Langkau ke kandungan utama

Catatan

Resipi Kek Pisang Yang Mudah, Sedap dan Lazat Tanpa Telur

Aku memang sukakan kek pisang semenjak kecil lagi. Kantin sekolah yang menjadi mangsaku untuk mendapatkan kek pisang. Kek pisang dengan aromanya yang memikat tidak pernah tidak untuk menggoda aku menjamahnya. Namun, kebelakangan ini, aku mendapat alergik yang mana tidak boleh makan telur padahal kek pisang adalah kegemaranku. Akhirnya, aku temui jua kek pisang tanpa telur yang paling mudah, sedap dan lazat.  Hujung minggu baru ini, aku ada terbaca resipi kek pisang. Aku cuba buat walaupun baru semalam dan malam tadi makan kek pisang. Ya, keknya masih ada ada beg plastik. Namun, dek kerana bahan-bahan semua ada aku usahakan juga. Pisang berangan tiga biji yang sudah layu itu ada juga manfaatnya. Ingatkan nak buat cekodok pisang sahaja. Cukuplah pisang tiga biji untuk aku seorang. Suamiku katanya kurang minat dengan kek pisang apabila aku agah dia dengan makanan tersebut malam tadi. Bila dah lecek pisang, eh, pisang ni cuma cukup untuk satu cawan sahaja. Tapi, aku iku

Fungsi Innershine Pati Prun Mencantikkan Diri, Berseri-seri

Fungsi Innershine Pati Prun dengan campuran Camu-camu membuatkan seluruh badan anda berseri-seri dan kekal menawan. Innershine, siapa yang belum kenal? Rasanya kalau tengok tv, memang sentiasa ada iklan innershine. Pengalaman sendiri pernah dan memang tahu akan kewujudan Innershine. Teringin nak guna tapi masa tu masih bergelar pelajar. Faham-faham sajalah bila bergelar pelajar ni, nak makan pun kena jimat, apatah lagi nak beli benda yang 'merapu' macam ni. Memang tak lah. Sadis tak? Hahaha. Lepas tu, tengok kawan sendiri makan Innershine untuk muka dan Innershine Beri untuk mata. Kawan yang lain perli, lepas ni mata berseri-seri lah. Hahaha. Mulai hari itu, bertekad dalam hati, nanti bila dah kerja, nak guna Innershine. Bila dah bekerja, duit kurang cukup untuk membeli innershine. Banyak lagi keperluan dan kehendak yang perlu didahulukan dan juga menabung. Bila dah tukar kerja ke Kuala Lumpur, duit banyak sikit, baru teringat balik impian nak pakai Innershine.

Baca Komik Di Internet Dengan Percuma

Nampaknya ramai yang mencari untuk membaca komik di internet dengan percuma. Tambahan pula musim cuti sekolah, pelajar ada banyak peluang pergi ke cyber cafe . Rileks kat sana. Main game. Baca facebook. Baca komik. Di sini, disertakan laman web untuk membaca komik secara online. Manga Fox   dalam bahasa Inggeris. Pilih  komik yang ingin dibaca. Pilih siri ke berapa. Klik button Next yang berada di atas sebelah kanan atau halaman gambar komik yang dibaca untuk ke page seterusnya. Manga Volume dalam bahasa Inggeris. Pilih  komik yang ingin dibaca. Pilih siri ke berapa. Klik butang Next yang berada di bawah atau halaman gambar komik yang dibaca untuk ke page seterusnya. Manga Park  juga dalam bahasa Inggeris. Pilih  komik yang ingin dibaca. Pilih siri ke berapa. Klik butang Next yang berada di bawah atau halaman gambar komik yang dibaca untuk ke  page  seterusnya. Laman web ini lebih interaktif. Selamat membaca ya.

Open Tracker