada ketupat daun kelapa, ada lemang, ada masjid. Korang dapat bayangkan tak? Teringat: aku dan roommate bersusah payah buat kad kreatif untuk diberikan kepada kawan kami yang berbangsa Tiong Hua, sempena Tahun Baru Cina. Cantik jugak kad tu. Hehe~ Puji diri. Dia pun sangat suka akan kad tersebut. Penat lelah kami buat kad tu rasa berbaloi sebab dihargai oleh tuan penerima. Penat kot, berjam-jam buat, cari idea, tampal-tampal. Siap ada tulisan cina lagi tau. Kami belajar tulis sendiri. Gigih tak? Hehe~ Aku lebih suka kad kreatif sebab lagi susah dan lagi nampak keikhlasan orang yang memberi. Sebab masa yang dia gunakan tu. Dia sanggup bersusah payah dan menghabiskan masa semata-mata nak buat kad untuk kita. Sape yang tak menghargai, aku tak tau la n

Tips Elak Nasi Berbau Hangit-Malu Pada Jiran-Jiran Seh

Assalamualaikum. Entri tips. Korang mesti pernah masak nasi hangit, kan? Aku pernah. Masa tu aku muda belia lagi. Aku paling tak suka tunggu nasi masak. Jadi, aku berjalan-jalan ke ruang tamu dan tengok TV. Akibatnya, nasi hangit. Haha~ Kenangan kot, beb. Sejak tu, aku mencari-cari apakah petua supaya masak nasi tak hangit. 1. Sabar Kalau tengah memasak, kena la duk kat dapur. Jangan gediks nak duk kat ruang lain. 2. Cuba petua ni Satu: Letakkan gelas berisi air dan masukkan di tengah-tengah nasi. Tutup tudung periuk. Tapi mak tak bagi buat macam ni, risau gelas pecah. Ada kaca, lagi bahaya. Maka, aku pun gunalah petua yang kedua ni: Ambik satu cili kering dan letak di atas nasi. Tutup tudung periuk. Bau hangit tu akan meresap dalam cili kering. Buang la cili tu. Itu sahaja petua dari aku yang tak pandai masak masakan orang Jerman. Haha~ Boleh baca resipi-resipi yang ada di blog ni. Sila klik pada label resipi ya. Jom komen sikit. Pernah tak korang

Kad Raya Untuk Kawan-Kawan Blogger-Nak Tak?

Assalamualaikum.. Entri pendek dan ringkas. Ingat nak buat kad raya la untuk kawan-kawan blogger. Ok tak? Hajat di hati memang nak kasi kad raya. Tapi minta maaf la, tak dapat memandangkan ekonomi sekadar kais pagi, makan waktu maghrib. Masalah tak terkais. Harap faham ye. Ada sesiapa nak tak? Tak ada duit tak best nak shopping pun. Setakat window shopping je la yang mampu. Bersyukur dengan apa yang ada. Pak cik kata nak bagi duit raya, still valid tak? Sedih. Tapi tak apa la. Redha.

Open Tracker