Langkau ke kandungan utama

Catatan

Petua Lembutkan Daging Liat dan Keras

Daging segar sedia untuk dimasak Ada orang bertanya kepadaku mahukan petua melembutkan daging yang liat dan keras. Petua ini diamalkan oleh famili dan orang kampungku: Rebus daging bersama buah betik. Insya-ALLAH daging akan lembut. Boleh juga ketika merebus daging, masukkan sudu atau garfu aluminium untuk meningkatkan suhu air agar lebih panas. Mak aku biasanya masukkan santan dalam rebusan daging. Daging pun enak berlemak. Petua orang lain pula, ambil daun betik, ramas-ramas sedikit. Bungkus daging dengan daun tersebut selama 30 minit. Sumber petua lain Resipi Daging masak merah Petua Membuat Satay yang Sedap Cara Mengelak Keracunan Makanan Selamat merebus daging dan menjamu selera.

Dah Berpunya Tapi Masih Mahukan Orang Lain

Setiap insan mahukan perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat Kisah ini berlaku kepada temanku. Aku namakan dia sebagai Ain (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun. Orangnya cantik dan berkulit cerah. Dia telah mempunyai tunang. Tetapi tunangnya mengabaikannya lantaran jarak yang memisahkan. Zaman kecanggihan teknologi sekarang, sudah memudahkan kita berhubung. Tetapi tunangnya seperti tidak mahu berhubung. Ain kesunyian. Dalam masa yang sama, seorang kenalannya bernama Wan (juga bukan nama sebenar) mengakui menyukai Ain setelah dimiliki orang. Hati perempuan bagai kerak nasi . Wan memujuk Ain untuk menerimanya. Tetapi dalam pada masa yang sama dia juga sudah bertunang. Sekarang ini, Ain dan Wan mempunyai skandal. Tiap-tiap hari keluar dating . Tunangnya Wan mengetahui hal ini. Tetapi Wan marah tunangnya. Katanya, jangan kata apa-apa (tentang skandalnya) kerana dia berhak untuk berkahwin empat. Atau dia tinggalkan saja tunangnya! Sekarang ini, si Ain pun Wan mahu, si tunangnya pu

Khasiat Belalai Gajah

Daun belalai gajah TREND masyarakat moden hari ini yang bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal punca generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber rawatan. Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat. Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurang

Open Tracker