Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tahniah. Ini Blog Terbaik dari Ladang!

Assalamualaikum. Apa khabar? Terima kasih kerana sudi singgah blog aku ni. Mungkin jugak korang tersesat ke sini. Tak apa lah. Yang penting korang boleh baca dan aku harap korang singgahlah lagi. Tu pun kena tengok juga la kontent blog aku okay atau tak yang korang nak singgah pun kan.. Eh, korang faham tak apa yang aku merepek ni. Hahaha~ Sebenarnya, aku nak cakap yang kat blog aku ni ada entri-entri yang menarik. Korang boleh pilih dan baca kategori mana yang korang suka. Tips blog Ping Group Percintaan Pesanan terbaik dan banyak lagi la.. Korang godek-godeklah sendiri ye. Justeru, sokonglah blog tempatan. Eh, dah macam suruh sokonglah barangan buatan  Malaysia. Ehehe~

Aku Suka Dia

Assalamualaikum. I am in relationship with someone! Sesungguhnya, pada mulanya kami kenal, aku rasa ni jenis tak boleh pakai. Tapi aku suka dia sebab dia sempoi dan ada aura positif. Dari situ, lama-lama aku kenal dia. Paling best bila aku dekat dengan dia. Aku uji dia. Dia pula jenis kuat cemburu. Dia ni jenis kuat terasa. Tak boleh aku kasar atau tolak dia, sentap tu sampai merajuk-merajuk bagai. Tapi paling aku tak tahan, dia merajuk sampai buat tak tak macam tak kenal aku bila selisih dan tarik muka. Terasa gila aku. Mesej-mesej aku dan call-call aku langsung dia tak endah.. Jenuh juga la pujuk dia. Sepagi kot. Kemudian, aku tinggalkan dia jap. Biar dia redha merajuk dulu. Petang tu, aku contact dia balik. Alhamdu lillah, dia dah ok. Sebenarnya, dia ni jenis nak orang ikut cakap dia. Aku pula lain sikit. Aku tak macam anak-anak buah (staf) dia yang ikut saja cakap dia. Aku melawan kalau benda tu tak ok. Aku pernah tinggi suara dengan dia depan staf dia. Aku pernah tampar dia

Percutianku Kuantan-Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Aku baru balik dari bercuti. Aku pusing-pusing Kuantan dan duduk tengah-tengah Kuala Lumpur. Aku duduk di Petaling Streets. Ya, tempat tumpuan pelancong tu. Aku sempat juga meronda dan melawat beberapa tempat seperti Warisan Walk yang menempatkan Culture Market (Pasar Budaya), dan Pudu Sentral. Tesco Ampang. Giants Wangsamaju. Gambar tak banyak yang aku ambil kerana aku sorang saja yang bercuti. Kawan-kawan aku, semuanya bekerja. Jadi, aku agak segan nak ambil gambar. Bila balik ni baru rasa ruginya aku tak ambil gambar bila tengok gambar-gambar yang aku ambil tu aku rasa ada 'moment yang indah'. Jom layan gambar. Ini ruang dalam dia. Ada TV siap astro. Ada wifi. Tapi dah ada wifi handphone, jadi tak perlu guna wifi percuma yang lain. Cermin yang best. Siap ada lampu solek. Ada electric kettle (jar elektrik), cawan, air mineral, nescafe, teh, gula dan creamer. bawah tv tu ada fridge (peti sejuk). biru tu bakul sampah. Tepi kanan tu kerusi solek. Pin

Open Tracker