Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bahasa Siam: Kiraan Tiga Puluh hingga Empat Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam. Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini: Kiraan 1-10 , Kiraan 11-20 Kiraan 21-30 Ok, mari kita mula belajar mengira dengan tiga puluh 30 - saam sip  31 - saam sip et 33 - saam sip saam 34 - saam sip si 35 - saam sip ha 36 - saam sip hok 37 - saam sip chet 38 - saam sip pet 39 - saam sip kau 40 - si sip Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai Semoga bermanfaat.

Mee Udang versi Utara

MEE UDANG versi Utara Untuk kuah *5 biji cili kering *3 ulas bawang putih *3 biji bawang merah * sebiji bawang besar *setengah cm halia (Blender semua bertanda *) #1bji ubi keledek merah atau kentang Agak-agak ye nak pekat mana. Kalau ubi keledek tu ambil yang kecil dah laaa sbb dia pekat sangat nanti #10 ekor isi udang Rebus bahan bertanda # dan blender -sayur sawi asingkan batang dan daun -kubis -fish ball/fish kek (kalau suka) - 3 sudu sos tiram - 5 sudu sos tomato - setengah cawan sos cili -garam -gula -3 sudu minyak masak -5 cawan air -2 biji telur -20 ekor udang -1 biji tomato belah 4 Daun bawang, daun sup dan cili besar diracih nipis-nipis. Limau nipis dipotong kecil. Tauhu yang telah digoreng, dipotong nipis-nipis. Cara-cara: 1.Tumis bahan kisar * sampai naik minyak 2. Masukkan sos cili, tiram, sos tomato 3. Masukkan bahan # dan air. Tunggu mendidih 4. Masukkan batang sawi n kobis.. 5. Pecahkan telur dan masukkan bebola, fish kek dan udang 6.

Proses Mendapatkan Lesen Memandu Motosikal Senang Lulus

Proses mendapat Lesen JPJ Proses mendapatkan lesen memandu motosikal yang senang untuk lulus. Saja kongsikan supaya ada yang mendapat manfaat dari pembacaan entri ini. Pertama: Mendaftar dengan Institut Memandu yang Berdaftar di Malaysia Banyak institut yang ada menyediakan perkhidmatan mengambil lesen. Bermacam-macam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Pilih juga tempat yang menyediakan perlaksaan ujian memandu yang mana pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) turun ke tempat latihan institut tersebut. Ini akan mengurangkan rasa gugup anda sebab sudah terbiasa dengan litar yang ada. Kalau litar baru, mungkin anda akan pening dan blur sedikit. Oh ya, fikirkan juga adakah institut memandu ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Anda belum memiliki lesen ye, jadi jangan memandai menunggang sendiri. Dicadangkan memilih institut yang menghantar dan menjemput anda. Tidak perlu menyusahkan orang lain kerana biasanya awal pagi calon perlu berad

Open Tracker