Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kad Kreatif Raya + Merdeka yang Cantik

Assalamualaikum. Pada raya kali ini, eh, selamat hari raya dan salam merdeka (tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan). Entri kali ini, entri bercerita ye, ada kronologi lagi. Ok, sambung balik, pada raya kali ini, beberapa orang blogger telah meng'IM' dan meminta alamatku untuk dihantar kad raya. Sungguhlah rasa terharu ada juga blogger yang ingat pada aku, blogger yang suam-suam kuku ni dan tahun ni dah kurang aktif  berblog dah. Ada juga bebudak group yang aku pernah jaga admin, minta alamat. Tapi malas nak kasi sebab takut tak terbalas. Bagi alamat kat bloggers ni sebab rasa kesian pula, orang dah minta, tak kasi pula. Kalau budak group okay lagi la, tak la rapat mana. Macam chipsmore. Tapi kalau bloggers, lain. Kalau dah menghilang, dah susah nak pujuk balik. Hehe~ Aku pun memang cadang nak balas balik pun pada diorang tapi hari-hari masih duk cari-cari masa nak lari jap cari kad raya tapi masih tak dapat keluar. Ada keluar pun kadang kala tak sempat

Paku-Paku Pula, Amenda Ni Rimas

Assalamualaikum. Korang kalau bercakap atau bertindak ada main paku-paku tak? Rimas lor ada jumpa orang macam ni. Kalau lelaki tak apa. Ni perempuan. Tak suka, tak suka.. Thought that girl is very annoying. Perempuan tak elok nak ada perangai dendam mendam ni. Tak sesuai dengan jiwa keibuan dan kelembutan seorang wanita. Cheewahh.. Pengajarannya Tak payahlah kot nak main paku-paku. Tak payah la der duk dendam-dendam. Bukan best pun. Jadi pemaaf lagi best. Sumpah =)

Petua Untuk Elak Bau Peluh

Assalamualaikum. Korang kuat peluh? Lepas tu, badan berbau? Aku ada sedikit tips nak kongsi. 1. Mandi kerap Macam orang agama kata, kalau dah setiap hari mandi lima kali, adakah akan masih ada kekotoran? Falsafah yang sama juga boleh diapplikasikan di sini. Ya, mandi. Tapi biarlah mandi elok-elok. Jangan mandi kerbau ye. Kalau rasa badan anda berbau, korang digalakkan mandi lama sedikit. Mandi, gosok, sabun (tak kira sabun ketul ke shower gel). Sental badan tu. Berapa lama? Tak kisahlah berapa lama korang nak ambil. Seelok-eloknya mandi setengah jam. Ini kes masa badan korang mula mengeluarkan bau badan. Insya-ALLAH, akan hilang bau tu. Tapi bukan dalam masa sehari ye. Amalkan je, nanti hilanglah. =) 2. Banyakkan menjaga kebersihan Buanglah segala bulu-bulu yang tidak berkenan dan tidak berkenaan ye. Apabila kita berpeluh di tempat yang kotor (ketiak yang berbulu) ia akan menyebabkan muncul bau ketiak. Cara nak hilangkan bau itu dengan korang pergi basuh ketiak dahulu.

Open Tracker