Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tutorial Bayar PTPTN Guna KWSP / EPF

Tutorial bayar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) guna Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau lebih mudah disebut EPF ( Employees Provident Fund) ini ditaip untuk anda yang mahu tahu bagaimanakah caranya nak bayar balik pinjaman pendidikan kita tu. Sha kongsikan supaya bermanfaat untuk semua, terutamanya yang kali pertama menggunakan laman web KWSP untuk bayar PTPTN. Cara pertama ialah anda mestilah MEMPUNYAI I-AKAUN KWSP. Kalau masih belum ada, pergi ke pejabat KWSP dan buka. Bagitau kaunter nak buat i-akaun ataupun kalau tak ingat nak sebut, cakap nak periksa baki akaun anda sendiri guna internet. Selepas itu, PERGI KE KIOKS/PEJABAT PTPTN ATAU CONTACT PEGAWAI PTPTN. Kawan Sha yang juga pegawai penerangan PTPTN yang masuk TV, berpesan. Berurusan dengan seorang pegawai sahaja. Ia memudahkan anda. Kalau pass-pass, nanti kalau jadi apa-apa, tak ada siapa nak bertanggung jawab. Sha tambah ayat belakang tu. Bila dah dapatkan pegawai PTPTN, diorang aka

Demam Selesema, Terima Kasih Sang Suami Berkorban

suami dan anak terchenta masa ni kat UTC Kedah Semalam, 20 Disember 2016, aku dapat demam selesema. Mujur lah dapat suami yang sangat memahami dan banyak berkorban. Terima kasih sang suami berkorban untuk isteri dan anaknya. Baby pun duk baik sahaja malam tadi. Kat tempat kerja, teruk dah jadinya. Demam, bersin, sejuk gila kaki dan jari. Macam ais dah. Kepala berat rasa ada virus dan pening. Muntah juga. Petang tu pukul 3.45 petang, sudah tak larat lagi. Suami tanya, mahu balik rumah ke, ambil MC ke. Tapi fikir balik, rugi saja 'hari bekerja' hari ini kalau balik rumah dan ambil MC. Lagipun tunggu lagi dua jam sahaja untuk punch card dan balik! Suami tanya juga kalau-kalau mahu pergi klinik untuk ambil ubat dan MC pada sebelah petangnya. Tapi, aku tak mahu. Tahu-tahu saja lah klinik sebelah KL ni bukannya nak bagi MC untuk esok. Bagi MC untuk hari tersebut sahaja. Baik pergi ke klinik esok pagi sajalah kalau tak larat sangat. Pagi ini, terjaga. Masih berfiki

Pengalaman Buat Pasang Implan Implanon

Kad implanon Sha Sha sudah bersalin dengan pelbagai kes selepas bersalin. Ikutkan nak sahaja merancang keluarga sendiri tetapi jadi trauma apabila banyak kes. Nantilah Sha cerita kisahnya. Kali ini Sha nak cerita pengalaman buat pasang implan implanon di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan. Ada kawan Sha pesan supaya bertanya kepada hospital tempat bersalin untuk buat temujanji terus. Dah alang-alang kat sana, kan. Tak payah nak ulang-alik lagi.Selepas habis pantang, boleh terus pasang implan. Selamat dan tak payah risau. Pesan kawan Sha lagi, tanyalah kalau masih ada kuota lagi, boleh dapat percuma. Kalau kat luar, harganya RM300 untuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan RM560-580 di klinik swasta. Tapi, Sha baru google, harga untuk buat pasang implan di LPPKN ialah RM500 dan swasta ada Sha pernah dengar paling mahal RM1200. Biasanya dalam RM1000 macam tu. Kepada sesiapa yang mahu mengetahui berapakah jumlah bayaran yang diambi

Open Tracker