Langkau ke kandungan utama

Catatan

Banyak Yang Ingin Diperkatakan Namun Lidahku Kelu

Sebenarnya, banyak cerita dan entri yang mahu dikongsi bersama. Banyak idea mencurah-curah, seperti 'pepatah' iklan Coco Crunch "coklat jatuh mencurah-curah ke ladang gandum". Namun, apabila berada di hadapan komputer, idea hilang. Lama tidak mendapat jiwa menulis. Oh ya, untuk makluman, aku telah pun selamat diakadnikahkan dan berkahwin dengan jejaka yang menyayangiku lebih dari aku menyayanginya. Alhamdulillah, termakbul juga keinginanku untuk dimiliki oleh orang yang lebih menyayangkiku. Sungguh, kalau tidak lihat kepada kesungguhannya dan keperibadiannya, belum tentu hatiku akan memilih dia. Sampai ke hari pernikahan, aku masih berasa biasa - tidak apa kalau tiada jodoh pun. Fuh, sampai tahap itu, kan. Ya, sebagai seorang perempuan, jangan jatuhkan maruah diri. Tetap optimis kalau tiada jodoh, pasti akan ada yang lebih baik. Sampailah selepas nikah, baru aku rasa sayang kepadanya. Mungkin Allah bukakan pintu hatiku untuk menerima dia seikhlasnya. Alhamdu li

Tips Cara Dapatkan Duit Dalam Akaun Ditolak Tapi Duit Dari ATM Tidak Keluar

      Duit dalam akaun ditolak tetapi duit dari ATM tidak keluar. Memang cuak juga bagi mereka yang pernah alami perkara sebegini tambahan pula jika duit yang hendak dikeluarkan itu merupakan jumlah yang banyak. Apa yang patut dilakukan dan apakah prosedurnya, pasti berada di dalam benak, kan. Ada tips cara dapatkan duit dalam akaun yang ditolak tapi duit dari ATM tidak keluar.   Aku juga mengalami perkara yang sama minggu lepas. Pada 11hb Mei 2016, aku pergi ke bank. Biasanya aku akan ke Bank CIMB Wangsa Maju yang dekat dengan Wangsa Walk tu selepas punch in dan turun pergi bank dan naik balik, pada waktu pagi. Sebab pada waktu pagi tidak ramai orang di bank.   Memang yakin duit masih ada seratus lebih dan periksa juga baki yang masih bersisa. Ya, seratus lebih lagi tinggal dan boleh keluarkan sehingga tinggal RM20 dalam akaun. Jadi dengan selambanya aku menekan butang mengikut apa yang diperlukan. Tapi tak boleh. Mungkin sebab mesin Auto- Teller Machine (ATM) tak ada

1.2 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Dalam CCRIS

Seramai 1.2 juta peminjam PTPTN disenarai hitam dalam CCRIS, bermula semalam iaitu 24 April 2016. Fuh, ramainya yang tak mampu nak bayar balik pinjaman pelajaran. Kalau buat macam MARA okay juga, dapat diskaun berdasarkan kelas pointer kita. BUKIT MERTAJAM - Seramai 1.25 juta peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, peminjam tegar itu bukan sahaja disenaraikan dalam CCRIS oleh PTPTN malah oleh pelbagai institusi kewangan lain. "Ada peminjam PTPTN itu turut gagal membayar hutang dengan institusi kewangan lain. "Sebenarnya CCRIS bukan bertujuan menyenarai hitam nama peminjam, sebaliknya untuk kemudahan institusi kewangan lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)

Open Tracker